Pekerjaan utama blogger adalah menulis. Dan proses menulis itu tidak mudah. Apa lagi kalau orang yang baru masuk dalam dunia penulisan blog. Anda boleh melihat sendiri proses kerja untuk menerbitkan sebuah artikel di 16 Langkah Untuk Blogger Menulis Artikel Terbaik di Google. Banyakkan? Tapi mari saya ringkaskan.
3 Pekerjaan Utama Blogger
Pekerjaan utama blogger ada 3, iaitu mencari, menulis dan menaik taraf tulisan yang telah diterbitkan. Tapi untuk memudahkan anda berjaya sebagai blogger, anda perlu sentiasa menyediakan konten yang Simple, Related dan Organized. Mari semak huraian selanjutnya.
1. Mencari
Para blogger sentiasa mencari maklumat menarik untuk dikongsikan kepada pembaca mereka. Kebanyakkan blogger suka melakukan ulasan tentang sesuatu produk atau perkhidmatan. Jadi, apa yang mereka lakukan ialah mencari sesuatu yang menarik dan boleh diulas mengikut cara mereka sendiri. Jika anda merasa susah untuk mencari bahan tulisan, cuba tips ini “Cara satu perkara yang BERKAITAN dengan pembaca anda”
2. Menulis
Selepas mempunyai bahan menarik untuk diulas. Blogger pasti akan melalui proses menulis. Jika mereka tidak melalui proses ini maka mereka bukan seorang blogger. Umumnya, setiap kali blogger menulis mereka mesti mempunyai poin dan huraian tersendiri. Profesional blogger suka meletakkan poin mereka dalam bentuk Bold atau hitam tebal untuk membuatkannya lebih menonjol. Ingat. Semasa menulis, pastikan poin dan huraian anda disampaikan secara ringkas.
3. Menaik Taraf
Ada juga sesetengah blogger yang suka menaik taraf artikel lama agar maklumat dalam artikel tersebut lebih padat dan relevan dengan keadaan semasa. Ada masanya saya malas untuk menulis artikel baru, biasanya bila keadaan seperti ini berlaku, saya hanya akan menaik taraf artikel lama supaya maklumat dalam artikel saya lebih kemas dan tersusun. Dan pastinya dengan melakukan ini, nilai blog saya tetap meningkat dari hari ke hari.
Kesimpulan Pekerjaan Utama Blogger
Inilah ulasan saya tentang pekerjaan utama blogger iaitu Mencari, Menulis dan Menaik taraf. Selaitu itu, anda juga perlu berusaha menyediakan konten yang Ringkas, Berkaitan dan Tersusun. Diharapkan anda dapat manfaat dari artikel dan menggunakannya untuk perkembangan blog anda. Untuk informasi lebih lanjut berkaitan gaya hidup blogger, makanan dan gadget, anda boleh dapatkannya di Tekkaus.com.
Dikemaskini pada 19 Mei 2021.