SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
8 Kebaikan Memandang Satu Arah

8 Kebaikan Memandang Satu Arah

Santro January 17, 2021

Pernahkah anda terfikir kebaikan memandang satu arah? Adakah anda pernah memandang pada satu arah? Pasti pernahkan? apalagi kalau ada masalah? Dalam menyelesaikan masalah, kita perlu memandang dari pelbagai arah untuk mencari penyelesaian masalah hidup kita tanpa menjejaskan orang lain. Tapi, bagaimana jika kita hanya memandang satu arah? Berikut adalah huraiannya.

1. Menyelesaikan Masalah

Mengikut Prinsip Michelangelo, sesetengah masalah boleh diselesaikan dengan cara memandang masalah sehingga idea dan strategi penyelesaian muncul dalam fikiran.

Lihat video The Traders’ Secret.

2. Mengelakkan dari hilang tumpuan

Memandang pada satu arah membolehkan kita fokus pada matlamat kita tanpa dikelirukan oleh hal-hal atau orang yang cuba mengalihkan tumpuan kita.

3. Mempercepatkan pergerakkan fizikal

Kebanyakkan pelari pecut 100m tidak akan menoleh kiri atau kanan sebelum jarak 100m ditamatkan kerana pergerakan menoleh ini akan merosakkan momentum larian.

4. Menjimatkan Tenaga

Setiap pergerakkan memerlukan tenaga, dan apabila kita memandang pada satu arah, tenaga kita tidak dibazirkan dengan pergerakkan yang sia-sia atau tanpa tujuan yang jelas.

5. Menenangkan Hati

Memandang pada satu arah akan mengaktifkan fikiran kita untuk menenangkan perasaan yang mudah takut atau hilang ketenangan.

6. Mengatur Pernafasan

Kita tidak dapat memandang satu arah dalam jangka masa yang lama jika pernafasan kita tidak teratur. Oleh itu, aturlah pernafasan jika kita ingin belajar untuk memandang pada satu arah.

7. Mengatasi Masalah Tidur

Sama seperti aktiviti membaca, memandang satu arah boleh menyebabkan kita mengantuk kerana mata dan fikiran sedang berusaha mengali lebih dalam pada satu titik pandangan.

Baca juga Kebaikan Membaca Buku Yang Dilupakan Ramai Orang

8. Memupuk Sifat Berkeyakinan

Ada sesetengah daripada kita tidak memandang muka atau mata ketika bercakap dengan orang lain kerana merasa tidak yakin dengan diri mereka, sedangkan tindakan seperti itu adalah kunci kepada komunikasi yang mendalam.

Itulah ulasan ringkas mengenai 8 kebaikan memandang satu arah. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat pada anda. Ada banyak lagi kebaikan selain dari 8 yang saya kongsikan disini, cuma saya tidak melihatnya buat masa ini, mungkin anda dapat melihat dan menulisnya, jangan lupa mention blog ini.

I saw the angel in the marble and carved until I set him free. – Michelangelo.

8 Kebaikan Memandang Satu Arah
Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • Lirik Lagu Cinta Pertama – Gamma1
  • Lirik Lagu Cinta Monyet – Goliath
  • Lirik Lagu Cinta Kalapa – Susi Purba
  • Lirik Lagu Aku Memilih Setia – Fatin Shidqia
  • Lirik Lagu Cinta Beda Agama – Vicky Salamor

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer