SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
Apa mahu tulis ini

Apa mahu tulis ini

Santro March 29, 2021

Inilah soalan yang selalu muncul di kepala saya ketika berdepan dengan laptop. Saya telah banyak mengongsikan tentang tips untuk menulis blog, tapi hari ini terasa malas untuk mengikut tips-tips itu. Saya bebaskan saja kreativiti menulis saya tanpa kawalan tapi masih lagi mengikut format SEO Onpage. Pada masa saya menulis mengenai tajuk “Apa mahu tulis ini?”, saya memerhatikan perkataan sambil menunggu idea untuk keluar. Setelah lama-lama merenung persoalan ini, saya pun dapatlah beberapa idea yang mungkin berguna untuk anda yang membaca post ini.

Apa mahu tulis ini
 Gambar Menulis StockSnap

Apa mahu tulis ini

ISO

ISO atau nama penuhnya International Organization for Standardization telah menarik minat saya pada hari ini. Banyak syarikat dan kerajaan menggunakan ISO untuk menjalankan aktivti utama mereka. Saya telah membaca beberapa perkara menarik dalam website ISO ini. Saya fikir anda perlu membaca maklumat ini sekiranya anda inginkan panduan yang dapat memenuhi piawai antarabangsa. Jika anda ingin berjaya pada tahap global, anda perlu memenuhi standard atau piawai yang ditetapkan oleh ISO bergantung pada negara dimana anda berada. Malaysia juga salah satu dari ahli ISO ini. Kod ISO bagi Malaysia ialah MYS. Setelah sampai di sini, saya mula mendapat idea menulis tentang

Standard Peribadi

Standard peribadi ialah gaya hidup yang kita ingin hidupkan dalam kehidupan kita yang merangkumi sosial, ekonomi, dan rohani.

Sosial

Kita memegang satu standard untuk bersosial. Standard yang kita pegang mestilah membawa kita ke arah yang lebih baik dari sekarang.

Ekonomi

Kita boleh mengatur satu standard ekonomi yang sesuai dengan kemampuan dan keinginan peribadi kita. Tapi bila anda merujuk ISO ketika menyediakan standard peribadi, perlulah merangkumi 4 prinsip ini.

  1. Bertanggungjawab pada keperluan pasaran
  2. Berdasarkan pendapat pakar sedunia
  3. Berkembang melalui proses pemegang berkepentingan
  4. Berdasarkan Konsensus

Rohani

Perlukah ISO dalam kerohanian? Secara peribadinya YA, memang kita perlu ada ISO sendiri untuk membawa hidup kita lebih dekat kepada Tuhan. Kewujudan ISO bertujuan memandu perkembangan manusia ke tahap yang lebih baik.

Formula Melakukan Sesuatu

Kita boleh anggap ISO ini sebagai formula yang menerangkan cara terbaik untuk melakukan sesuatu. Saya fikir saya pernah menyediakan aturan yang mirip ISO untuk blog ini walaupun ada masanya saya tidak dapat memenuhinya. Tapi dari semasa ke semasa, pengalaman demi pengalaman, saya akan perbaiki ISO ini untuk dikongsikan kepada kamu semua.

ISO dan SEO

ISO tidak sepenuhnya sama dengan SEO. Satu-satunya perkara yang sama ialah Sistem Pengurusan Kualiti atau ISO 9001:2015. Standard ini digunakan oleh organisasi untuk menunjukkan kemampuan mereka untuk secara konsisten menyediakan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan dan peraturan dan untuk menunjukkan peningkatan yang berterusan.

Kesimpulan

Seperti yang saya nyatakan diatas, kita boleh anggap ISO ini sebagai formula. Dengan adanya formula ini, kita boleh saring dan susun sesuatu maklumat agar dapat disampaikan kepada pembaca dengan baik dan berterusan. Semoga bermanfaat.

Rujukan: ISO.org

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer