SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
4 Panduan Untuk Merancang Pembelian Kereta Pertama

4 Panduan Untuk Merancang Pembelian Kereta Pertama

Santro Sondy August 26, 2022

Kita sudah tamat belajar, mempunyai kerjaya yang stabil, dan bersedia untuk memiliki pengangkutan sendiri untuk ke tempat kerja.

Tetapi banyak perkara yang kita perlu tahu, dan kesemuanya nampak rumit, seperti pinjaman kereta sehingga kepada memilih perlindungan takaful kenderaan yang sesuai untuk kenderaan kita.

Jadi bagaimana kita nak mula merancang? Ikuti sahaja perkongsian ini untuk merangka checklist yang kita perlu penuhi sebelum membeli kereta pertama kita.

4 Tips Untuk Merancang Pembelian Kereta Pertama Anda

ANTONI SHKRABA / Imej Pexels

1. Perancangan Kewangan

Membeli kereta bukan sama seperti membeli telefon bimbit baru, kerana harganya mencecah puluhan ribu ringgit.

Jadi, kita perlu merancang kewangan yang baik sebelum membeli kereta.

Pastikan kita mempunyai wang yang cukup untuk menyelesaikan beberapa jenis pembayaran, seperti wang pendahuluan atau pinjaman untuk membeli kereta idaman kita.

Semak jika kita mempunyai keadaan kewangan yang stabil, atau mula menyimpan dari sekarang.

Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

2. Keperluan Membeli Kereta

Memandangkan kereta merupakan satu komitmen yang besar dan berpanjangan, kita perlu membuat pertimbangan tentang keperluan kita memiliki kereta.

Pendek kata, kalau kita tidak memiliki kereta sekarang, adakah kita masih mampu bergerak ke sana sini di mana kita berada?

Ada orang yang tinggal di kawasan berhampiran jaringan pengangkutan awam yang efisien, jadi mereka tidak terlalu bergantung pada memandu untuk pergi ke destinasi mereka.

Jadi, bagaimana pula dengan kita?

3. Komitmen Dan Kos

Kos kereta bukan sahaja terhad pada harga kereta itu sahaja.

Kita perlu ingat bahawa banyak perbelanjaan perlu dibuat untuk menyelenggara kereta kita.

Kadangkala, lebih mewah kereta kita, lebih banyak kos untuk kita keluarkan untuk servis dan maintenance kereta.

Bukan itu sahaja, kita juga akan mengeluarkan wang untuk memperbaharui cukai jalan dan kos pelan perlindungan untuk kereta kita.

Jadi, pastikan kiraan bajet kita sudah menitikberatkan semua perkara ini.

4. Perlindungan Untuk Kereta

Akhir sekali, jangan ambil remeh tentang pelan perlindungan untuk kereta kita nanti.

Pastikan kita tinjau dahulu produk takaful kereta yang mustahak untuk melindungi kita dan kewangan kita apabila perkara tidak diingini berlaku.

Sama ada kemalangan jalan raya, kerosakan yang tidak dapat dijangka, atau perkara jenayah seperti kecurian, perlindungan takaful motor yang baik dapat membantu kita apabila ditimpa sebarang musibah ini.

Kesimpulan

Membeli kereta mungkin macam rumit dan sukar, tetapi jika kita dapat memastikan perkara-perkara yang dikongsikan di atas, proses membeli kereta kita boleh berjalan dengan lancar.

Rancang sebaik-baiknya daripada menyimpan wang sehingga ke memilih pelan takaful kenderaan yang baik untuk kereta baharu kita.

Tak tahu pelan takaful motor mana yang kita patut pilih?

Lihat sahaja daripada produk yang ditawarkan oleh Takaful IKHLAS untuk perlindungan takaful motor yang komprehensif mengikut
keperluan kita.

Dapatkan lebih maklumat tentang Takaful Ikhlas dengan mengklik link https://www.takaful-ikhlas.com.my/our-products/personal/motor

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • Lirik Lagu Cinta Pertama – Gamma1
  • Lirik Lagu Cinta Monyet – Goliath
  • Lirik Lagu Cinta Kalapa – Susi Purba
  • Lirik Lagu Aku Memilih Setia – Fatin Shidqia
  • Lirik Lagu Cinta Beda Agama – Vicky Salamor

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer