Kerja dari rumah merupakan satu konsep yang mana pekerja boleh melakukan pekerjaannya dari rumah.
Istilah yang sangat dekat dengan bidang pengurusan sumber manusia ini menjadi lebih popular di Malaysia semenjak adanya wabak Covid19 baru-baru ini.
Kerja dari rumah menggalakkan pekerja untuk melakukan sesuatu aktiviti di rumah yang diyakini akan dapat menampung keperluan diri, keluarga, masyarakat dan syarikat pada masa kini dan masa hadapan.
Seperti yang berlaku sekarang ini, apabila kerajaan mengumumkan supaya rakyat tidak keluar dari rumah, dan bagi penjawat awam pula dibenarkan untuk berkerja dari rumah kerana mahu mengelak daripada menularnya Covid19.
Setakat ini, kerajaan Malaysia membenarkan penjawat awam untuk berkerja dari rumah selama 2 minggu (14 hari).
Pada hari ini, saya akan mengongsikan 5 perkara yang harus anda ketahui tentang kerja dari rumah.
Bagi mengelakkan anda lari dari tujuan datang ke blog ini, dicadangkan supaya baca poin-poin penting dahulu kemudian penerangannya.
1. Waktu kerja yang fleksibel
Apabila berkerja dari rumah, andalah yang mengurus masa yang anda ada.
Dalam kata lain, andalah ketua.
Anda boleh berkerja mengikut masa yang anda tetapkan, tidak semestinya anda kena bangun jam 6:30 setiap hari untuk mula berkerja, ada masanya anda boleh kerja jam 10:00 pagi, jam 1:00 petang, 5:00 petang, 9:00 malam atau jam 1:00 pagi, terpulang pada anda, asalkan anda tahu apa yang terbaik untuk masa depan anda.
Anda mempunyai 24 jam sehari, uruslah masa dengan sebaiknya supaya anda ada masa untuk kerja, tidur, makan, belajar, mengajar, bersenam, dan menyumbang kepada masyarakat di sekeliling anda.
Jika anda mahu berkerja dari rumah pada masa depan, latihlah diri anda untuk melihat MASA ITU SEBAGAI EMAS supaya anda tahu ia sentiasa bernilai.
2. Tidak perlu ulang alik ke pejabat
Dirumah, jarak anda dengan tempat kerja anda cuma memakan 1-2 minit, yang baiknya anda sudah tahu apa yang anda mahu lakukan.
Anda tidak perlu lagi meluangkan masa 20-30 minit diatas jalan sambil melayan kegembiraan kecil yang cukup menyalakan semangat kita untuk terus memperbaiki hidup.
Sangatlah baik kalau anda dapat berfikir positif kebanyakkan masa sepanjang minit-minit perjalanan ke pejabat anda.
Ya, itu sangat baik untuk minda anda.
Tetapi, bagaimana kalau sebaliknya. Mula-mula anda mungkin menganggap itu sebagai satu pengorbanan, sehingga anda lupa anda perlu menjadi individu yang produktif.
Anda boleh guna masa 20-30 minit itu untuk belajar dan membantu orang-orang yang memerlukan.
Baca juga: 31 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
3. Tiada elaun
Jika anda mahu berkerja sendiri dari rumah pada masa hadapan, anda tidak akan mempunyai elaun tambahan seperti ketika anda berkerja dalam kerajaan atau swasta.
Sebab semuanya bergantung pada kerja keras anda sendiri.
Tetapi jangan risau, sekiranya anda seorang yang kukuh pada pegangan agama, elaun akan diberikan kepada anda dalam cara yang anda sendiri tidak sedar bahawa itu adalah dari pertolongan-Nya.
Pada mulanya memang sukar untuk hidup dengan pendapatan yang hanya cukup-cukup sahaja.
Sebab itu, sebelum membuat keputusan untuk mahu berkerja sendiri dari rumah, fikirkanlah tentang kesanggupan anda dan pasangan untuk kurang berbelanja.
Tapi, saya yakin dengan anda, yang anda pasti akan merancang kewangan anda dengan baik sebelum membuat keputusan untuk berkerja sendiri dari rumah.
4. Tiada tekanan dari pihak atasan
Bagi saya, saya tidak dapat berkerja dalam keadaan tertekan kerana tekanan membuatkan kreativiti saya hilang ditelan emosi.
Saya tidak dapat menghayati pekerjaan saya sekiranya berkerja dalam keadaan tertekan.
Bila anda berkerja sendiri, tiada lagi tekanan dari pihak atasan, anda dan fikiran andalah orang atasan anda.
Selain itu, anda tidak lagi akan berpenat lelah untuk memenuhi jangkaan orang atasan anda, melainkan matlamat anda sendiri.
Sekiranya anda mahu untuk berkerja sendiri dari rumah, anda kena belajar untuk menetapkan matlamat dan mencapai matlamat, kerana jika anda tidak dapat mengurus diri sendiri, maka orang lain akan mengurus hidup anda.
Peganglah prinsip ini sekiranya anda mahu bekerja sendiri.
5. Tiada istilah bosan
Fikirkan apabila anda berkerja dengan perkara yang anda suka.
Saya pasti istilah “Bosan” tidak akan keluar dari mulut kita saat melakukan perkara tersebut.
Kerana, kita sentiasa dapat dan mahu berusaha untuk melihat apa matlamat seterus?
Kemudian berusaha tanpa bosan untuk mencapai matlamat itu.
Saya suka menulis dan tidak bosan-bosan untuk menulis kerana saya dapat melihat dan mahu berusaha untuk melihat ke manakah penulisan saya akan membawa saya.
Anda mungkin orang yang suka melukis, bermain alat muzik, menari, menyanyi, membaca dan mengacara.
Saya yakin anda juga tidak akan bosan kerana anda menyukai apa yang anda lakukan.
Kini, sudah banyak orang yang dapat menampung kehidupannya dengan melakukan apa yang dia minati.
Sekiranya anda mahu bekerja dari rumah, buanglah perkataan “bosan” dari kamus hidup anda.
Kemudian, belajarlah untuk berfikir dan melakukan perkara yang betul.
Penutup
Inilah 5 perkara yang harus anda ketahui tentang kerja dari rumah.
Sila masukkan isi-isi penting yang terdapat dalam artikel ini untuk dimasukkan ke dalam ruangan pertimbangan anda.
Saya harap anda mendapat manfaat dari artikel ini sehingga dapat menambah semangat untuk menjadikan hidup anda menjadi lebih baik pada masa hadapan.
Salam Sayang dan jumpa lagi.
Gambar oleh upklyak