SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
81 Produk Google yang Blogger Perlu Tahu

81 Produk Google yang Blogger Perlu Tahu

Santro October 13, 2020

Saya sebelum ini tidak menyangka yang rupanya produk google sangat banyak. Mungkin ada diantara kita yang hanya mengetahui Google Search, Youtube, Gmail, Google Drive, Google Translate, Google maps, Google adsense, blogger dan Google search console.

Namun, setelah membuat senarai produk-produk mereka. Saya dapati ada 81 produk yang disediakan untuk pelanggan-pelanggan mereka di seluruh dunia. Setelah melihat kuantiti produk mereka ini, saya menyedari bahawa semakin mereka kaya semakin banyak komitmen yang mereka sediakan untuk pelanggan mereka.

Ini memberikan saya satu kesedaran untuk memberikan perkhidmatan kepada pembaca-pembaca terutamanya dari rakan-rakan blogger yang sentiasa menyokong saya melalui tulisan-tulisan blog mereka.

Tulisan mereka bukan saja menyelesaikan masalah penulisan saya, tetapi juga membantu saya melihat masa depan saya dalam dunia blogging ini. Sebagai blogger yang baru, saya menyedari yang saya masih perlu banyak belajar untuk mengembangkan blog ini.

Salah satu cara untuk menjadi yang terbaik dalam dunia blogging ialah saya perlu mengetahui siapa majikan saya. Eh. Kenapa sebut majikan? bukankah dalam blogging bossnya adalah kita sendiri? Ya, itu betul, memang kitalah bos, tapi kita adalah bos yang tidak mampu membayar gaji kita menulis.

Jadi, siapakah bos yang saya maksudkan itu? Ya, sudah tentulah Google. Ia adalah satu website enjin carian yang terkenal di dunia. Sebagai Blogger yang bergantung pada monetise Google adesense, saya perlu menulis konten yang dapat meningkatkan kualiti Google Search ini sendiri.

Untuk melakukan itu, saya perlu mengetahui produk-produk yang Google sediakan untuk pelanggan-pelanggan mereka. Saya fikir saya akan lebih disukai oleh mereka kalau saya menulis tentang produk-produk mereka yang hebat itu.

Jadi, jika anda adalah seorang blogger dan ingin berjaya dalam dunia blogging, anda mesti berusaha mengenal boss anda, supaya dia menyukai kamu dan meletakkan kamu yang pertama dalam enjin carian mereka.

81 Produk Google yang Blogger Perlu Tahu

Nah, hari ini, saya akan mengongsikan kepada kamu 81 produk yang disediakan oleh Google. Selepas mengetahui produk-produk mereka, kamu boleh menulis ulasan tentang produk-produk ini, bagaimana ia memudahkan hidup kamu, bagaimana kamu berjumpa dengannya atau cara-cara menggunakan produk-produk ini.

Ingin tahu apa 81 produk google tersebut? Dengan itu, saya persembahkan kepada kamu, rakan-rakan blogger yang dihormati sekalian;

