Sekali lagi minggu ini dapat dilalui dengan pelajaran-pelajaran yang baru. Minggu lalu saya telah pertama kali membuat konten yang berbentuk Soalan dan Jawaban. Saya merasa ia sangat menarik kerana saya boleh berfikir logik tentang diri saya. (Anda juga boleh lakukan seperti ini). Dan hari ini, saya berkongsi dengan kita semua 7 persoalan TERBAIK dalam minggu keenam tahun ini.
1. Adakah dengan bertanya soalan kita dapat belajar?
Ya, selain dapat belajar, soalan juga dapat memberikan kita lebih banyak pilihan dalam hidup. Persoalan mengaktifkan fikiran manusia. Ia memberikan semangat dan tujuan kepada seseorang untuk terus hidup berpengharapan. Dengan semangat dan tujuan yang jelas, kita dapat menumpukan sepenuh tenaga kita pada setiap langkah kita demi untuk mencapai kemajuan hidup. Jawapan dari satu soalan, akan menimbulkan soalan baru, dan itu akan memberikan kita satu lagi tujuan untuk terus melangkah ke depan. Soalan memberikan kita kesanggupan kita untuk membaca buku lebih kerap kerana semangat ingin tahu kita sedang meronta-ronta meminta jawapan.
2. Bagaimana eja ayam?
Beberapa tahun dahulu, sekitar 2000-2010, saya telah bertanya salah seorang dari anak buah saya” bagaimana eja ayam?”, dan dia jawab “Ayam, kalau lapar bagi makan”. Pada masa itu, kami ketawa kerana jawapan dia yang lucu. Pada tahun ini, saya ingat kembali soalan ini, dan cuba melihat jawapan anak buah saya ini dari perspektif lain, dan apa yang saya belajar ialah dia menjawab untuk memenuhi keperluan dan bukannya kehendak. Ya, cara mengeja ayam ialah AYAM, tapi manakah yang lebih banyak manfaat, mengeja ayam atau memelihara ayam, memenuhi kehendak atau memenuhi keperluan. Begitulah positifnya saya melihat soalan tadika atau sekolah rendah ini.
3. Apa yang perlu dilakukan jika skrin laptop Acer Aspire 3 A314-31 series gelap dan bergaris?
Saya agak perlahan menghasilkan konten pada minggu ini kerana laptop saya mengalami kerosakan. Ciri-ciri fizikal kerosakan itu adalah seperti ini;
- Monitor gelap walaupun
- Monitor ada keluar garisan
Saya tanya kawan saya, dan jawapannya, mungkin masalah ram atau skrin, dan untuk membaikinya, dia bagi cadangan, kalau dekat dia;
- Skrin RM305 -supplier (warranty 3 bulan)
- Upah – RM100
- Skrin RM378 – (warrantty 3 bulan)
- Upah – RM150 – 200
Saya fikir lebih baik untuk membaikinya daripada membeli laptop yang baru. Jadi, akhirnya saya membuat keputusan untuk membaiki laptop saya yang murah (tapi hebat ini (positif)). Sehari kemudian, laptop saya kembali pulih selepas kawan saya membuka “Connect Kit Wireless Mouse” dari laptop dan MengONkannya.” Oleh itu, sebelum kita membuat keputusan untuk membawanya ke kedai, cuba lakukan seperti apa yang saya lakukan.
4. Dimana tempat yang sesuai untuk bertumbuh?
Tempat yang paling sesuai untuk bertumbuh ialah tempat dimana kita berada sekarang. Jika kita benar-benar ingin berubah, pilih dan bercakap dengan orang yang ada disekililing kita, dan cari tahu apa yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat kita ditempat tersebut. Selain itu, pilih buku yang sesuai dengan matlamat kita. Akhir sekali, ini sepatutnya yang pertama iaitu kita mesti ada matlamat. Kerana dari matlamat itu, kita dapat cari individu dan buku yang membantu kita mencapai matlamat kita. Contohnya, jika kita bermasalah dengan panas baran, cari orang yang panjang sabar dan cari juga buku rujukan yang berkaitan dengan panas baran. Selepas itu, luangkan banyak masa dengan individu dan buku yang kita pilih. Kita pasti akan bertumbuh.
