SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
9 Langkah SOP untuk Penerbangan dari Sabah ke Semenanjung

9 Langkah SOP untuk Penerbangan dari Sabah ke Semenanjung

Santro September 29, 2020

Hello guys, welcome to Santrosondy.com, hari ini saya akan mengongsikan 9 Langkah SOP untuk Penerbangan dari Sabah ke Semenanjung.

Tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk memberikan sedikit pembayang kepada sesiapa yang mahu balik ke semenanjung semasa penguatkuasaan SOP baru-baru ini.

Saya telah tiba di semenanjung pada 28 september 2020 selepas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Dun N.7 Tandek, Kota Marudu, Sabah.

Dua hari sebelum ini, daerah kota marudu masih bebas dari virus covid19.

Mungkin bagi anda yang masih belum dapat membayangkan bagaimana keadaan lapangan terbang pada masa ini, artikel ini akan dapat membantu anda untuk membayangkannya.

Untuk pengetahuan anda, saya telah menaiki pesawat AK5115, AirAsia dan mendarat di KLIA 2.

Berikut adalah 9 Langkah SOP yang perlu dipatuhi oleh individu yang mengikuti penerbangan dari Sabah ke Semenanjung khasnya selepas pilihan raya negeri sabah baru-baru ini.

1. Pakai Mask
2. Isi Borang Annex 14b
3. Sediakan Mysejahtera
4. Isi Google Form
5. Gelang Pink Covid
6. Isi Borang Specimen Tag
7. Ambil Swab Test
8. Sesi Kaunseling Pendek
9. Isi Surat Kebenaran Menaiki Kenderaan Awam
9 Langkah SOP untuk Penerbangan dari Sabah ke Semenanjung

Mari semak dengan lebih lanjut 9 Langkah SOP untuk Penerbangan dari Sabah ke Semenanjung supaya perjalanan anda akan menjadi lebih lancar lagi.

1. Pakai Mask

Saya sentiasa memakai mask ketika berada di Airport Kota Kinabalu kerana saya tidak mahu dijangkiti virus ini dan tidak mahu juga menjangkiti orang lain (SEKIRANYA saya positif covid19).

Kecualilah, ketika saya makan dan minum air.

Selain itu, saya juga membawa bekalan Hand Sanitizer (75% alkohol) sendiri bagi melawan virus-virus yang mungkin ada di lif, bangku, meja, kereta, troli, duit kertas dan kemudahan-kemudahan yang ada di Airport.

Ini adalah persediaan yang biasa, saya cuma patuhinya sahaja.

2. Isi Borang Annex 14b

Semasa berada di udara, Pramugari akan mengedarkan borang ini. Saya isi yang BERTANDA pen hitam sahaja.

Bersama-sama dengan borang ini dikepilkan juga Borang Permohonan Ujian Makmal. Jadi, saya hanya mengisi Bahagian A dan Bahagian C untuk borang ini.

Inilah pengalaman saya pada masa itu. Saya tertidur, kemudian dikejutkan oleh pramugari yang bertugas pada masa itu sambil menghulurkan satu borang putih. Dia memberitahu saya sesuatu tapi saya tidak mendengarnya dengan jelas.

Saya menyambut borang putih itu dari tangannya, kemudian cuba memahami apa yang borang ini mahukan. Jadi, saya lihat borang ini, dari Kementerian Kesihatan Malaysia, maksudnya ini serius. Jadi saya mulai mengisinya walaupun masih tidak sepenuhnya faham apa yang sedang terjadi.

Dengan bantuan kawan saya, Jackler namanya, saya telah berjaya mengisinya dengan yakin. Kemudian, saya sambung melelapkan mata saya untuk melegakan rasa pening pada masa itu.

3. Sediakan Mysejahtera

Selepas tiba di Airport  Kuala Lumpur (KLIA 2). Saya diminta untuk menyediakan aplikasi Mysejahtera dalam keadaan bersedia untuk Check-in.

Tujuannya adalah supaya proses ketibaan berjalan dengan laju dan lancar.

Ini kerana masih ramai yang menunggu giliran untuk dapat keluar dari Airport pada masa itu. Saya memahami situasi ini dan tanpa berlengah-lengah lagi, saya pun berusaha secepatnya untuk membuka aplikasi Mysejahtera dan bersedia untuk Check-in.

4. Isi Google Form

Selepas itu, saya telah diminta untuk mengisi Google Form untuk membantu pasukan kesihatan ini mengumpulkan maklumat seperti nama, suhu, no telefon dan alamat tempat tinggal.

Disini, anda kena tahu di mana daerah tempat anda tinggal sekarang ini.

