Ada ramai usahawan online yang telah mengongsikan tips blogging mereka melalui blog mereka.
Memang tidak dinafikan lagi kesemua tips yang mereka kongsikan membuat mereka berjaya pada hari ini.
Selepas membaca tips-tips itu, saya menyimpulkannya kepada 5 tips yang paling umum yang para usahawan ini lakukan iaitu;
Alexander Suhorucov / Imej Pexels
1. Menetapkan Target Customer
Kita kena kenalpasti siapa target customer atau pelanggan kita.
Kebanyakan pemilik perniagaan tidak mempertimbangkan perkara ini dengan serius sehingga website mereka seolah-olah cuba untuk menarik perhatian “semua orang” atau dengan kata lain, tiada sasaran yang tepat.
Dengan lebih daripada 16 juta website online dilancarkan setiap bulan, kita perlu cuba untuk jadi lebih menyerlah lagi dan memiliki target yang sangat jelas.
Melalui tindakan ini, kita bakal menarik pelanggan yang betul-betul memerlukan kita.
Hasilnya?
Mereka akan bayar tepat pada waktu dan berkemungkinan besar akan mewar-warkan perniagaan kita kepada yang lain.
Macam mana cara target customer?
Caranya kenalpasti faktor-faktor seperti lokasi, umur, hobi atau apa saja yang bersesuaian untuk menjadi customer kita.
Kita tidak akan rugi untuk mengkaji maklumat tentang pelanggan kita.
2. Penulisan konten yang memikat
Kedua ialah menggunakan imej-imej yang menarik untuk mengambil perhatian pelanggan.
Namun tanpa penulisan atau copywriting yang menarik, website kita tidak akan berjaya membuat pengunjung membeli barangan yang dijual atau mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.
Dalam copywriting, pastikan konten yang dihasilkan dapat menyatukan kita dan target pelanggan.
Tulis menggunakan bahasa yang mudah difahami serta berhati-hati dalam menggunakan perkataan yang terlalu teknikal.
Tetapkan niat kita untuk memudahkan pelanggan memahami mesej kita.
Gunakan ayat-ayat berbentuk soalan untuk mengajak pembaca berfikir.
Jangan risau, ada banyak tips copywriting yang boleh kita rujuk melalui internet.
3. Bina kepercayaan pelanggan
Persoalan yang paling penting kita perlu tahu ialah Bagaimana membina kepercayaan pelanggan?
Caranya adalah dengan menggunakan testimoni atau review.
Letakkan pendapat-pendapat yang pernah dikongsikan oleh pelanggan sebelum ini di dalam website kita.
Percayalah, Testimoni dan review dapat meningkatkan kredibiliti perniagaan kita.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
4. Call-To-Action yang jelas
Pengunjung website perlu tahu apa yang website kita cuba sampaikan.
Pengunjung hanya mengambil masa sependek 3 saat untuk menilai website, disebabkan itu, sebagai pemilik website, kita perlu tahu apa matlamat yang ingin dicapai.
Kita perlu menghasilkan link atau button yang membantu menunjukkan pengunjung apa yang perlu dilakukan seterusnya, inilah yang dipanggil sebagai call-to-action (CTA).
Antara contoh call-to-action adalah “dapatkan sebut harga secara percuma” atau “hubungi sekarang.”
CTA membantu pengunjung mengambil tindakan, yang kemudiannya berkemungkinan besar menjadi pelanggan kita.
5. Hasilkan borang “lead capture”
Website adalah senjata utama kita untuk meningkatkan jumlah subscriber dengan menggunakan email marketing.
Email marketing adalah salah satu cara terbaik untuk membina hubungan dan kepercayaan dengan pelanggan atau target customer.
Oleh sebab ini, kita perlu menghasilkan borang lead capture.
Borang lead capture ini terdiri dari 2 perkara:
- Borang opt-in, dan
- Lead magnet
Borang “opt-in” akan mengumpul maklumat seperti nama, emel, alamat dan nombor telefon daripada pengunjung.
“Lead magnet” pula adalah insentif yang kita tawarkan sebagai ganjaran atas perkongsian maklumat tadi.
Antara insentif atau lead magnet yang boleh kita tawarkan adalah seperti eBook percuma, webinar percuma atau kelas percuma.
Lebih menarik atau lebih besar ganjaran, maka lebih besarlah potensi untuk pengunjung sign-up dalam email list kita.
Maklumat yang berjaya dikumpul dalam borang opt-in itu tadi boleh diintegrasikan dengan platform email marketing seperti ConvertKit dan MailChimp.
Dari sini, kita boleh mula membesarkan empayar perniagaan kita dengan melakukan email marketing.
Sebenarnya, email marketing adalah 40 kali ganda lebih berkesan dalam menarik pelanggan baru berbanding media sosial.
Kesimpulan
Dengan mengetahui pelanggan sasaran kita, kita boleh menulis konten yang menarik perhatian mereka.
Bukan itu saja, kita juga akan terkenal diseluruh internet kerana kemampuan kita membantu pelanggan sasaran kita.
Kemudian, peluang perniagaan internet kita akan terus menerus berkembang relevan jika kita menginginkannya.
Persoalannya, adakah kita sanggup belajar untuk menjadi relevan setiap masa?
Demikianlah informasi lengkap yang mengulas tips blogging untuk usahawan online yang ingin mendapatkan pelanggan betul.
Untuk membangun perniagaan yang untung dan konsisten memang tidak mudah.
Namun, bagi orang yang bertekad dan konsisten boleh menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu caranya.
Dapatkan lebih maklumat tentang usahawan dengan mengklik link IWHOST.