SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
6 Alat Penulis Semula Artikel yang Ada di Internet

6 Alat Penulis Semula Artikel yang Ada di Internet

Santro Sondy July 29, 2022

Usahawan internet khususnya blogger memerlukan alat penulis semula artikel supaya blog mereka sentiasa terkemaskini.

Mungkin kita tidak memerlukanya sepanjang masa kerana kita sangat menyukai aktiviti menulis, namun kita perlu mengetahui akan kewujudan beberapa alat penulis ini agar dapat digunakan pada waktu kita sibuk.

Berikut adalah 6 alat penulis semula yang ada di internet hari ini.

Alat Penulis Semula Artikel yang Ada di Internet

Alex Knight / Imej Pexels

1. Jasper

Jasper mempunyai 52 templat penulisan semula yang membantu dengan memudahkan, mengembangkan, meringkaskan dan menambah baik konten yang ingin disalin.

Dipercayai oleh 10,000+ penulis konten pemasaran yang berfungsi dalam lebih 25 bahasa.

Pelan Perkhidmatan Jasper boleh diperoleh bermula dengan harga $29/bulan.

2. AI article spinner

Biasanya, Alat ini menggantikan kira-kira 50% atau kurang daripada teks kita dengan perkataan yang berbeza.

Dan yang menariknya lagi, pelan perkhidmatan AI article spinner ini adalah percuma.

Namun, banyak iklannya.

3. Spinbot

Spinbot membenarkan kita menulis semula sehingga 10,000 aksara sekali gus.

Namun, kita kena teliti ketika menggunakan Spinbot kerana walaupun perkhidmatan ini teliti menggantikan hampir semua perkataan teks kita, kadangkala perkataan sinonim  yang digunakan tidak tepat dari segi konteks.

Alat ini boleh digunakan dengan percuma hinggalah berbayar.

4. Small SEO Tools

Small SEO Tools hanya menukar satu atau dua perkataan dalam artikel yang ingin kita tulis semula.

Mungkin kita merasa alat menulis semula ini tidak cukup membantu, namun kita boleh melihat kelebihan Small SEO Tools dalam menyediakan lebih dari 70 alat yang membantu kita meningkatkan trafik ke blog kita.

Dan satu lagi, alat ini boleh digunakan dengan percuma.

Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

5. Prepost SEO

Alat ini membolehkan kita menukar gaya konten yang disalin kepada simple, creative, fluent, atau advanced.

Selain itu, kita boleh memilih sinonim pilihan kita untuk mengekalkan mesej salinan kita.

Alat ini secara umumnya sangat baik, namun sistem pemilihan perkataan SINONIM itu kadangkala dimatikan.

Kita sangat bertuah jika dapat menggunakan alat ini pada masa pemilihan sinonim itu diaktifkan.

Apapun, alat ini boleh digunakan secara PERCUMA.

6. Chimp Rewriter

Kita boleh membuat berbilang versi artikel kita dalam lebih 5 bahasa.

Walaupun begitu, kita perlu memuat turun software alat ini agar dapat digunakan.

Kita boleh mula menggunakan alat ini dengan 14 hari percubaan dan selepas itu adalah $15/sebulan atau $99/setahun.

Kesimpulan

Alat menulis semula konten artikel ini dapat membantu kita agar konsisten menerbitkan konten di blog kita.

Pastikan kita memilih yang terbaik agar momentum trafik ke blog kita tidak terganggu kerana kita berhenti mengongsikan konten.

Demikianlah informasi lengkap yang mengulas tentang alat penulis semula artikel.

Untuk membangun blog yang untung dan konsisten memang tidak mudah.

Namun, bagi orang yang bertekad dan konsisten boleh menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu caranya.

Dapatkan lebih maklumat tentang Pembantu Penulisan AI dengan mengklik link Jasper.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer