Hidup ini luar biasa.
Saya bangun setiap hari sambil berfikir “apa yang Tuhan mahu saya sedari hari ini?” Fikiran ini timbul tidak kira pagi, tengah hari, petang atau malam.
Soalan seperti ini memberikan saya idea untuk menulis pelajaran mengenai kehidupan sehari-hari saya.
Untuk minggu ke-35 dan 36 tahun 2020 ini, saya telah belajar 6 perkara yang saya fikir baik untuk dikongsikan kepada pembaca-pembaca blog ini.
Tanpa membuang masa lagi, mari semak 6 pelajaran hidup yang saya perolehi dalam tempoh 2 minggu pada tahun ini.
Hati-hati ya, mungkin pelajaran ini tidak masuk akal.
Stefan Stefancik / Imej Pexels
1. Kemahiran ini Mesti diasah
Saya cuba untuk menulis 100 patah perkataan sehari.
Ada masanya saya kepayahan dan ada masanya menjadi sangat senang.
Saya fikir kemahiran ini sangat penting kerana dapat membantu saya untuk berfikir lebih terperinci.
Dengan kemahiran ini, saya boleh menulis artikel yang mempunyai 1,000 patah perkataan.
Sebab dengan adanya satu sahaja patah perkataan, saya boleh menghuraikan pandangan saya tentang perkataan itu.
Kita boleh melihatnya sendiri di blog saya.
Sebelum ini, saya fikir kemahiran ini tidak berguna, tapi sekarang saya melihat ini sebagai kemahiran yang penting bagi saya.
Saya akan meneruskan usaha ini supaya dapat menambah kualiti artikel di blog saya.
2. Saya pun tidak tahulah
Inilah pernyataan yang keluar dari mulut saya jika tidak berfikir.
Semasa mengulas poin ini, saya terus belajar sesuatu.
Pada waktu saya menyebut ayat ini, saya rasa saya tidak berusaha lagi untuk mencari tahu.
Keadaan ini menyebabkan otak saya tidak terbiasa untuk melawan kemalasan berfikir.
Tidak bolehkah guna ayat selain “tidak tahu”? Seperti, Bila kau perlukan ini?
Berapa yang kau perlukan? Saya akan sediakan.
Banyak sebenarnya cara untuk menjawab selain ” tidak tahu”, tapi untuk melihat cara itu, kita kena luangkan masa untuk menuliskannya supaya boleh dibaca oleh mata kita sendiri.
Beri masa kepada diri kita untuk menulis ketidaktahuan kita.
3. Belajar dan Membaca
Bila saya perlu membaca?
Bila saya perlu belajar?
Dua soalan ini pernah mengelirukan saya.
Tapi sekarang, tidak lagi, kerana saya sudah menyusun sistem yang sangat sesuai dengan saya.
Inilah sistem itu, Saya akan belajar dengan membaca, kemudian menulis apa yang telah saya belajar.
Saya hanya akan membaca apa yang saya tulis. Saya kena asingkan aktiviti belajar dan membaca.
Saya akan asingkan masa: Membaca untuk belajar dan Membaca untuk mengulangkaji.
Dengan sistem ini, saya boleh belajar benda baru dan mengukuhkan apa yang telah saya belajar.
Saya tetapkan 10 minit untuk belajar dan 10 minit untuk membaca.
4. Kaya Kena Pandai Mengurus
Macam mana mungkin jadi kaya, kalau, benda yang ada sekarang pun tidak dapat urus?
Sibuk untuk mengejar benda yang tiada.
Sedangkan benda yang kita ada sekarang merupakan asas kepada kekayaan kita.
Orang Miskin mengurus masa untuk mendapatkan RM500, manakala, orang kaya pula mengurus masa untuk mendapat RM10,000.
Boleh dilihatkan perbezaannya disini?
Kalau sekarang RM100 pun tidak pandai urus, apa lagi kalau sudah ada RM1,000,000 ditangan, pasti banyak yang akan dibazirkan.
Jika kita ada RM10 sekarang, uruslah supaya meningkat menjadi RM20, kemudian RM30 dan seterusnya.
Jangan tamak.
Ketamakan akan membuatkan kita tertekan, sehingga menganggu aspek-aspek lain dalam kehidupan kita.
5. Jangan Biarkan Fikiran Negatif
Fikiran negatif membuatkan kita terbatas dengan semua perkara yang kita buat.
Kita sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidup kita tanpa menjejaskan orang lain.
Ingatlah kepada Yesus, dia bergaul dengan orang ramai, walaupun tidak semua orang menyukai dia.
Dia mempunyai kekuatan itu, kerana Dia sentiasa meminta kekuatan dari Bapa-Nya.
Seperti keadaan ini, kita juga perlukan kata-kata positif untuk didengar supaya kata-kata negatif yang dari dalam diri kita, semakin lemah.
Kalau sebelum ini, banyak bisikan-bisikan negatif yang ada dalam diri kita, Sekarang, fikirkan perkataan atau audio positif yang baik, supaya kita terus maju melakukan yang terbaik dalam hidup kita.
6. Tercekik dengan Gaya hidup sendiri
Kaya dan miskin sama saja.
Yang kaya kalau jujur pun kena bayar cukai, rumah pun perlu maintanence, bayar bil air, bil elektrik.
Semakin besar rumah semakin besar bil air, elektrik dan api.
Kalau kita cemburu kerna melihat orang kereta besar, tahukah kita mereka juga perlu bayar cukai jalan yang besar setiap tahun.
Kita yang miskin ini pula akan tambah miskin lagi jika gaya hidup kita mahal.
Jika kita sedar siapa diri kita dan dapat mengawal gaya hidup kita, yakinlah satu hari nanti kita mampu hidup dalam kelimpahan.
Tapi buat masa ini, hidupkanlah gaya hidup yang selari dengan kemampuan kewangan kita.
Kesimpulan
Sepanjang 2 minggu ini, saya merasa adanya perubahan positif terhadap keyakinan dan kemahiran saya menerangkan sesuatu isi, walaupun kemahiran saya masih belum sempurna sangat.
Saya hanya Manusia Biasa yang masih boleh menjadi lebih baik daripada ini untuk seminggu atau 2 minggu yang akan datang.