“Jangan biarkan krisis yang baik menjadi sia-sia,” Saya pernah membaca mesej ini di internet petikan dari kata-kata Winston Churchill.
Mesej ini sesuai diaplikasi mengikut keadaan pasaran saham semasa.
Pelabur yang berpandangan jauh tahu bahawa masa terbaik untuk meletakkan asas untuk memperoleh banyak wang dalam jangka panjang adalah semasa kemelesetan ekonomi.
Berikut ialah 3 langkah mudah untuk menjana untung semasa pembetulan pasaran berlaku.
Kredit: Gerd Altmann (Pixabay)
1. Jangan panik
Langkah paling penting yang perlu diambil untuk membuat wang semasa pembetulan pasaran saham adalah untuk tidak panik.
Sesetengah orang menjadi takut apabila mereka melihat baki portfolio mereka menjunam dan ingin menjual semua saham mereka.
Ini merupakan kesilapan besar yang lazimnya berlaku dalam kalangan pelabur.
Sudah tentu, mengatakan, “Jangan panik,” itu mudah, tetapi kenyataannya adalah cerita lain.
Lakukan tiga perkara ini bagi mengelak daripada kita menekan butang panik apabila saham kita menjunam.
Pertama, kita cuba sedaya upaya untuk tidak melihat harga saham yang kita miliki.
Memang, apabila indeks pasaran utama jatuh, kita tahu bahawa kebanyakan saham kita juga jatuh.
Walau bagaimanapun, kita tidak begitu cemas apabila kita tidak selalu melihat sejauh mana portolio kita mengalami kejatuhan.
Kedua, mengingati kenapa kita membeli saham itu dahulu.
Sesetengah pelabur profesional mengesyorkan untuk kita menyimpan jurnal di mana kita menulis sebab utama kita membeli sesuatu saham.
Jika alasan kita untuk membeli saham tertentu sangat kukuh, jangan jual dan jangan risau tentang turun naik harga saham.
Ketiga, lihat carta jangka panjang indeks S&P 500. kenapa?
S&P telah mengalami banyak kemerosotan selama bertahun-tahun tetapi ia sentiasa meningkat semula.
Dan ia memberikan pulangan yang besar untuk jangka masa panjang.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
2. Beli saham perniagaan yang kukuh
Kita mungkin pernah mendengar kenyataan Warren Buffett yang terkenal untuk “be greedy when others are fearful and fearful when others are greedy”.
Walaupun ianya hanya cliché, tidak bermakna ia bukan nasihat yang bagus.
Buffett juga mengatakan perkara lain yang sama pentingnya untuk diketahui.
Dalam surat terbarunya kepada pemegang saham Berkshire Hathaway, dia menulis bahawa dia dan rakan perniagaan lamanya Charlie Munger “kami bukan pemilih saham; kami adalah pemilih perniagaan.”
Saya cadangkan untuk menggabungkan dua idea yang disokong oleh Buffett:
Beli saham perniagaan yang kukuh apabila orang lain takut.
Kadang-kadang, sesuatu saham akan jatuh bersama dengan pasaran keseluruhan.
Contohnya,
Alphabet (NASDAQ: GOOG) (NASDAQ: GOOGL) turun hampir 30% daripada set tertingginya tahun lalu.
Walau bagaimanapun, perniagaannya kekal kukuh.
3. Tunggu
Langkah terakhir untuk menambah kekayaan semasa pembetulan pasaran saham mungkin adalah yang paling sukar.
Sebaik saja kita membeli saham syarikat yang kukuh, perkara terbaik untuk dilakukan seterusnya ialah… tiada apa-apa.
Tunggu saja.
Perlu diingat bahawa saham yang kita beli pada harga diskaun masih boleh menurun.
Sebelum menjadi Alphabet, Google pada awal tahun 2008 jatuh hampir kepada jumlah yang sama seperti sekarang.
Saham pada mulanya meningkat semula, tetapi saham Google tidak mengekalkan momentum positif itu untuk tempoh yang lama.
Saham terus menjunam lebih daripada 60%.
Sesetengah pelabur yang membeli pada masa itu mungkin teringin untuk menjual pada peningkatan semula dan menerima keuntungan yang sederhana.
Orang lain mungkin menjadi takut dan menjual apabila Google jatuh semula.
Walau bagaimanapun, mereka yang menunggu, kini mendapat pulangan hampir 770%.
Keuntungan jarang dilihat dalam tempoh beberapa minggu atau bulan.
Tetapi ia sering terlihat selepas beberapa dekad.
Kesimpulan
Dunia pelaburan akan menguntungkan pelabur yang tahu mengurangkan atau membahagi kerugian kepada angka-angka kecil dalam jangka masa panjang.
Untuk menjana untung yang konsisten dalam dunia pelaburan memang tidak mudah.
Namun, bagi orang yang mengamalkan 3 langkah ini akan menjadi mudah, apa lagi kalau kita tahu cara yang betul.
Demikianlah informasi lengkap yang mengulas tentang 3 langkah mudah menjana untung semasa pembetulan pasaran.
Dapatkan lebih maklumat tentang perniagaan dan kesihatan di wfmz.