Mungkin ada beberapa antara kita yang pernah mendengar BE International.
Saya pun baru saja berkenalan dengannya melalui seorang rakan Facebook saya.
Dia memberitahu saya sedikit dan dengan maklumat yang sedikit itu, saya pun mulalah belajar sedikit tentang BE International ini.
Ada 9 perkara yang menarik perhatian saya tentang BE International.
Kita boleh baca huraian saya di bawah ini.
BE Trio
1. BE ialah Beyond Eternity
BE atau Beyond Eternity adalah sebuah perniagaan yang tidak hanya menjalankan perniagaan, tetapi memberi impak kepada kehidupan setiap orang yang berhubungan, sekarang dan jauh ke masa depan.
BE percaya prestasi yang baik tidak cukup untuk mencapai kejayaan atau pencapaian sebenar seseorang individu; ia perlu dilengkapi dengan sikap yang baik dan perbuatan yang baik.
2. Website Syarikat Berumur 9 Tahun
Website rasmi BE telah mencapai umur 9 tahun 65 hari pada hari saya menulis ulasan ini.
Bagi saya, perniagaan yang bertahan lebih dari 7 tahun boleh dipercayai kerana perniagaan yang berumur panjang adalah baik dari segi pengurusan kualiti dan kuantiti produk, pelanggan dan kakitangannya.
3. Nilai Website Yang Lebih Baik
Jika dikira berdasarkan domain age checker, BE mula berkembang dari 17 November 2011.
Sebagai info tambahan, nilai website BE International mengikut kiraan Worth of Web adalah $21,703.
Jika dibandingkan dengan nilai blog saya yang hanya bernilai $368, saya ketinggalan nilai sebanyak 21,335.
Mungkin saya perlu lebih setia 7 tahun lagi seperti BE International untuk melampaui nilai yang ada sekarang.
Baca juga Cara Membeli Nama Website Sendiri di iWHost
4. Ibupejabat BE International
BE beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia.
Sekiranya kita ingin berurusan dengan mereka secara muka dengan muka, kita boleh datang ke Ibu Pejabat mereka dengan merujuk pada alamat penuhnya boleh didapati di halaman Contact Us website BE.
5. Tiga Orang Hebat
BE diasaskan oleh 3 orang hebatnya iaitu Ir. Lee Suet Sen, Ho Huey Chuin dan Karen Leong. Ir. Lee Suet Sen adalah seorang jurutera awam (bekas) yang sangat berminat untuk meneroka Pemasaran Pelbagai Aras atau MLM.
Ho Huey Chuin pula pernah muncul sebagai jutawan termuda dalam peranan MLM.
Dia suka mendorong orang lain dengan kata-kata mutiaranya “Jika anda fikir anda boleh, anda boleh!”.
Dan, Karen Leong yang mempunyai 40 tahun pengalaman dalam industri kecantikan dan kemudian dalam Industri MLM.
6. Dua Puluh Empat Produk
BE mempunyai 24 produk, dan produk ini disusun mengikut 4 kategori iaitu Belixz, Aulora, Beyul dan Beyang.
Secara umumnya, produk-produk ini terdiri daripada makanan, minuman, pakaian, produk penjagaan muka dan pencuci pakaian.
Semasa menulis perenggan ini, saya perasaan yang kesemua produk ini bukan saja ditujukan kepada luaran kita tetapi juga pada dalaman kita.
Selain itu, saya juga merasa ada gaya-gaya korea ketika melawat website mereka.
7. Marketing Plan BE International
BE mempunyai marketing plan yang menarik kerana bonus-bonusnya dikira dalam bentuk peratus.
Saya selalu membayangkan 1% untung daripada 1,000,000, sebab itulah saya tertarik dengan peratus.
Tapi, dalam marketing plan BE International, ada 9 manfaat yang disediakan iaitu Keuntungan Runcit, Bonus Prestasi, Bonus Duta Besar, Bonus Pencapaian Duta Besar, Bonus Kepimpinan, Dana Pembangunan, Bonus Akhir Tahun, Dana Kereta dan Dana Rumah.
Setiap manfaat ini masing-masing mempunyai peratus bonus tersendiri.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peratus-peratus ini, anda boleh rujuk sendiri pada Booklet BE di muka surat 7-19.
8. BE International login
Tidak seperti ruangan login Facebook dan Instagram, ruangan login BE International tidak mempunyai ruang untuk sign-up.
Ini kerana, BE International bukanlah sosial media.
Jika anda berniat untuk menyertai BE International, anda boleh berhubung kepada mereka diruangan Contact, atau Facebook atau di Instagram mereka atau menghubungi rakan saya JR Cliff.
Tapi, jika anda telah pun menjadi ahli BE International maka anda boleh login di sini.
9. Berdaftar dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Ini sedikit sebanyak akan meningkatkan keyakinan kita untuk menjadi sebahagian dari BE International.
BE International adalah sebuah entiti yang sah dan kita boleh berurusan dengan mereka secara tenang dan yakin.
Sekiranya anda ingin memeriksa sendiri kewujudan BE di SSM, anda boleh menyemaknya di Semakan SSM (untuk menyemaknya anda hanya perlu dapatkan No syarikat Ibu Pejabat BE di halaman Contact Us mereka).
Kesimpulan
Saya berpandangan positif pada BE International selepas menulis 9 perkara menarik ini.
Walau bagaimanapun, saya masih tidak ada keinginan untuk menjadi sebahagian dari BE International kerana produk yang mereka sediakan bukanlah produk yang saya minati.
Produk BE memang hebat, dan pasti ramai diluar sana yang mahu menjadi sebahagian daripada BE kerana sangat-sangat tertarik dengan produk dan marketing plan mereka.
Semoga ulasan ini dapat membantu kita membuat keputusan yang membawa kemenangan dan keuntungan.
Sekian Terima Kasih.
Menjadi Baik, Melakukan yang Terbaik – BE International