Oleh kerana, saya tinggal di kawasan Serdangraya, maka daerah saya di selangor adalah Petaling Jaya.

Kalau di Sabah, daerah ini adalah seperti Kota Marudu, Kudat dan Kota Belud. Kalau di selangor, Daerah adalah seperti Petaling, Hulu Langat dan Hulu Selangor.

Selesai saja isi Google form, anda akan diberikan..

5. Gelang Pink Covid

Berita covid19 yang masih sedang meningkat di Sabah ketika ini menimbulkan kerisauan ramai orang.

Kementerian kesihatan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengetatkan pematuhan SOP dengan mewajibkan setiap orang sabah yang terbang ke semenanjung dalam tempoh ini akan diberikan Gelang Pink atau gelang tangan merah jambu (wristband).

Semasa mula-mula memakai gelang tangan ini, saya merasa diri saya dipinggirkan. Tapi syukur pada Tuhan kerana saya dapat balik ke tempat saya dengan lancar.

Bagi kawan-kawan yang memakai gelang ini, jangan takut kerana mereka yang menganggu orang yang memakai gelang ini dianggap telah melanggar undang-undang dan boleh didenda hingga RM3,000. [ Berita Harian, 29 Mei 2020 ]

Gelang Pink Covid

6. Isi Borang Specimen Tag

Specimen tag ini bertujuan untuk melabelkan sample yang diambil dari hidung dan mulut anda.

Ini perlu dilakukan supaya penyelidik dapat melakukan tugas-tugasnya secara sistematik.

Anda hanya perlu mengisi Nama, No Kad Pengenalan, Tarikh dan Masa.

7. Buat Swab Test

9 Langkah SOP untuk Penerbangan dari Sabah ke Semenanjung

Gambar hiasan Pixabay / Hermann Kollinger

Selepas itu, anda akan masuk ke ruangan yang banyak orang pakai pakaian PPE atau Personal Protective Equipment.

Anda masuk saja dalam ruangan itu dengan tenang dan jawab bila ditanya. Saya pada masa itu ditanya, sama ada pernah ambil Swab test atau belum, saya jawab “Ini kali pertama”.

Swab test tidaklah sakit seperti yang ada dalam imaginasi kita. Rasanya hanya seperti “Cotton Buds” yang dicucuk dalam hidung kita selama 2-4 saat.

Selepas itu, mereka akan mengambil Specimen Tag dan melekatkannya pada tabung uji khas untuk sample lubang hidung dan kerongkong anda.

8. Sesi Kaunseling Pendek

Anda juga akan dapat kaunseling dari Pegawai Kesihatan tentang apa yang perlu dilakukan sepanjang anda memakai gelang pink yang diberikan. Sesi ini berlangsung dalam 6-13 minit.

Pegawai Kesihatan yang bertugas itu juga akan meminta Borang Annex 14b untuk memberikan kepada anda tempoh kuarantin 14 hari.

9. Isi Surat Kebenaran Menaiki Kenderaan Awam

Jika anda memakai gelang tangan pink, dan mahu menaiki kenderaan awam, pastikan anda meminta surat kebenaran menaiki kenderaan awam dari pegawai kesihatan tersebut.

Ini kerana, Kenderaan awam akan mendedahkan anda kepada orang ramai, bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku, isilah borang ini dan dapatkan cop serta tandatangan dari pegawai kesihatan yang melayani anda.

Kemudian, tunjukkannya pada pemandu sebelum anda menaiki kereta mereka. Surat Kebenaran ini dapat mengelakkan anda daripada dipulaukan atau tidak diterima oleh pemandu-pemandu kenderaan awam seperti Teksi dan Grab.

Baca juga 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

Kesimpulan

Inilah yang saya lalui ketika pergi ke semenanjung selepas mengundi pada pilihan raya negeri Sabah tahun ini.

Saya rasa sangat bersyukur kepada Tuhan kerana perjalanan untuk sampai ke tempat tinggal saya di semenanjung ini berjalan dengan lancar.

Sesampai saya di rumah, saya terus masuk ke dalam bilik, membersihkan diri dan mengingatkan rakan serumah saya untuk mematuhi SOP.

Saya tunjukkan kepada mereka gelang pink saya dan mereka faham apa yang perlu dilakukan.

Saya juga merasa sangat bersyukur kerana rakan-rakan serumah saya tahu dan faham tentang cara penularan virus covid19 ini.

Selain itu, mereka juga menyediakan makanan untuk saya dengan hanya membungkus dan meletakkannya di depan pintu bilik saya.

Terima kasih rakan serumahku.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer