Kita memulakan perniagaan dengan berbekalkan semangat dan keinginan kita.
Namun, setelah beberapa bulan kemudian, kita menyedari bahawa perniagaan yang berjaya bukanlah disebabkan oleh keuntungan hasil jualan semata-mata, tapi kerana aspek pengurusan yang stabil dan mapan.
Pada masa ini, barulah kita menyedari betapa pentingnya mentor dalam perniagaan kita.
Mentor memacu pengalaman kita berkembang lebih laju berbanding orang yang berniaga tanpa mentor.
Selain itu, kita juga perlu mentor kerana 5 sebab di bawah ini.
Vanessa Garcia / Imej Pexels
1. Bimbingan untuk merancang bisnes (Business Plan)
Untuk memulakan perniagaan, kita perlu menyediakan perkara utama.
Mentor bertanggungjawab untuk membantu kita mencari:
- Apa yang ingin dicapai oleh syarikat?
- Bagaimana untuk mengenal pasti pasaran di mana kita ingin melabur?
- Bagaimana untuk menyediakan rancangan untuk modal dan pembiayaan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan?
- Bagaimana untuk meningkatkan perniagaan kita?
2. Bimbingan untuk Bisnes Pendidikan (Education Bisnes)
Bisnes pendidikan mempunyai model bisnesnya tersendiri.
Walaupun kelihatannya sama seperti perniagaan yang lain, tapi sebenarnya bisnes pendidikan ini berbeza.
Mentor akan menyentuh perkara seperti :
- Apa yang mahu dicapai dalam bisnes?
- Cara untuk mengenalpasti pengurusan yang mahu dipilih?
- Bagaimana menyediakan rancangan kewangan yang selari dengan pengurusan aktiviti pemasaran, jualan dan program pendidikan?
- Apakah struktur pengurusan syarikat yang merangkumi ‘Lembaga’ dan ‘Majlis’?
3. Bimbingan untuk Membangunkan Struktur Syarikat (PLT-sdn Bhd)
Selalunya usahawan memulakan perniagaan sendiri dan membina perniagaan mereka dengan modal awal dan potensi sedia ada yang dimiliki.
Apabila seorang usahawan mula memajukan perniagaannya, pelbagai perancangan dan strategi pengurusan perlu disediakan untuk perniagaan tersebut.
Mentor akan membincangkan perkara berikut:
- Terangkan ‘pilihan’ yang ada untuk pengeluaran model dalam lesen bersama, PLT atau Sdn. Bhd.
- Bagaimana untuk mengenal pasti model ahli gabungan yang sesuai dengan rancangan perniagaan kita.
- Bagaimana untuk menyediakan rancangan untuk keperluan modal dan kewangan kita untuk menjalankan perniagaan kita sepanjang tahun akan datang.
- Apakah keperluan undang-undang dan “kawalan” yang kita perlukan semasa memulakan pembangunan perniagaan kita (kewangan dan HR)?
4. Bimbingan untuk Membina Proses dan SOP Kewangan dan HR
Setiap perniagaan mempunyai SOPnya sendiri.
Walau bagaimanapun, SOP yang digunakan tanpa pengetahuan yang betul akan lambat laun menjejaskan perniagaan yang dibina.
Mentor akan mengajar kita tentang:
- Apakah keupayaan dan faedah SOP tertentu yang perlu dicapai oleh perniagaan?
- Apakah struktur dan susunan SOP yang menyokong objektif perniagaan?
- Bagaimana merancang program penambahbaikan dan penyelenggaraan untuk SOP sedia ada?
- Bagaimana menyusun semula struktur dan keperluan SOP kepada perubahan bisnes semasa?
5. MENTORING Khas untuk individu
Program ini memberi penekanan khusus kepada mengurus dan mengendalikan perniagaan, membolehkan kita melengkapkan rancangan sedia ada kita.
Mentoring ialah satu cara untuk memperkasakan usahawan, pemilik perniagaan dan individu yang menjadi pemimpin dalam organisasi yang mereka cipta.
Life Tract Resources membincangkan program ini:
- Start up CEOs
- Professional Services (Solo practice)
- Solopreneur
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
Kesimpulan
Semasa memilih mentor, pastikan mentor tersebut memiliki kualiti yang kita mahukan agar matlamat kita untuk membina perniagaan yang untung dan konsisten akan tercapai.
Cara terbaik mencari mentor ialah dari mereka yang Profesional menyara hidupnya dalam bidang yang kita minati.
Demikianlah informasi lengkap yang mengulas sebab-sebab perlunya mentor dalam perniagaan.
Untuk membangun perniagaan yang untung dan konsisten memang tidak mudah.
Namun, bagi orang yang bertekad dan konsisten boleh menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu caranya.
Dapatkan lebih maklumat tentang gaya hidup blogger dengan mengklik link Marina Bashah.