Kebanyakan pelajar lepasan SPM mulai pening dan risau tentang aktiviti harian selepas ini kerana mereka bukan lagi bangun untuk pergi sekolah, namun untuk belajar mengurus hidup sebagai orang dewasa.
Mereka risau kerana mereka tidak banyak pengalaman tentang kehidupan orang dewasa.
Bagi mereka yang ibubapanya berpendidikan tinggi, maka tiada masalah untuk mencari aktiviti yang baik untuk dilakukan, namun bagi mereka yang terpaksa atau mahu mengatur sendiri kehidupanya, berikut ini adalah 7 idea kecil untuk dilakukan selepas SPM yang bertujuan untuk membina masa depan yang stabil.
Igor Korzh / Imej Pexels
1. Menulis Corak Minda
Corak minda adalah pandangan umum kita tentang bagaimana kita bekerja dan berjaya.
Dengan menulis corak minda pada kertas, kita boleh membacanya dari semasa ke semasa.
Corak minda ini biasa diperoleh selepas membaca buku-buku perkembangan diri dan pengalaman-pengalaman hidup yang lain.
Sebagai contoh, “Success is what you do daily.” dan “Get better than yesterday”
Saya menjadi siapa saya hari ini disebabkan corak minda di atas ini.
2. Menulis Tarikh dan Aktiviti harian
Menulis tarikh dan aktiviti akan menjadikan kita semakin produktif dan berpengetahuan.
Milikilah sebuah jurnal, dan mulalah menulis agar kesedaran kita tentang kepentingan masa semakin hari semakin jelas.
Sebagai contoh;
- 26 Julai 2022 – Belajar Memasak
- 25 Julai 2022 – Mengambil Lesen Memandu
- 24 Julai 2022 – Mengembara
- 23 Julai 2022 – Kelas Agama
- 22 Julai 2022 – Kelas Komputer
- 21 Julai 2022 – Kerja Sambilan
- 20 Julai 2022 – Merancang Halatuju Pendidikan
- 19 Julai 2022 – Menjadi Sukarelawan
Jika kita mempunyai jurnal, kita boleh menghuraikan setiap aktiviti ini mengikut pengalaman kita sendiri.
3. Menulis Tarikh dan Penggunaan Wang
Sebagai persediaan menuju ke alam dewasa, sangat penting untuk membangun kesedaran penggunaan wang.
Dengan menulis Tarikh dan penggunaan wang, kita akan berusaha sedaya upaya untuk mencantikan aliran penggunaan wang kita.
Sebagai contoh;
- 26 Julai 2022 – RM270 (-RM10)
- 25 Julai 2022 – RM280 (-RM10)
- 24 Julai 2022 – RM290
- 23 Julai 2022 – RM290
- 22 Julai 2022 – RM290
- 21 Julai 2022 – RM290 (-EM10)
- 20 Julai 2022 – RM300
- 19 Julai 2022 – RM300
Perkara ini sangat penting namun diabaikan oleh kebanyakkan orang.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
4. Menulis Tentang Pekerjaan Impian
Pekerjaan impian adalah pekerjaan yang menyanggupkan kita menyerahkan seluruh tenaga dan kreativiti kita untuk melakukannya.
Dalam bahasa yang ringkas, pekerjaan yang kita suka.
Selain itu, kita juga mesti mencari tahu adakah pekerjaan tersebut dapat menyara kehidupan kita pada masa tua nanti.
Berdasarkan pengalaman peribadi, kita tidak akan peform dengan baik jika kita tidak menyukai pekerjaan kita.
Kita akan lebih cepat berjaya jika hati dan fikiran kita bersatu.
Oleh itu, luangkanlah masa untuk menulis tentang pekerjaan impian kita.
5. Membaca Tulisan sendiri
Memang betul membaca adalah amalan mulia, tapi perlu kita ingat membaca juga berpotensi untuk mengalihkan tumpuan kita.
Dengan membaca semua tulisan kita, tumpuan kita akan dibawa kembali ke haluan yang kita inginkan.
Selain itu, ia juga akan memacu fikiran kita untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya kerana melalui pembacaan ini kita boleh mengelak dari melakukan kesilapan yang sama sebelum ini.
Perkara ini kelihatan mudah dan ramai yang mengabaikannya, itulah sebabnya perkembangan hidup mereka perlahan kerana seringkali mengulangi kesilapan yang sama.
6. Menulis Matlamat Jangka Panjang
Matlamat jangka panjang dapat memberikan kita harapan bahawa masa depan akan lebih baik.
Selain itu, matlamat jangka panjang juga akan menjadikan kita orang yang konsisten.
Perkara ini juga kelihatan mudah untuk dilakukan namun ramai yang mengabaikannya, sebab itulah mereka hidup susah di usia tua.
7. Menulis Penemuan Baru dalam Persekitaran kita
Dunia sentiasa berubah, jika kita tidak belajar, kita akan ketinggalan jauh.
Dengan menulis penemuan baru, peluang untuk kita mengubah hidup akan lebih cepat kerana ramai orang akan datang belajar daripada kita.
Hari ini, jika kita mengongsikan sesuatu maklumat baru di internet tidak kiralah di Facebook, blog, Twitter atau Youtube, peluang kita untuk mendapat pelanggan baru akan meningkat.
Sebab itulah kita mesti sentiasa belajar khususnya dalam bidang pekerjaan yang kita sukai.
Kesimpulan
Aktiviti yang ada dalam senarai ini mudah untuk dilakukan dan dapat memberikan kita asas untuk berkembang maju pada masa hadapan.
Berdirilah diatas asas yang kuat agar hidup kita di masa depan akan lebih stabil.
Demikianlah informasi yang mengulas tentang aktiviti selepas SPM untuk masa depan yang stabil
Untuk mengetahui masa depan dengan jelas memang tidak mudah.
Namun, bagi orang yang konsisten dengan asas-asas ini boleh menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu caranya.
Dapatkan lebih maklumat tentang isu semasa di negara kita dengan mengklik link mStar.