SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
3 Langkah Membayar hutang Yang disyorkan oleh Pakar

3 Langkah Membayar hutang Yang disyorkan oleh Pakar

Santro Sondy June 23, 2022

Selepas lebih daripada 2 tahun hidup dengan wabak Covid19, terdapat banyak ketidaktentuan ekonomi.

Kini, membayar hutang menjadi keutamaan yang tinggi bagi ramai orang, jadi disini pendidik kewangan utama dari BECU, Stacey Black mengongsikan 3 langkah untuk mula mengurangkan hutang-hutang kita.

3 Langkah Membayar hutang Yang disyorkan oleh Pakar

Mikhail Nilov / Imej Pexels

1. Kekal positif dan tetapkan matlamat kewangan

Langkah pertama ialah kita kena kekal positif dan tetapkan matlamat kewangan kita dengan jangka masa untuk memastikan diri kita berada di landasan yang betul.

Ingat, Kekal positif dan pastikan kita berada di landasan yang menghala ke matlamat kita.

Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

2. Mengelakkan penipuan

Pada masa ini terdapat banyak penipuan yang berleluasa menggunakan link untuk mendapatkan perkhidmatan pembayaran hutang.

Kita bukan sahaja kena berhati-hati, kita juga mesti membayar hutang kita ke tempat yang betul, bukan melalui link yang tidak dikenali.

Jika kita adalah orang yang kurang pengetahuan teknologi, lebih baik terus pergi ke cawangan terdekat setiap bulan untuk membuat pembayaran hutang.

3. Mengelakkan pinjaman penyatuan hutang

Mulakan dengan mengatasi tingkah laku yang menyebabkan kita berhutang.

Guna Snowball method untuk membayarnya, buat pembayaran MINIMUM untuk semua hutang dan gunakan sebarang wang lebihan untuk membayar hutang paling rendah dahulu.

Setelah itu, fokus pada hutang terkecil seterusnya.

Ini boleh membantu kita membina momentum dalam menghapuskan hutang.

Ada juga Avalanche method, yang mengesyorkan kita fokus pada hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi dahulu.

Ia boleh membantu kita menjimatkan lebih banyak wang dari semasa ke semasa.

Kesimpulan

Mungkin kita pernah mendengar kenyataan bahawa orang kaya menggunakan hutang untuk membina kekayaan.

Kenyataan itu memang benar, namun hakikatnya tidak semua orang mampu menggunakan kaedah itu untuk mencapai kebebasan kewangan.

Mungkin kerana kurang pengetahuan, kurang disiplin dan kurang pengurusan yang cekap.

Bagi kebanyakan orang, langkah yang dihuraikan dalam artikel ini adalah lebih sesuai.

Demikianlah informasi lengkap yang mengulas tentang langkah untuk membayar hutang mengikut saranan dari pakar.

Untuk membayar hutang dengan konsisten memang tidak mudah.

Namun, bagi orang yang bertekad untuk konsisten boleh menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu caranya.

Dapatkan lebih berita luar negara dengan mengklik Kiro7.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer