Peralatan yang Youtuber Gaming perlu ada untuk mengembangkan Channel dengan lebih cepat. Siapa Youtuber ini sebenarnya? YouTuber adalah orang yang memuat naik, menghasilkan, atau muncul dalam video di laman web perkongsian video YouTube. Saya melihat, semakin hari semakin ramai orang yang berminat untuk memulakan kerjaya sebagai Youtuber. Jika anda adalah salah seorang daripada bakal Youtuber tersebut, saya mengucapkan Selamat Datang. Hari ini, saya ingin kongsikan kepada anda, apa yang saya tahu tentang peralatan-peralatan Youtuber Gaming.
Gambar Mudassar Iqbal
1. Peralatan Youtuber Gaming – Handphone
Handphone ialah peralatan asas yang mesti dimiliki oleh sesiapa sahaja yang mahu menjadi Youtuber Gaming. Saya sendiri menggunakan Handphone Samsung Galaxy A50 untuk bermain game Mobile Legends. Ketika membeli handphone ini, saya hanya fokus pada memory dan RAMnya, kemudian membelinya dengan harga RM1,200. Sangat mahal bagi saya, tapi saya sudah berjanji akan menjadi produktif setelah memilikinya. Untuk Handphone Samsung Galaxy A50, Memorynya ialah 128GB, manakala RAMnya ialah 6GB. Saya sudah menggunakan handphone ini selama 1 tahun 2 bulan, dan keadaan handphone ini masih lagi dalam prestasi yang baik, kerana saya masih lagi boleh merakam dan bermain game pada masa yang sama. Oleh itu, Handphone adalah perkara pertama yang menjadikan anda seorang Youtuber Gaming.
2. Peralatan Youtuber Gaming – Aplikasi Skrin Rekoding
Selepas saya memiliki handphone, saya memuat turun perakam skrin, dan mula merakam semasa saya bermain Mobile Legends. Ada banyak perakam skrin yang terdapat dalam Google Play Store, anda boleh pilih. Tapi jika anda bertanya, apa aplikasi perakam skrin yang saya gunakan, ini jawapannya, saya menggunakan aplikasi Screen Recorder dari Kimcy929. Anda boleh melihat hasil rakaman dari aplikasi Screen Recorder melalui video gaming di channel saya yang bertajuk 5 Best Moment Tigreal Melawan Team Minotaur. Sekiranya fokus anda hanya untuk membuat konten gaming di Youtube, saya mencadangkan aplikasi Screen Recorder dari Kimcy929.
3. Peralatan Youtuber Gaming – Aplikasi Editing Video
Video yang dirakam ketika saya bermain akan saya edit menggunakan aplikasi KineMaster. Tapi, untuk menghilangkan watermark dan menggunakan ciri-ciri penuh KineMaster, anda perlu membayar RM137.99 setahun. Sebelum menggunakan KineMaster, saya menggunakan Movavi Clips – Video Editor with Slideshows dari Movavi, tapi aplikasi ini selalu Crash, jadi saya beralih ke KineMaster. Ingat, sekiranya anda mula membayar sesuatu aplikasi, gunakanlah aplikasi tersebut sepenuhnya. Jangan membazir wang, apalagi kalau anda baru bermula mengembangkan channel Youtube anda. Anda boleh mencari sendiri aplikasi editing dalam Google Play Store.
4. Peralatan Youtuber Gaming – Personal Computer (PC) / Laptop
Membeli Personal Computer atau laptop meletakkan anda ke satu tahap yang lebih canggih dalam dunia Youtuber. Ini kerana, kebanyakkan Youtuber yang terkenal lebih suka menggunakan PC berbanding Laptop. Saya sendiri pun masih tidak mahu lagi membeli PC, kerana saya belum bersedia hati untuk menjadi Live Streamer. Saya hanya menggunakan Laptop untuk Blogging sahaja. Tetapi, bagi anda yang mahu menjadi Gaming Live Streamer, saya mencadangkan anda untuk membeli Komputer Peribadi (PC), supaya anda tidak Lagging ketika Streaming.
5. Peralatan Youtuber Gaming – WebCam
WebCam juga bukan menjadi kemestian untuk anda mula menjadi Youtuber Gaming. Ini kerana, Webcam digunakan untuk merakam ekspresi wajah anda ketika bermain dengan apa-apa game yang anda minati. WebCam boleh digunakan untuk mengantikan kamera laptop yang mungkin kurang berkualiti. Saya tidaklah berapa mahir sangat dengan WebCam, tetapi yang pasti, ramai Youtuber Gaming menggunakan WebCam untuk merakam ekspresi mereka ketika bermain game.
6. Peralatan Youtuber Gaming – Microphone Streaming
Microphone atau pembesar suara tidak penting untuk orang yang baru bermula dalam dunia Vloging. Tujuan Microphone ialah untuk menjadikan suara anda menjadi lebih jelas ketika bercakap dalam live streaming anda. Tapi, jika anda sudah mempunyai banyak duit, maka tidak salah untuk anda membeli Microphone.
7. Peralatan Youtuber Gaming – Headset
Headset digunakan untuk mendengar bunyi game ketika anda bermain. Ini bukan peralatan asas untuk Youtuber, tetapi dengan adanya headset, suara anda akan menjadi lebih baik, jelas untuk penonton video anda. Tidak perlu beli yang terlalu mahal, yang murah-murah pun boleh. Saya lebih memilih headset yang dapat menghasilkan bunyi bass yang baik.
8. Greenscreen
Greenscreen adalah teknik untuk menggabungkan dua gambar atau bingkai (frame), sebagaimana sebuah warna (atau sejumlah susunan warna) dari satu gambar dihilangkan (atau dibuat tembus pandang), agar gambar lain yang terletak di belakang dapat terlihat. Saya telah membeli GreenScreen di kedai kain dengan harga kurang dari RM80. Tapi sebagai pemula, anda tidak perlukan ini untuk memulakan Youtube Channel anda.
9. Kerusi Gaming
Kerusi Gaming direka khas untuk mengelakkan punggung anda sakit kerana duduk terlalu lama. Jika anda baru bermula, anda tidak perlukan kerusi gaming, melainkan anda streaming dalam tempoh yang panjang dan anda mempunyai banyak wang.
Belajar Cara Membeli Nama Website Sendiri di iWHost
Kesimpulan