SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
5 Mesin Kecerdasan yang ada dalam diri setiap Orang

5 Mesin Kecerdasan yang ada dalam diri setiap Orang

Santro February 16, 2021

Mesin kecerdasan adalah belahan otak yang dominan dan sering digunakan oleh pemiliknya. Setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Bagi yang sudah mengenal kekuatan diri, pasti telah menjadi orang yang berjaya sekarang. Namun, bagi yang belum cukup mengenal dirinya sendiri, mungkin hidupnya masih sedang dipersimpangan antara dua jalan.

Mungkin sukar bagi kita untuk memilih, kan? Hari ini, saya ingin berkongsi 5 mesin kecerdasan yang hanya melalui imbasan cap jari sahaja, ia boleh mengesahkan dan memberitahu kekuatan dan kelemahan kita.

5 Mesin Kecerdasan yang ada dalam diri setiap Orang

1. Sensing

Kecerdasan Sensing bererti merujuk pada organ deria yang lebih dominan, maka Orang yang mempunyai kecerdasan Sensing ini memiliki pola fikiran yang cenderung mahukan segala sesuatu itu konkrit dan praktis. Orang yang sensing ini memiliki kecerdasan fizikal dan memori yang kuat.

2. Thinking

Kecerdasan Thinking menggunakan fikiran logik yang membuatkan orang ini objektif, adil dan efektif. Karakter orang Thinking adalah tegas, berdikari, keras seperti besi, pandai menunjukkan kesalahan dengan kepandaiannya, dan berkemampuan untuk memerintah serta memegang kuasa.

3. Intuiting

Kecerdasan Intuiting menggunakan deria keenamnya dalam membuat keputusan untuk jangka masa yang panjang. Orang sepert ini sangat optimis, dan mempunyai idea-idea yang liar dan menghasilkan sesuatu yang berbeza (Kreatif).

4. Instinct

Kecerdesan Insting selalu merujuk kepada deria ketujuh untuk mengambil keputusan. Orang seperti ini spontan, pragmatik, serba boleh dan rela berkorban, tenang, mencari kebahagian dan kedamaian dengan cara memberikan manfaat kepada orang lain. (Saya terus teringatkan Ultra Instinct Son Goku.)

Baca juga 5 Tips Menajamkan Memori

5. Feeling

Kecerdasan Feeling selalu merujuk kepada perasaan, sehingga orang seperti ini selalu tenggang rasa, bijak dan memiliki kemampuan memimpin. Orang seperti ini juga penuh cinta dan semangat yang bergantung pada moodnya.

Inilah huraian ringkas berkaitan mesin kecerdasan yang ada dalam diri setiap kita. Saya pernah mengambil ujian ini dan hasilnya ialah Sensing Introvert. Walaupun hasil ujiannya begitu, saya cuba untuk menjadi Instinct, Feeling, Intuiting, dan Thinking.

Dan itu menjadikan saya tertekan kerana tidak menggunakan kekuatan yang sememangnya sudah ada dalam diri saya. Tapi, semasa menulis tentang ini, saya fikir saya patut menggunakan kekuatan saya untuk memperbaiki hidup saya sekaligus dapat mempermudah orang-orang yang ada disekililing saya.

Mengetahui kekuatan diri sangat penting supaya hidup kita lebih senang, walaupun hakikatnya hidup di dunia ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Mengenal diri kita ditambah lagi dengan keimanan kita pada Tuhan, pasti mempermudahkan lagi hidup kita.

Itu sahaja untuk hari ini, semoga post ini dapat menjadikan hidup anda lebih bernilai. Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai mesin kecerdasan, silakan lihat di Stifin.com.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • Lirik Lagu Cinta Pertama – Gamma1
  • Lirik Lagu Cinta Monyet – Goliath
  • Lirik Lagu Cinta Kalapa – Susi Purba
  • Lirik Lagu Aku Memilih Setia – Fatin Shidqia
  • Lirik Lagu Cinta Beda Agama – Vicky Salamor

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer