Apa itu blogging?
Blogging adalah satu aktiviti mengurus log web atau blog, dari segi menambah kandungan dalam bentuk teks dan imej. – Appkey.id
Kini, lebih 7 juta catatan blog yang ditulis setiap hari. Dengan ini dalam fikiran kita pasti tertanya-tanya kenapa aktiviti ini diminati begitu ramai orang. Sebenarnya, blogging akan jadi menarik sekiranya anda mengenalinya dengan lebih baik. Sebelum ini, saya tidak suka menulis di blog, tapi setelah melihat kejayaan blogger-blogger diluar sana, pandangan saya telah berubah. Sekarang, saya suka menulis, kerana saya mahu kaya.
Gambar StockSnap
Selain itu, saya menulis kerana saya lebih senang belajar dengan mengerakkan anggota badan saya. Hal ini demikian kerana saya adalah jenis orang dalam kategori Sensing Introvert (SI) yang mana orang dalam kategori ini lebih senang belajar dalam jangka masa panjang sekiranya pembelajaran dilakukan sambil bergerak. Misalnya, aktiviti menaip yang melibatkan pergerakkan jari. Okey, kita kembali ke topik asal, bagaimana blogging membantu saya kaya? Proses untuk jadi kaya ini bermula dari pemahaman saya tentang apa itu blog? Jadi,
Apa itu Blog?
Blog ialah laman web atau jurnal dalam talian yang mengandungi pelbagai maklumat, seperti artikel, foto atau video, yang dikemas kini secara berkala. – hostinger.co.id
Istilah “blog” adalah kependekan dari “weblog”, yang merujuk kepada jurnal dalam talian. Dan bila disebut “dalam talian”, ini bermakna ramai orang yang boleh membaca jurnal kita. Dalam keadaan seperti inilah yang membantu kita jadi kaya kerana kita mampu mendekati ramai orang. Ditambah lagi jika jurnal tersebut berisi maklumat yang dicari-cari ramai orang.
Bagaimana blogging membantu saya kaya?
Sekarang anda sudah tahu apa itu blogging? dan apa itu blog? Seterusnya, saya akan mengajar anda bagaimana proses menjadi kaya dengan hanya blogging? Katakanlah, kaya yang saya maksudkan disini ialah anda dapat mengumpul RM1,000,000 dalam masa 5 tahun (1,826 hari). Dalam penerangan ini saya menggunakan skala pendapatan yang ditetapkan oleh Google iaitu Pendapatan per seribu tayangan (RPM) sebanyak $4.
Langkah pertama yang anda mesti lakukan ialah mengkaji kata kunci yang mempunyai kadar carian yang tinggi setiap bulan iaitu antara 137,000 – 200,000 carian. Cari juga kata kunci yang popular tapi kurang saingan.
Kemudian, luangkan masa seminggu atau sebulan untuk mencari maklumat menarik berkaitan kata kunci dan menulis artikel hingga 100% patuh SEO. Anda mesti menulis artikel ini sehabis baik, kerana anda ingin mencapai sesuatu yang besar. Jika anda berpuas hati, terbitkan dan kongsikan artikel itu kepada rakan-rakan anda. (Saya andaikan pada masa ini, blog anda telah memiliki iklan adsense.) Setelah berjaya menerbitkan. Ulang semula proses dari langkah pertama secara konsisten selama 5 tahun.
Seterusnya, katakanlah anda menerima 137,000 pelawat setiap hari selama 5 tahun. Ini akan membantu anda menjana RM548 sehari. Dan bila anda buat pengiraan, RM548 x 1,826 hari, maka anda akan mendapat RM1,00,648 selepas 5 tahun. Proses yang anda lalui ini memang menyebabkan anda banyak belajar sekaligus menyediakan diri anda menjadi orang kaya.
*Pengiraan ini hanya untuk tujuan penjelasan sahaja, nilai sebenar mungkin berbeza mengikut turun naik tukaran mata wang. Saya tidak bertanggungjawab jika anda mengalami kerugian kerana menggunakan contoh pengiraan diatas.