Ada moment yang menampar saya sehingga membuat saya berfikir dan ingin menulis tentangnya.
Tulisan saya ini hanya biasa-biasa saja, penuh dengan imaginasi yang kadang-kadang saya pun tidak faham.
Tapi, saya gembira kerana dapat berfikir dan menulis.
Baiklah tanpa membuang masa lagi, mari saya terus bawa kamu ke point yang pertama iaitu:
1. Perkara Yang Membuatkan Kau Terus Maju
Perkataan ini kadang-kadang timbul dalam fikiran saya.
Ayatnya pendek saja, dan ia seakan-akan seperti pernyataan saja.
Tapi, tidak apalah, yang penting ada bahan bacaan untuk sahabat-sahabat pembaca semua.
DAN, ada bahan yang boleh diperkatakan untuk membuatkan blog ini terus maju ke depan.
Kemajuan blog ini ditentukan oleh perkataan-perkataan yang terdapat di dalamnya.
Jika tiada perkataan yang menarik maka tiadalah kemajuan.
Ini kerana, kita sudah 50% berjaya, sekiranya kita mula mengeluarkan idea dari fikiran kita.
Itulah yang saya percaya. Jadi, teruskan berfikir dan kongsikannya kepada dunia.
Bayangkan kita terus maju mengatasi had pemikiran semasa kita.
Kecepatan kemajuan kita ditentukan seberapa SMART kita konsisten dengan apa yang kita buat.
Kita lakukan yang terbaik, biarkan Tuhan lakukan selebihnya.
2. Halatuju untuk Pembaca
Persoalan utama yang perlu saya fikirkan sebagai blogger ialah apakah halatuju saya untuk pembaca?
Adakah saya mahu pembaca tetap dalam keadaan yang sama? Atau memperlahankan gaya hidup pembaca, yang sudah baik pada masa ini.
Atau mahu memberikan lagi manfaat yang banyak kepada pembaca, supaya lebih efisien dalam melakukan kerja-kerja blogging.
Sudah pastilah saya mahu pembaca dapat semua yang saya nyatakan diatas.
Ini kerana untuk berjaya, ada masanya untuk berundur, ada masanya untuk bertahan, dan ada masanya untuk terus maju.
Asalkan dalam keadaan turun naik kehidupan, kita tidak lupa tujuan utama kita, iaitu mendapatkan lebih banyak trafik ke blog kita.
Itu paling penting bagi saya.
3. Senang-Senang Saja Diorang Dapat
Kadang-kadang saya terfikir juga, kenapa orang lain senang-senang saja dapat apa yang kita susah nak dapat.Kita berusaha berbulan-bulan, orang lain satu kali saja, terus dapat.
Ini membuatkan saya berfikir secara terbuka.
Setiap orang ada kesusahan dan kesukarannya sendiri, itu memang sudah pasti.
Ada orang yang berbakat semula jadi dalam perkara yang bukan bakat kau.
Dan ada juga bakat yang kau ada, tapi tiada tempat orang itu.
Saya terfikir sebabnya ialah kerana tabiat kita tidak sehaluan dengan apa yang kita mahukan.
Memang kita tahu apa yang kita mahu, tetapi ada tabiat yang menghalang kita dari mencapai matlamat kita.
Macam alkitab katakan,
Kesalahanmu menghalangi semuanya ini, dan dosamu menghambat yang baik daripadamu.
Manakala orang yang dapat itu, layak untuk itu kerana mereka sehaluan dengan matlamat mereka.
4. Fikiran Kosong tapi Masih menulis
Inilah yang terjadi pada saya kadang-kadang.
Apabila saya malas menulis, tapi demi untuk memastikan blog saya ini terkemaskini setiap hari.
Saya terpaksalah menggerakkan jari saya menaip perkataan demi perkataan untuk mendapatkan artikel bebas seperti ini.
Kenapa itu berlaku?
Saya fikir, mungkin kerana saya sudah menetapkan dalam hati untuk mencapai matlamat saya by heart.
Maknanya, agak susah untuk saya mengubah keinginan yang sudah tertanam dalam hati saya.
Sehingga tanpa berfikir sekali pun, saya boleh terus menaip perkataan demi perkataan.
Saya hanya perhatikan sahaja susunan ayat, supaya menjadi lebih menarik untuk bacaan orang lain.
Menulis sebenarnya boleh melatih fikiran menjadi realistik, sebabnya kita menukarkan fikiran kita dalam bentuk tulisan perkataan yang boleh dibaca oleh kita sendiri.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
5. The Game Changer
Saya mendengar perkataan ini digunakan oleh teman wanita saya.
Dan saya berfikir, dalam setiap perkara yang kita buat, tidak semua akan diterima oleh orang ramai.
Tapi selagi kau terus melakukan apa yang kau lakukan, percayalah satu masa nanti, akan ada usaha kau yang mengubah hidup kau.
Game atau permainan yang saya maksudkan pada kali ini ialah blog ini santrosondy.com.
Tidak banyak orang yang menyukai apa yang saya lakukan disini.
Tapi, saya pasti satu hari nanti, ada satu artikel yang akan mengubah anda menjadi pembaca setia saya.
Saya hanya perlu menulis sebaik mungkin, kemudian biarkan Tuhan melakukan apa yang selanjutnya.
Pasti akan ada orang yang sangat menyukai satu artikel saya yang dapat menghiburkan dia, sehingga dia menjadi pembaca tegar artikel saya.
Kesimpulan
Inilah antara 5 perkara yang saya terfikir pada hari ini.
Saya seronok berkongsi buah fikiran melalui platform blogging ini.
Ia membuatkan saya dapat menggunakan otak saya dan melatih fikiran saya menjadi lebih tersusun.
Masih ada lagi yang mahu saya kongsikan, tetapi memandangkan tenaga saya untuk hari ini hampir habis, saya mengambil keputusan untuk berehat dahulu.
Sebab, sampai terlelap-lelap saya di depan laptop.
Saya harap semua pembaca akan menjadi lebih hebat selepas membaca artikel ini.
Sekiranya anda dapat manfaat dari membaca artikel ini, bantu saya untuk mengongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda supaya mereka tahu apa yang anda tahu.
Kita jumpa lagi pada artikel yang akan datang.