81 Produk Google yang Blogger Perlu Tahu

1. Google Search

2. Google Maps

3. Google Translate

4. Google Chrome

5. YouTube Music

6. Chromecast

7. YouTube

8. Google Play Movies & TV

9. Connected Home

10. Android Auto

11. Android OS

12. Wear OS by Google

13. Chromebook

14. Gmail

15. Messages

16. Google Duo

17. Google Chat

18. Google Photos

19. Contacts

20. Google Keep

21. Google Calender

22. Google Docs

23. Google Slides

24. Google Drive

25. Google Sheets

26. Google Ads

27. Google My Business

28. Google Adsense

29. Android TV

30. Google Cardboard

31. Chrome Web Store

32. Google Earth

33. Google Finance

34. Google Form

35. Gboard

36. Google Alert

37. Google Assistant

38. Chromecast built-in

39. Google Classroom

40. Google Cloud Print

41. Google Expeditions

42. Google Shopping

43. Google Fi

44. Google Fit

45. Google Flights

46. Google Fonts

47. Google Groups

48. Google Meet

49. Google One

50. Google Pay

51. Google Photo

52. Google Play

53. Google Play Books

54. Google Play Games

55. Google Play Music

56. Google Street View

57. Google Hangouts

58. Google News

59. Google Play Protect

60. Google Podcasts

61. Google Scholar

62. Google Sites

63. Tilt Brush

64. Google Voice

65. Waze

66. Wear OS by Google

67. Youtube Kids

68. Youtube TV

69. Google AdMob

70. Blogger

71. Android

72. Chrome Entreprise

73. Google Data Studio

74. Google Manufacturer Center

75. Google Marketing Platform

76. Google Merchant Center

77. Google Web Designer

78. Google Workspace

79. Google Optimize

80. Google Search Console

81. Google Developers

Produk Google yang saya selalu guna

Sekarang ini, saya ingin kongsikan kepada kamu beberapa produk Google yang saya gunakan hampir setiap hari, minggu dan bulan.
1. Google Search – Saya menggunakan ini untuk mencari maklumat berkaitan topik-topik yang saya akan tulis di blog ini. Enjin carian nombor 1 di dunia ini juga membantu saya dalam meningkatkan kemahiran komunikasi saya dengan keluarga, teman wanita dan kawan-kawan saya.
2. Google Translate – Saya mempunyai satu lagi blog dalam bahasa inggeris. Apabila ada perkataan inggeris yang saya tidak tahu, saya akan menggunakan ini. Ia cukup berkerjasama baik dengan Grammarly.
3. Gmail – Selain menerima update-update dari blog dan website yang saya gemari, Gmail membantu saya untuk menjadi lebih teratur, kerana saya menyimpan idea dan matlamat harian saya dalam bentuk draf supaya saya boleh mengaksesnya bila-bila masa dan dimana saja saya berada, asalkan saya ada internet.
4. Google Adsense – Inilah pusat pengaturan pendapatan saya di Google. Dalam web ini, saya boleh mengawal jenis-jenis iklan yang akan keluar dalam blog saya. Setakat ini, saya sangat menggalakkan Google mengiklankan pakaian kerana saya mahu pembaca-pembaca saya kelihatan bijak dan menarik.
5. Blogger – Ini pula tempat saya bekerja sebagai penulis. Semenjak saya aktif dalam dunia blogging, inilah antara tempat di internet yang saya luangkan beberapa jam hampir setiap hari untuk berfikir dan menulis. Rakan-rakan blogger pasti biasa dengan tempat inikan? Hahaha
6. YouTube – Ini tempat saya berhibur dan belajar melalui pendengaran. Saya mempunyai Playlist yang saya ingin dengar berulang-ulang sehingga saya hafal dengan video atau audio tersebut.
7. Google Search Console – Inilah tempat saya untuk memastikan setiap tulisan yang saya terbitkan di internet muncul dalam pusat data Google. Ia juga membantu saya mengira jumlah pelawat dan kata kunci yang mereka gunakan untuk ke blog saya.
8. Google Alert – Saya mahu sentiasa mendapatkan update dari topik kegemaran saya melalui web ini. Sebagai contoh, saya mahu update dari kata kunci “Blogger”, maka saya boleh tetapkannya disini. Dan Google akan menghantar AMARAN ke email saya sekiranya ada blogger lain yang menulis menggunakan kata kunci “Blogger” ini. Ia membantu saya menjadi semakin hari, semakin tahu tentang blogger. Hebatkan Produk ni?
9. Android – Tanpa android, handphone saya tidak akan berfungsi dengan baik. Saya tidak berapa tahu sangat tentang android ini. Yang saya tahu, ia membantu handphone saya mengatur aplikasi-aplikasi yang ada di dalamnya. Mungkin selepas ini, saya kena belajar lebih mendalam mengenai android ini.

10. Google Marketing Platform – Selain Google search console, Google marketing platform juga sangat berguna untuk menganalisis aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam blog saya. Analisis yang dilakukan oleh Google Marketing Platform adalah lebih mendalam daripada analisis yang dilakukan oleh Google search console. Itulah sebabnya, saya tidak dapat menginggalkan produk google yang satu ini.

Kesimpulan

Nah itulah 81 produk Google yang disediakan untuk kamu dan saya. Adakah kamu merasa terinspirasi semasa membaca senarai ini? Adakah kamu terfikir produk yang dapat kamu berikan kepada orang lain? atau paling tidak pun, adakah kamu terfikir topik apa yang akan kamu tulis di blog kamu selepas ini?
Apa pun itu, saya harap rakan-rakan blogger mendapat manfaat dari senarai ini. Selepas ini, jika kamu tidak mempunyai idea untuk ditulis di blog kamu, carilah inspirasi menulis dari blog saya supaya tulisan kamu dapat dimasukan dalam kategori topik yang bernilai tinggi di mata Google.
Gambar William Iven
Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer