Bayaran bagi Blogger pemula sememangnya satu topik yang menarik untuk ditulis agar blogger-blogger pemula seperti saya bersemangat untuk menghasilkan artikel.
Tidak hairanlah sejak akhir-akhir ini, ramai blogger yang kembali menulis secara aktif. Melihat keadaan ini, maka terhasillah artikel yang anda sedang baca saat ini.
Bayaran bagi blogger pemula adalah bergantung pada harga produk yang dijualnya. Jika harga produk tersebut adalah $1000, maka boleh jadi pendapatannya dalam sebulan adalah $1000.
Jika harga produk tersebut adalah $10, maka boleh jadi pendapatannya $100 sebulan. Itu adalah anggaran minimum bagi blogger pemula.
Anggaran bayaran bagi blogger pemula dapat diketahui dengan mudah sekiranya aspek penting yang memudahkan pengiraan dapat disediakan. Ada pepatah Inggeris yang mengatakan “You can’t manage what you can’t measure”.
Tahap pencapaian seseorang blogger boleh diukur dari sekala yang dapat ditanggungnya. Sebagai contoh, seorang blogger ini hanya sanggup menulis 300 patah perkataan untuk produknya.
Kemudian, bayangkanlah setiap perkataan yang ada dalam artikel tersebut bernilai $0.01, dan apabila didarabkan dengan 300 patah perkataan, maka ia akan bernilai $3. Menarik bukan?
Yang menarik lagi, nilai $0.01 ini sama dengan nilai satu star untuk Facebook Gaming Creators. Sememangnya matlamat utama blogging adalah untuk menjana lebih pendapatan dari internet.
Blogger pemula harus sedar nilai setiap usaha yang dilakukan untuk perkembangan blog mereka. Caranya ialah dengan meletakkan nilai terendah untuk setiap artikel yang ditulis.
Katakanlah, setiap artikel bernilai $3, kemudian lihat bagaimana cara meningkatkan bayaran blogger pemula mengikut 6 aspek penting yang dapat memudahkan pengiraan bayaran khususnya bagi blogger pemula.
Credit: Tumisu
1. Meningkatkan Jumlah Artikel
Semakin banyak artikel yang dihasilkan semakin tinggilah peluang untuk menjana pendapatan lebih. Ini kerana, pelawat mempunyai banyak pilihan artikel untuk dibaca.
Apabila pelawat meluangkan banyak masa memilih dan membaca dalam sesebuah blog, pengalaman mereka dengan blog tersebut akan bertambah-tambah.
Boleh jadi, pelawat akan berulang-alik ke blog tersebut, seperti anda, yang selalu melawat Facebook dan Youtube. Kesannya, pelawat ini akan menjadi peminat setia anda dan tidak teragak-agak lagi untuk mengongsikan blog anda kepada rakan-rakannya yang lain.
Keadaan ini menyebabkan blog anda terus-menerus dilawat oleh rakan dari rakan dari rakan pembaca setia anda. Akhirnya, jumlah pelawat akan meningkat diikuti dengan jumlah pendapatan bulanan blog anda.
2. Meningkatkan Jumlah Pelawat
Blogger yang mempromosikan blog mereka akan mendapat lebih banyak pelawat berbanding blogger yang tidak melakukan promosi. Ini kerana, orang ramai tidak mengetahui tentang kewujudan blog tersebut.
Cara untuk mempromosikan blog ialah dengan meletakkan link berserta mesej pendek ke group atau individu yang tepat di sosial media seperti Facebook Group, Twitter dan Instagram.
Ini akan meningkatkan sekurang-kurangnya 5-10 pelawat ke blog anda. Teruskan menulis walaupun hanya 10 sahaja pelawat yang ada, ia akan berganda apabila 10 pelawat yang ada, benar-benar yakin dan puas hati dengan artikel anda.
Jika anda konsisten melakukan promosi yang baik seperti ini, bukan saja jumlah pelawat yang meningkat tapi pendapatan anda juga akan meningkat.
3. Memanjangkan Usia Blog
Semakin lama umur sesebuah blog, semakin meningkatlah pendapatan harian pemiliknya. Google menyukai blog yang berusia lebih dari 7 tahun. Ini kerana, ia telah lama berada dalam pusat data Google dan telah menjadi sahabat karib Google.
Selain itu, ia juga membahas niche yang sama sepanjang 7 tahun. Google menganggap blog seperti ini sebagai pakar dalam satu niche dan wajar untuk ditunjukkan kepada pelanggan-pelanggannya.
Apabila blog seperti ini menerbitkan artikel baru, Google akan terus memasukkannya dalam enjin carian mereka.
Kesannya, blog tersebut akan berada di halaman pertama Google. Apabila berada di halaman pertama, jumlah pelawat akan meningkat, begitu juga dengan jumlah pendapatan pemilik blog tersebut.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
4. Menambahkan Kekerapan Kemaskini
Blogger yang kerap mengemaskini blog mereka akan memberikan isyarat kepada Google bahwa blog tersebut aktif dan releven dengan keadaan semasa. Kemudian, Google akan memberikan perhatian yang lebih pada blog tersebut iaitu dengan meletakkannya di halaman pertama dalam enjin carian mereka.
Apabila sesebuah blog berada di halaman pertama enjin carian Google, peluang untuk mendapat pelawat akan meningkat. Kesannya, jumlah Click atau Impression pada iklan-iklan yang ada dalam blog tersebut akan turut meningkat.
Bagaimana cara untuk meningkatkan kekerapan kemaskini blog? Caranya ialah menyediakan template bagi artikel anda di bahagian setting untuk Platform Blogger. Ikut langkah ini; Setting > Posts > Post Template (Optional).
Selepas itu, Anda boleh semak artikel 16 Langkah Untuk Blogger Menulis Artikel Terbaik di Google sebagai contoh template yang anda akan sediakan nanti.
5. Memilih Satu Produk Utama
Blogger yang hanya menulis tentang satu produk akan lebih cepat berjaya berbanding blogger yang menulis tentang banyak produk.
Ini kerana, Blogger ini sangat baik dalam menulis SATU produk yang diperlukan oleh Google untuk ditunjukkan kepada pelanggan-pelanggannya.
Selain itu, perlu diingat Google sentiasa mahukan maklumat yang terbaik untuk pelanggan-pelanggannya.
Tambahan dari itu, cara ini juga tidak akan menyusahkan anda mencari topik untuk mula mendominasi enjin carian Google.
Dengan menjadi pakar dalam satu topik kecil, website-website besar akan mencari anda untuk melengkapi huraian dalam artikel mereka.
Apabila blog anda mendapat kepercayaan dari website-website besar, mereka akan memasang backlink ke blog anda.
Kesannya, ia akan meningkatkan Domain Autoriti anda dan memudahkan blog anda muncul dalam halaman pertama Google.
Akhirnya, ramai pelawat yang akan datang ke blog anda hingga meningkatkan click atau views oleh pelawat-pelawat tersebut. Dan, Ya, click dan views akan meningkatkan pendapatan anda.
6. Menyedari Nilai Blog
Blogger akan merasa lebih bersemangat menulis apabila menyedari nilai blog mereka. Nilai blog ini akan dijadikan sebagai penanda aras untuk mereka terus menerbitkan artikel walaupun hanya sedikit sahaja pembaca.
Sebagai contoh, jika nilai blog sebelum ini hanya $1 dengan 10 buah artikel, maka blogger pemula boleh tetapkan matlamat baru iaitu dengan menambah 10 buah artikel lagi dan kira nilai blog anda dengan Worth of Web.
Artikel memainkan peranan penting dalam meningkat jumlah pelawat ke blog anda. Semakin banyak artikel yang dihasilkan, semakin tinggi peluang untuk pembaca datang ke blog anda.
Apabila ada ramai pembaca yang datang ke blog anda, click dan views akan meningkatkan pendapatan anda.
Kesimpulan
Itulah 6 cara untuk meningkatkan bayaran bagi blogger pemula dari sudut pandangan saya sendiri sebagai blogger pemula. Semoga sahabat-sahabat blogger terus semangat menulis selepas membaca artikel ini. Semoga bermanfaat.