5. Apa yang perlu dilakukan bila prinsip kita semakin pudar dalam fikiran kita?
Kita perlu meluangkan lebih masa untuk memikirkan prinsip itu. Walaupun kita tiada perasaan ketika itu, kita mesti menyatakan dengan suara yang boleh kita dengar, sebab prinsip itu hanya untuk kita. Itulah prinsip yang membentuk kita hari ini. Selain itu, kita boleh juga mempersoalkan prinsip kita atau belajar memandangnya untuk 5 atau 10 tahun akan datang. Kita perlu melakukan ini kerana itulah sebab kita masih bersemangat sehingga kini. Tanpa prinsip, kita tidak ada semangat untuk terus memajukan diri. Prinsip kita mengambarkan harapan kita pada masa depan. Jika prinsip kita lemah, boleh dikatakan masa depan kita juga semakin kabur atau tidak jelas. Setiap kali kita mahukan sesuatu, ada prinsip yang perlu dipegang. Memegang prinsip itu tidak mudah, tapi hanya itu saja cara untuk mencapai apa yang kita mahukan dalam hidup.
6. Bagaimana kita meyakinkan diri kita untuk berhenti membandingkan diri kita dengan orang lain?
Persoalan ini menarik dan saya mengambil keputusan untuk memasukkannya sebagai persoalan yang terbaik pada minggu ini. Persoalan ini sebenarnya telah dijawab oleh @aynbernos melalui TikToknya. Jawapan sangat baik kerana saya juga selesa jika saya menjawab seperti ini. “Saya mengaku kalah, tapi dengan cara yang terbaik. Sebab saya sedar yang tidak kira apa yang saya lakukan, dimana-mana saya pergi, tidak kira apa yang berlaku dalam hidup saya, atau hensem pun saya, saya tidak akan pernah menjadi yang terhensem, terbijak, terkaya, paling berbakat. Tidak akan pernah. Sentiasa ada yang lebih baik dari kita. Dan sebenarnya itu lebih baik, sebab hidup ini, bila kita berhenti untuk bersaing, kita akan lebih mudah untuk bergaul dengan orang lain. Bila kita lihat orang yang lebih hensem atau cantik dari kita. Hargai diri kita dengan bergembira dengan mereka, atau Jika kita melihat orang lain lebih kaya, kita tanya “Bagaimana kau lakukan ini?’. Atau Jika kita melihat seorang yang lebih bijak dari kita, tanya “Apa yang saya boleh belajar dari kau?”. Ia lebih aman kalau kita bereaksi seperti ini.
7. Kenapa saya masih menulis walaupun pembacanya hanya sedikit saja setiap hari?
Saya sentiasa yakin yang satu hari nanti, seseorang akan tertanya dalam hatinya,
- Adakah si Santro masih aktif menulis?
- Apa kabar si Santro sekarang?
- Apa cerita si Santro hari ini?
- Ada peningkatankah penulisan si Santro?
Selain itu, saya juga terus menulis kerana dalam musim PKP ini, kita perlu berfikir untuk kebaikan minda yang mudah tertekan kerana kawalan pergerakan. Akhir sekali, Saya menulis kerana saya agak lemah dalam percakapan, mungkin dengan menulis ia membantu saya untuk memperbaiki kelemahan ini. Saya menulis bukan kerana saya pandai, tapi saya masih ada kelemahan, sebab itulah saya terus menggunakan apa yang saya boleh supaya bila sampai masanya, percakapan akan menjadi sesuatu yang biasa bagi saya.
Kesimpulan Persoalan Terbaik
Inilah huraian tentang persoalan-persoalan saya yang menarik bagi saya, dan saya harap menarik juga untuk kita semua. Semoga perkongsian ini dapat memberikan inspirasi kepada kita semua untuk menjadi lebih baik dari minggu lalu. Terima kasih kerana membaca tulisan ini. Kita jumpa lagi minggu depan.