SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
7 Kelebihan Buku Think and Grow Rich

7 Kelebihan Buku Think and Grow Rich

Santro January 24, 2021

Ini tahun ketiga saya membaca buku Think and Grow Rich yang ditulis oleh Napoleon Hill. Saya sangat menyukai buku ini kerana dapat memberikan saya satu perasaan untuk mencapai perkara yang mustahil untuk saya capai. Saya meluangkan masa satu jam sehari untuk membaca buku ini sehinggalah habis. Setiap kali saya berjaya menghabiskan buku ini, saya menjadi sangat positif selama sebulan kerana buku ini mengajar saya untuk melihat gaya hidup yang saya inginkan. Sebenarnya ada 7 hal yang saya suka dan puji tentang buku ini. Dan inilah sebabnya kenapa saya membaca buku ini tiga kali.

1. Tempoh Penulisan

Proses penulisan buku ini mengambil masa 25 tahun. Satu tempoh yang sangat lama untuk memilih dan menulis tentang cara bagaimana sesiapa saja boleh menjadi kaya dengan prinsip-prinsip yang ada dalam buku ini. Saya mengagumi penulis ini kerana sanggup menumpukan perhatian selama 25 tahun semata-mata untuk menghasilkan buku yang menjadikan orang lain kaya. Sangat jarang untuk menemui orang yang sanggup melakukan perkara seperti ini selama 25 tahun tanpa apa-apa keuntungan.

2. Mengukuhkan Keinginan Diri

Saya belajar tentang keinginan dengan lebih mendalam melalui buku ini. Buku ini memberitahu saya secara mendalam tentang keinginan yang akan menyanggupkan seseorang untuk melakukan apa saja demi untuk memenuhi satu-satunya keinginan yang ada dalam dirinya. Saya belajar ini dari kisah keinginan Barnes untuk berkerjasama dengan Thomas Edison yang akhirnya berjaya menghasilkan slogan “Made by Edison and installed by Barnes.”

3. Mengalakkan kerjasama dengan Pencipta atau Pakar

Tanpa menjadi pencipta pun kita boleh berjaya dengan hanya bekerjasama dengan pencipta atau pakar dalam bidang yang kita minati. Seperti Barnes, dia berjaya mendapat keuntungan hasil dari ciptaan Thomas Edison melalui perkongsian perniagaan. Ini memberikan saya cara lain untuk meningkatkan pendapatan saya selain mengeluarkan produk sendiri.

4. Meningkatkan Keyakinan pada perkara yang Mustahil

Buku ini juga mengajar saya tentang Auto-suggestions. Pada bab ini, saya didedahkan tentang bagaimana kita boleh mempengaruhi fikiran kita untuk mencapai matlamat yang sangat mustahil untuk kita capai. Prosesnya diringkaskan seperti ini, Jika kita mahu gembira, beritahu diri kita setiap hari dengan penuh perasaan untuk sentiasa gembira, dan ulanginya hingga kita secara semula jadi beradaptasi dengan kata-kata yang kita beritahu pada diri kita.

Baca juga Kebaikan Membaca Buku Yang Dilupakan Ramai Orang

5. Merangsang minda yang berkuasa

Buku ini juga mengajar saya tentang beberapa emosi yang dapat merangsang minda seseorang untuk lebih berjaya dalam hidupnya. Antara perangsang popular yang ada dalam senarai ini adalah Seks, Cinta dan Wang. Ada 10 sebenarnya perangsang minda, tapi saya hanya mengambil 3 yang paling berkuasa untuk mengubah seseorang. Apa yang saya fahami ialah bila kita sangat-sangat berkeinginan untuk melakukan seks atau memiliki sejumlah wang, kita alihkan atau ubah keinginan itu menghasilkan sesuatu yang lebih hebat dari kebanyakkan orang.

6. Mudah didapati di Internet

Walaupun saya menemui buku ini secara percuma di internet, saya ingin mengongsikan harga buku ini iaitu $7.96 (RM32.22). Jika kita malas membaca, beli buku ini supaya kita akan lebih rajin membaca, bukan kerana apa, kerana tidak mahu merasa rugi melaburkan wang untuk menaik taraf minda kita. Saya mendapatkan buku ini secara percuma, dan tahun ini akan masuk bacaan ke-3 saya untuk buku ini. Begitulah saya menghargai buku yang saya perolehi secara percuma ini.

7. Belajar Prinsip Kejayaan dari Orang Berjaya

Buku ini menerangkan 13 prinsip untuk berjaya dalam apa saja bidang yang kita ingin ceburi. Prinsip-prinsip yang diketengahkan pula tidak sukar untuk dilakukan kerana ia sudah berada dalam diri kita. Buku ini hanya menerangkannya dengan perspektif yang harmoni dengan kemampuan semasa kita seperti Keinginan, Minda, Imaginasi dan Deria keenam.

Inilah kelebihan yang saya dapat lihat dari buku Think and Grow Rich. Saya memberikan 7/10 kepada buku ini kerana ia memberikan saya inspirasi dan motivasi untuk membawa nilai tambah ke dalam kehidupan orang lain. Setakat ini, hanya ini sahaja yang saya boleh katakan tentang buku ini, semoga artikel ini membuatkan anda bersemangat untuk membaca buku ini sehingga tamat.

Think and Grow Rich

Review Buku Think and Grow Rich
Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer