Siapa kata jadi blogger tak boleh kaya? Malah, Langkah Blogger Menjadi Kaya boleh dilakukan dengan beberapa strategi yang sesuai dan konsisten. Dalam panduan ini, anda akan menemui rahsia cara membuat wang dari blog dan mencapai kebebasan kewangan yang anda impikan. Jadi, bersedia untuk memulakan perjalanan anda ke arah kejayaan kewangan sebagai seorang blogger? Ayuh, lihat panduan ini dengan teliti!
5 Langkah Blogger Menjadi Kaya
1. Memanfaatkan blog
Memanfaatkan blog yang dimiliki merupakan cara yang paling bijak dan jimat untuk menjadi kaya. Fungsi blog adalah untuk mendapatkan lebih banyak perhatian. Namun, dengan cara yang lebih bergaya kerana dapat membantu menyelesaikan atau memberikan buah fikiran pada masalah yang dihadapi pembaca. Selain itu, blog juga dapat membina keyakinan pelanggan kerana mengenali kita melalui tulisan-tulisan kita. Sebab itulah mereka kerap kali datang dan membaca artikel-artikel yang ada di Blog kita. Inilah produk yang boleh digunakan untuk memanfaatkan blog anda iaitu program affiliate dan Google Adsense. Anda boleh menjadi kaya sebagai blogger dengan memahiri salah satu dari produk ini.
2. Mendefinisikan Kaya
Sering kali kita mengatakan yang kita ingin menjadi kaya, tapi kita tidak tahu apa yang kita mahukan secara spesifik. Dengan mendefinisikan erti “kaya” secara spesifik, kita akan dapat berusah dengan cepat dan jelas. Mungkin definisi kaya bagi anda ialah dapat berbelanja RM10,000 setiap bulan. Tapi, pernahkah anda terfikir betapa kayanya anda jika mendefinisikan kaya sebagai mendapatkan 10,000 pembaca setiap bulan? Dengan definisi yang jelas, anda akan dapat berusaha dengan fikiran yang jelas.
3. Menetapkan Matlamat yang Jelas
Tetapkan matlamat untuk menjadi yang terbaik dengan SATU perkataan; dan dengan perkataan tersebut kembangkan rangkaian anda hingga ke tahap global. Matlamat akan menjadi lebih jelas apabila diukur menggunakan nombor. Mulakan dengan satu matlamat, kemudian ulang sehingga mencapai sepuluh, kemudian seratus, tetap konsisten hingga mencapai seribu dan seterusnya. Yang menarik tentang pekerjaan sebagai blogger ialah anda perlu mempunyai sistem kerja anda sendiri agar boleh digunakan berulang-kali. Khususnya untuk menghasilkan artikel yang berperanan membawa ramai pembaca ke blog anda.
4. Menulis aliran kerja sendiri
Aliran kerja perlu ditulis untuk mengingatkan blogger akan proses yang perlu untuk mengerakkan blognya. Rekod yang ditulis ini pula perlu disimpan dengan baik agar dapat diamalkan secara berterusan. Inilah yang akan menjadi resipi anda dalam mengukuhkan jenama anda dalam dunia blogging. Contohnya, aliran kerja yang saya gunakan untuk blog ini “16 Langkah Untuk Blogger Menulis Artikel Terbaik di Google.” Aliran kerja boleh diperbaiki mengikut kesesuaian masa, tenaga dan keberkesanannya. Aliran kerja juga berfungsi sebagai penanda aras dalam menyediakan artikel yang berkualiti mengikut cita rasa anda. Apa lagi kalau matlamat anda ialah untuk menjadi kaya.
5. Fokus untuk mendekati Satu Juta orang
Mengikut IWS, di Asia sahaja terdapat 2,366,213,308 pengguna internet setakat 31 Mei 2020. Bolehkah anda menjemput satu juta orang ke blog anda dalam tempoh satu tahun? Pasti boleh bukan? Apalagi kalau anda seorang yang sanggup membelanjakan wang beriklan bagi menggalakkan pelawat datang ke blog anda. Namun, kaedah ini akan menambahkan beban perbelanjaan bulanan anda. Cara lain untuk mendekati 1 juta orang dalam setahun ialah dengan memberikan sumbangan padu pada topik kecil dalam satu industri. Dengan bantuan Google, blog anda boleh mendekati satu juta orang dalam setahun. Jika anda merasa mendekati satu juta orang dalam setahun adalah sukar, atasi perasaan itu dengan berkerja secara sistematik. Mulakan dengan sepuluh, kemudian seratus, seribu, sepuluh ribu, seratus ribu hingga sejuta. Tercapai sahaja matlamat itu, apa yang perlu anda lakukan adalah KONSISTEN dan mantapkan PENGURUSAN.
Kesimpulan
Kesimpulannya, langkah-langkah yang dinyatakan di atas dapat membantu blogger menambah pendapatan dan menjadi kaya melalui blog. Tetapi, seperti dalam kebanyakan perkara, kejayaan tidak akan datang serta-merta dan memerlukan kesabaran dan usaha yang berterusan. Jadi, teruskan mencuba, kembangkan bakat dan kemahiran, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru untuk mencapai matlamat sebagai blogger kaya.
Ada banyak lagi pilihan maklumat pada Tags di bawah(mobile) atau sisi(Desktop) blog ini. Disini ada tips, trik dan strategi yang mungkin boleh membantu anda maju lebih baik dengan stabil dan konsisten. Selain itu, jika Anda ingin mengembangkan rangkaian rakan anda di internet daftarlah sekarang di IWHost. Mulakan blog Anda dan nikmati perkhidmatan domain & hosting berkualiti tinggi yang akan meningkatkan kehadiran digital Anda 24/7.
Dikemaskini 27 April 2023 / Gambar oleh Austin Distel