Semangat Blogger dalam diri saya telah pun bangun dari tidur kerana menyedari peluang yang ada di blog ini. Ceritanya begini, selepas setahun membuat konten tanpa hasil, saya merasa tahun inilah masanya untuk improve kemampuan blog saya. Jika tahun lalu saya membuat konten tanpa hasil, tahun ini saya mesti mencapai sesuatu yang lebih baik iaitu membuat konten yang menghasilkan wang. Bukan itu saja, ada 6 lagi penyebab yang lain semangat blogger saya kembali aktif pada tahun ini.
Saya suka artikel ini kerana artikel kali ini diinspirasi dari video ini. Bukan itu saja, selain wang, video ini jugalah yang membangunkan semangat blogger saya. Kisah perjalanannya untuk menjadi jutawan bermula dengan menulis dan menerbitkan konten online. Tapi persoalannya kenapa dia bermula dengan menulis? teruskan membaca untuk mengetahuinya.
1. Melihat Kejayaan Ali Abdaal
Saya menonton satu video dari channel Ali Abdaal yang bertajuk “How Writing Online Made me a Millionaire“. Dalam video ini, dia mengongsikan satu buku yang bertajuk “Show Your Work! by Austin Kleon”. Dia kata buku itulah yang mengubah hidupnya dan membantunya mengatasi ketakutan untuk menulis konten di internet (Video pada minit 1:20). Apabila saya melihat dia yang kini mempunyai 3.69juta subscriber di Youtube telah meyakinkan saya bahawa menulis adalah langkah pertama untuk berhasil di internet.
2. Mengganggap Blog sebagai medan dokumentasi peribadi
Starting a blog is not about having to come up with “Hey I need to write something interesting”, it’s actually just about documenting the stuff that you’re doing already. – Ali Abdaal
Saat mendengar kata-kata ini (Video pada minit 3:00), persepsi saya tentang blogging bertambah baik. Yang mana, sebelum ini saya fikir blogging itu mestilah seorang yang pakar. Namun, sekarang saya fikir blogging adalah seorang pelajar yang sentiasa mendokumentasikan apa yang dipelajarinya atau seseorang yang bercita-cita tinggi mendokumentasikan perjalanannya mencapai cita-cita. Dan bila saya mendengar ini, semangat saya bertambah.
3. Menerima diri sebagai Insan yang masih belajar
You don’t need to be a genius, you don’t need to be an expert to share your process and to document your work and to show how you’re learning stuff. You can completely embrace the beginner’s mindset. – Ali Abdaal
Saat mendengar kata-kata ini, saya mulai yakin dengan tulisan saya kerana ia adalah semua tentang pekerjaan saya dan bagaimana saya mempelajari sesuatu perkara. Saya mulai buang jauh-jauh mindset pakar dalam diri saya. Kata Ali “seorang pemula selalunya jauh lebih baik dalam mengajar orang lain yang masih pemula daripada seseorang yang pakar. C.S Lewis memanggil ini sebagai “kutukan pengetahuan”, yang mana apabila anda menjadi sangat pro pada sesuatu, anda lupa bagaimana rasanya menjadi seorang pemula.”
Saya termotivasi lagi kerana dia memberikan contoh keadaan ini, katakan kita sebagai pemula dalam seni lukis, kita mungkin terfikir untuk mendokumentasi proses yang kita lalui dari tidak tahu apa-apa hinggalah dapat melukis sesuatu yang cantik dipandang. Inilah mindset yang diketengahkan dalam buku “Show your Work” seperti pada point pertama diatas iaitu kita menceritakan pengalaman kita secara terperinci mengikut gaya tersendiri untuk bergerak dari nothing to something. Dan keghairahan seperti ini, biasanya hanya ada pada kita yang baru mula berkembang dalam sesuatu bidang. (Video pada minit 4:25-5:13). Dan yang paling mengangkat motivasi saya ialah pada point ke empat ini iaitu…
4. Menganggap tiada Orang kisah tentang saya
Abdaal meyakinkan saya bahawa sebenarnya rakan-rakan dan keluarga kita hanya kisah tentang diri mereka sendiri. Mereka tidak kisah pun tentang apa yang kita tulis dalam blog kita. Oleh itu, jika kita merasa takut tentang pendapat rakan-rakan atau keluarga kita tentang kerja yang kita lakukan, ingat ayat ini “mereka sebenarnya tidak kisah”. Dan ini memberikan saya lebih sebab yang kukuh untuk terus mendokumentasi perasaan saya melalui pekerjaan dengan cara yang paling menarik dan unik. Ajaibnya, bila kita terus menerus melakukan ini, Abdaal mengongsikan yang kita boleh sampai pada satu keadaan yang disebut “Serendipity” di point yang ke lima.
5. Saya mengharapkan Serendipity
Abdaal memetik metafora robot yang David Perell gunakan untuk menerangkan bagaimana Serendipity atau keberuntungan ini boleh mengubah hidup kita. Katanya (Video pada minit 6:58),
“Apabila anda mencipta dan berkongsi idea, anda meletakkan idea anda ke internet, yang bermaksud bahawa robot kecil ini boleh membawa idea anda pergi ke seluruh dunia.
Dan kemudian ada orang yang duduk di Malaysia hingga ke Mauritisu hingga ke Algeria yang sedang melayari internet. Dan mereka ingin mengetahui tentang semua yang anda tulis atau video yang anda buat sama ada itu tentang anda tidur, semasa anda bermain di luar, bermain tenis dengan rakan anda, atau semasa anda berjalan-jalan di sungai.
Anda tidak perlu membayar sebarang bayaran kerana robot-robot itu seperti burung merpati kecil yang menyampaikan idea anda kepada orang ramai di seluruh dunia. Dan Apa yang menakjubkan ialah anda boleh membuat sesuatu sekali sahaja dan robot akan bekerja untuk anda sepanjang hayat anda kerana mereka menyampaikan idea anda kepada orang ramai.
Boomm!!! Serendipty berlaku.
Anda bertemu orang baru, mereka menghubungi anda, mereka ingin memberi anda wang, mereka ingin membantu anda, mereka mempunyai projek perundingan yang memerlukan bantuan anda dalam apa jua perkara.
Kelebihannya Serendipity ini adalah apa yang boleh dibayangkan dengan idea yang mereka kongsikan adalah di luar apa yang anda mungkin fikirkan, tentang apa yang mereka mahukan dan perkara yang akhirnya memasuki hidup anda adalah perkara yang di luar skop imaginasi anda dan yang anda tidak boleh impikan sebelum ini.”
6. Memperjelaskan fikiran
Akhir sekali, selepas menonton video ini, saya belajar satu lagi perspektif baru iaitu Daya tarik tentang kita yang mempunyai blog atau beberapa projek harian, walaupun kecil tapi kita ada rasa perlunya untuk dilakukan setiap hari, kita mendapati bahawa kita akan mencari apa yang kita perlu katakan.
Ia seperti menulis setiap hari, dan ada orang kata, mesti banyak yang ingin kita katakan kerana kita menulis setiap hari. Sebenarnya, ia adalah sebaliknya, kita ada banyak yang boleh diperkatakan kerana kita duduk untuk menulis setiap hari dan kita memikirkan apa yang kita fikirkan? dan apa sebenarnya yang kita perlu katakan?.
Jadi, menulis sebenarnya bukan sekadar cara berkomunikasi dengan dunia, ia sebenarnya cara berkomunikasi dengan diri sendiri kerana tindakan mudah seperti duduk di hadapan keyboard selama 45 minit atau menulis di buku nota kita selama setengah jam, sebenarnya mencipta ruang pada hari itu untuk kita berhubung dengan apa yang ada dalam fikiran kita?. Apa yang sedang berlaku? Dan apa yang kita rasa sebenarnya? dan apa yang kita fikirkan sebenarnya?
Inilah yang perlu dikuasai oleh Blogger pemula dengan cepat kerana kita selalu berkata “Saya tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan dalam blog saya?”. maka dengan menulis setiap hari ia akan memberikan tekanan dan rutin pada otot blogging kita setiap hari dan kita akan mendapat satu peningkatan setiap hari.
Dan saya yakin, jika saya konsisten menulis untuk blog setiap hari tidak mustahil untuk saya mulai menuai hasil blogging pada tahun ini. Beberapa tahun lalu, saya telah membuka langkah pertama saya sebagai blogger yang tidak berpengalaman dan berpenghasilan, namun tahun ini, saya akan menggunakan pengalaman saya untuk menghasilkan wang.
Jika anda terjangkit dengan semangat blogger saya, klik pada link ini untuk belajar dan memulakan perjalanan anda sebagai usahawan internet dengan mendapatkan nama website sendiri.