Ramai yang mencari cara mengatasi kemurungan kesan daripada kawalan pergerakan untuk mencegah penyebaran virus covid19. Dari segi definisi, Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. – Moh.gov.my
Cara Mengatasi Kemurungan
Bagi kita yang belum merasa kemurungan, cegahlah diri kita dari keadaan ini. Tapi bagi yang pada saat ini sedang merasa murung, ada 7 cara mengatasi kemurungan seorang sendiri;
1. Bergantung harap pada seorang kawan atau kenalan
Carilah seseorang yang memahami dan mengambil berat tentang diri kita untuk berbual secara tetap. Memendam masalah diri merupakan aktiviti paling buruk dan tidak membantu dalam mengatasi masalah kemurungan.
2. Kekalkan kesibukan
Keluar dari rumah, sedut udara segar atau pergilah bersukan. Atau tinggal di rumah sambil mengerjakan beberapa projek buat sendiri (DIY). Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat membantu menjauhkan minda kita dari fikiran-fikiran yang membawa kepada kemurungan.
3. Elakkan alkohol
Melemaskan kesedihan diri dalam alkohol adalah tabiat yang diamal meluas seluruh dunia. Tetapi janganlah menipu diri sendiri. Bahan-bahan yang terdapat dalam alkohol boleh meredakan gejala-gejala yang dialami, selama beberapa jam. Namun alkohol itulah sekatan yang menghalang bantuan psikologi, selain memusnahkan kesihatan fizikal.
4. Amalkan sebuah diet sihat
Makanlah sayuran, buah segar dan bijian. Jika tidak biasa dengan semua ini, ia mungkin sukar untuk kita di peringkat awal, tetapi kita pasti akan beransur membiasakan diri dengannya.
5. Cegah insomnia
Lakukan senaman fizikal, makan awal dan elak pemikiran buruk. Jika kita tidak dapat tidur malam, jangan hilang sabar dan terlalu memikirkannya. Selesakan diri kita di sofa dan baca buku atau dengar radio sampai kita tertidur.
6. Berfikiran positif
Fokus pada perkara-perkara yang menyenangkankan dan yakinkan diri kita bahawa segala nasib malang kita akan berakhir. Lagipun, ada banyak perkara yang kita sepatutnya bersyukur dalam hidup ini dan ia patut dijadikan sasaran fikiran kita.
Baca juga 15 Fikiran Positif Setiap Blogger Yang Berjaya
7. Berpandangan positif terhadap masa depan
Harapan adalah satu keperluan manusia. Tanpanya, seseorang akan mudah jatuh ke dalam perasaan tidak yakin, takut, dan gelisah, iaitu faktor-faktor yang berkait dengan kemurungan. Mereka yang berharap menjalani kehidupan selepas kematian mengekalkan sebuah hubungan dengan Tuhan yang cukup pengasih dan penyayang. Ini merupakan suatu sumber yang kuat bagi melawan kemurungan.
Kesimpulan
Kemurungan dapat diatasi jika kita dapat memilih tindakan-tindakan yang positif dalam hidup kita. Apa tindakan-tindakan itu? Ada banyak, tapi 7 cara yang terpilih adalah yang baru kita baca tadi. Semoga bermanfaat.
Rujukan
Minda Positif – Julian Melgosa (Phd dalam bidang Psikologi)
Gambar Gerd Altmann