Sedang kita memasak, tiba-tiba timbul idea yang kita rasa menarik untuk dijadikan perniagaan.
Kita padamkan api, dan cepat-cepat pergi ke laptop untuk mencatat idea tersebut.
Selesai mencatat, kita sambung semula masakan kita.
Jika kita ingin mengubah idea kita menjadi realiti, pelajari 7 langkah ini.
Ketut Subiyanto / Imej Pexels
1. Uji Idea
Kita buat website ringkas untuk memaparkan produk atau perkhidmatan kita.
Kemudian, kita gunakan Google atau Facebook untuk menarik trafik ke website kita dan cuba menjual “Produk atau Perkhidmatan” yang masih tidak wujud.
Sudah tentu, tiada transaksi yang berlaku di website kita, tapi ini membolehkan kita mencuba tawaran kita, melihat bagaimana pelanggan berinteraksi di website kita dan mendapatkan pemahaman yang jelas tentang permintaan dan segmen pelanggan yang mungkin membeli daripada kita.
Berdasarkan data yang kita peroleh, kita kemudiannya akan terus berhubung dengan pelanggan kita dan mengadakan perbualan tentang keperluan mereka dan sebab mereka tertarik dengan tawaran kita.
Sebaliknya, jika kita mendapati tiada sesiapa yang mahu membeli produk atau perkhidmatan kita, kita akan terus melaraskan produk atau perkhidmatan kita sehingga kita mendapat “pembeli pertama” kita.
2. Letakan Harga dengan Betul
Memang sukar untuk menukar harga sebaik saja kita mula menjual, dan ramai orang mempunyai idea yang baik, tapi kebanyakkannya menumpukan pada jualan dan bukannya keuntungan.
Keuntungan adalah penting untuk jangka hayat dan kejayaan perniagaan kita.
Jika kita telah menentukan berapa banyak keuntungan yang kita perlu buat dan bekerja ke belakang dari matlamat itu, dan mempertimbangkan semua potensi kos, kita akhirnya akan mendapat harga yang betul dan berada di jalan yang betul dari awal.
Kita juga akan mempunyai aliran tunai yang lebih baik, yang merupakan kunci untuk mengerakkan perniagaan kita ke peringkat seterusnya.
3. Fikir secara mendalam
Apabila kita mempunyai idea perniagaan, dedikasikanlah masa untuk berfikir secara mendalam tentang proses perniagaan kita.
Tetapkan 90 minit masa kerja tanpa gangguan untuk memikirkannya.
Masa terbaik untuk melakukan ini ialah pada waktu pagi.
Pada masa itu, kita tulis idea kita dan bangunkan rancangan menggunakan nombor.
Gunakan nombor dan tambah strategi pada rancangan kita untuk melihat sama ada rancangan itu berdaya maju dan masuk akal.
Gunakan nombor dan lihat data untuk membuat keputusan berasaskan data yang berdasarkan logik.
4. Komitmen Dengan Menetapkan Tarikh
Beri komitmen pada idea kita dengan menetapkan tarikh pada kalendar.
Katakan pada diri kita, “Pada tarikh ini, saya akan mula mengubah idea ini menjadi kenyataan!”
Ada sebab kuat kenapa mesti menetapkan tarikh.
Iaitu untuk mempertanggungjawabkan diri kita.
Semua orang mengatakan “satu hari”.
Bilakah “satu hari” itu?
Jika kita meletakkannya pada kalendar, kita yang memilih hari untuk mula merealisasikan impian itu, dan tiada jalan untuk berpatah balik lagi.
Ianya seperti, kita membuat keputusan muktamad.
Tentukan berapa banyak masa yang kita perlukan untuk idea itu.
Kita boleh tetapkan satu jam seminggu.
Agar kita mempunyai empat jam sebulan yang akan membawa kita lebih jauh untuk merealisasikan impian itu daripada memberitahu diri kita “satu hari.”
Dan ketika kita maju dengan idea kita, selalunya kita menjadi taksub dengannya.
Semasa kita memulakan, kita telah menjadualkan masa yang boleh kita luangkan untuknya.
Kita sendiri pun akan takjub dan hairan apabila kita mula melihat idea kita terbentuk.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
5. Memastikan Laluan Boleh diikuti
Fokus pada laluan kita sendiri dan pastikan kita boleh merealisasikan idea kita tanpa perlu menyalin atau menyemak dari orang lain.
Jika idea kita terlihat seperti adanya pengaruh daripada cara orang lain melakukannya, kita harus menyemak semula dan lihat sama ada idea kita diilhamkan oleh seseorang, dan kemudian cari cara untuk melakukan yang lebih baik daripadanya atau jika idea itu adalah milik kita semata-mata maka kita berhak untuk menjalankannya tanpa meniru dari orang lain.
Jika itu yang berlaku, maka sudah tiba masanya untuk memulakannya!
6. Mengesahkan Idea
Setelah semua idea kelihatan hebat dan boleh dilihat di atas kertas.
Tetapi sebelum kita mengubah visi kita menjadi realiti, kita perlu mengesahkan idea kita.
Lakukan penyelidikan kita dalam industri yang kita cuba ceburi.
Berbuallah bersungguh-sungguh dengan individu-individu yang berkepentingan dalam industri itu.
Dengan melakukan ini pada peringkat awal akan membantu kita membuat skala dan meletakkan idea dengan lebih baik di pasaran sebaik saja kita bersedia untuk melancarkannya.
Tanya mereka soalan yang berkaitan pengalaman, cabaran, kejayaan dan semuanya yang berkaitan dengan industri itu.
Pelajari kelebihan dan kekurangan mereka yang akan membantu kita meramalkan cabaran yang boleh kita hadapi semasa kita membina perniagaan kita.
7. Tulis Rancangan Perniagaan
Langkah pertama untuk mengubah visi kita menjadi realiti ialah membuat rancangan perniagaan.
Pelan perniagaan ialah asas kepada mana-mana perniagaan dan ia adalah cara terbaik untuk memastikan kita berada di landasan yang betul.
Sebaik saja kita mempunyai rancangan, kita boleh mula meneroka pasaran kita dan mengetahui perkara yang menjadikan idea kita unik.
Adalah penting untuk kita memahami perkara yang membezakan perniagaan kita daripada yang lain untuk menjadikannya berjaya.
Sebaik saja kita mempunyai pemahaman yang kukuh tentang perkara yang menjadikan perniagaan kita unik, tiba masanya untuk mula mencari pelabur dan rakan kongsi yang boleh membantu mengembangkan lagi idea kita
Kesimpulan
Idea yang kita perolehi hari ini akan hilang jika kita tidak mencatatnya sebaik saja ia muncul dalam fikiran kita.
Namun, untuk menjadikannya realiti, kita kena memecahkanya kepada bahagian-bahagian kecil agar mudah untuk kita merealisasikanya.
Dan itulah informasi lengkap yang dihuraikan dalam artikel ini untuk kita mengubah idea perniagaan menjadi realiti
Ingat, untuk membangun perniagaan yang untung dan konsisten memang tidak mudah.
Namun, bagi orang yang bertekad dan konsisten boleh menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu caranya.
Dapatkan lebih maklumat tentang kepimpinan dengan mengklik link Forbes.