Anda perlu tahu 3 prinsip ini sebelum anda benar-benar mahu mengambil keputusan untuk menjadi seorang Youtuber berkualiti. Jika anda mahukan keuntungan untuk jangka masa panjang sebagai Content Creator, 3 pesan dari Merry Riana akan membantu anda bermula dengan baik.
Baru-baru ini, saya telah menonton satu video yang bertajuk Jangan Buat Konten Sampah!!!, saya merasa tidak senang dengan tajuknya, kerana perkataan sampah itu sangat sakit kedengarannya. Jika anda seorang pemain Mobile Legends, anda pasti akan mengetahui betapa sakitnya dipanggil sampah ketika bermain.
Tetapi selepas saya menonton video ini sampai habis, saya telah belajar 3 perkara yang penting, yang perlu difikirkan ketika membuat konten untuk channel Youtube. 3 perkara itu adalah:
1. Jangan hanya sekadar membuat tontonan tapi juga tuntunan
Tuntun penonton anda untuk menjadi lebih baik dalam katogeri yang anda pilih. Sebagai Content Creator di Youtube, simpan dalam minda untuk memberikan video yang bukan sahaja seronok ditonton, tapi juga boleh menuntun penonton menjadi insan yang lebih baik.
Kita boleh membantu penonton walaupun dalam perkara yang kecil. Konten-konten yang berbentuk tutorial adalah yang terbaik contohnya Cara buat Judul dan Kerangka artikel BLOG yang SEO.
2. Posting Yang Penting bukan Yang Penting Posting
Semasa membuat konten, utamakan dahulu isi yang penting, isi yang anda mahu sampaikan kepada penonton anda. Selepas itu, anda boleh menyempurnakan konten anda dengan menghubungkan isi-isi penting dengan isi-isi yang sederhana penting. Lihat saja, struktur artikel ini, saya telah memastikan anda telah melihat isi pentingnya, kemudian menyambungkannya dengan huraian-huraian yang panjang ini.
3. Pastikan kamu untung bukan malah jadi buntung
Ini kerana, saya dan anda semakin hari semakin tua. Kerajinan juga semakin berkurangan, disebabkan itu, elakkanlah dari membuat video yang merugikan anda pada masa depan. Tingkatkan subscriber dan views anda dengan cara yang tidak memudaratkan orang lain.
Hormatilah penonton-penonton anda, kerana tanpa mereka, anda bukan siapa-siapa. Buatlah konten yang meningkatkan subscriber anda dan bukan yang menjadikan anda buntung atau merugi pada masa depan. Jika anda mahukan keuntungan, buatlah konten yang menguntungkan orang lain dahulu.
Kesimpulan
Masukkan nama dan alamat e-mel untuk menerima update terbaru dari blog ini.