Apakah Item yang saya wajib beli sebelum kahwin ? Sesiapa saja boleh kahwin bila sudah layak dan bersedia untuk memberikan 100% tumpuan kepada pasangan mereka. Bagi rakan-rakan yang sudah berumur 30 tahun ke atas tapi masih belum kahwin (seperti saya hehe). Saya tidak tahu apa yang anda risaukan? dan saya hormati sebab-sebab anda belum mengambil keputusan untuk berkahwin. Tapi jika anda belum kahwin kerana risau tidak dapat menyara keluarga nanti. Saya harapkan perkongsian ini dapat membantu meningkatkan keyakinan anda untuk memulakan keluarga baru. Okey, sebelum kahwin, sekurang-kurangnya belilah item untuk memenuhi keperluan asas terlebih dahulu seperti;
Gambar Pasangan oleh Olessya |
1. Rumah
Rumah adalah tempat untuk kita tinggal dan merancang keluarga dengan aman tanpa gangguan. Nanti, kalau ada barang baru, kita bolehlah menyimpan barang tersebut di rumah ini nanti. Dengan adanya rumah, anda boleh meletakkan item-item seterusnya iaitu.
2. Dapur Gas
Setelah ada rumah, wajib ada dapur gas untuk memasak makanan. Elakkanlah membeli makanan diluar untuk permulaan ini dan rajin-rajinlah memasak supaya kita boleh membeli item seterusnya iaitu;.
3. Peti Sejuk
Peti sejuk berguna untuk menyimpan makanan supaya lebih tahan lama. Jika ada peti sejuk, kita boleh menyimpan makanan untuk 1-2 minggu, jadi tidak payahlah kita membeli makan setiap hari. Boleh urus duit sehingga hari gaji.
4. Kereta
Sesetengah orang mungkin meletakkan ini yang pertama untuk memudahkan mereka bergerak. Dengan adanya kereta, bolehlah hantar isteri, yang sekarang ini kekasih pergi ke mana-mana.
5. Pakaian
Pakaian mestilah kena ada yang sekurang-kurangnya pakaian yang dapat meningkatkan persona kita ketika bekerja supaya orang suka berurusan dengan kita.
6. Mesin Basuh
Sesetengah orang mungkin tidak perlukan ini, mereka rela mencuci pakaian dengan tangan. Mesin basuh dapat mempermudahkan urusan rumah anda lebih mudah. Sambil membiarkan mesin basuh bekerja, anda boleh memasak nasi atau sapu rumah. Isteri bolehlah rehat bila sampai di rumah.
Kesimpulan
Saya ingin memetik nasihat Azizul Azli Ahmad, “Jangan Sempurna Baru Kahwin”. Saya tumpukan nasihat ini pada pasangan yang benar-benar mahu mulakan keluarga baru. Bukan untuk orang yang takut ditanya orang “Bila Nak Kahwin”. Sofa, meja makan, aircond dan TV bukanlah item yang wajib ada dalam rumah tangga. Kalau baru-baru kahwin, tengok bini lagi best dari semua channel TV yang ada.
Satu lagi, jangan sesekali buat hutang untuk membeli perabot atau untuk kahwin. Kenapa? Jika anda melakukannya, ia akan meletakkan tekanan pada minda separa sedar anda. Tekanan ini akan memaksa anda bekerja dengan minda untuk membayar hutang dan bukannya untuk memiliki barang. Kita akan lebih bijak dan gembira bila kita bekerja untuk memiliki barang daripada bekerja untuk membayar hutang. Tambah-tambah lagi kalau hutang yang mempunyai kadar faedah. Jadilah Bijak.
Tips terakhir dari Azizul Azli Ahmad, “Jangan tunggu sempurna baru kahwin, perkahwinanlah akan sempurnakan hidup kita. Saya harapkan perkongsian ini dapat menjadi sebahagian dari persediaan asas anda untuk mendirikan keluarga baru nanti. Akhir sekali, Capailah masa depan yang lebih baik dan benar.
Baca Cara Membeli Nama Website Sendiri di iWHost