Contoh Ayat Pengenalan Untuk Artikel Blog Ada Banyak dan 3 antaranya ada di sini. Jika sebelum ini anda pernah membaca artikel saya yang bertajuk Cara Menulis Artikel Menarik Untuk Blog, inilah 3 lagi nilai tambah yang perlu anda tahu untuk meningkatkan kemanisan artikel yang anda tulis. Selepas membaca artikel ini, anda akan dapat menulis pengenalan bagi apa-apa pun jenis artikel yang anda ingin tulis untuk blog anda.
Teruskan membaca kerana artikel ini akan membantu anda mengelakkan diri daripada pembaziran masa, khususnya semasa menulis pengenalan untuk artikel anda.
Contoh Ayat Pengenalan Untuk Artikel Blog
1. Tahukah kamu bahawa selain _?_, kepakaran juga boleh ditingkatkan menggunakan _?_.
Ayat ini dapat membantu pembaca untuk menambahkan pengetahuan mereka. Ini kerana, kita terlebih dahulu menyatakan apa yang pembaca sudah tahu, kemudian kita menambahkan lagi pengetahuan mereka. Oleh itu, setiap kali menulis pengenalan bagi artikel anda, buatkan pembaca terfikir tentang faedah yang akan diperolehinya. Jika anda mahu menambahkan nilai positif dalam kehidupan pembaca anda, bentuk pengenalan seperti diatas akan membantu anda melaksanakannya.
Baca juga 31 Tips Supaya Konsisten Sepanjang Tahun dan Meningkat 12% lebih baik
2. Inilah kesilapan yang orang selalu lakukan, dan ada 7 cara untuk mengelak dari kesilapan sama.
Ayat ini akan membuatkan artikel anda berbunyi teguran. Anda pertama-tama menyatakan kesilapan yang selalu dilakukan oleh kebanyakkan orang, dan pada masa yang sama mengajar cara untuk mengelak dari melakukan kesilapan yang sama. Bentuk ayat ini dapat membantu anda menulis berbagai topik termasuklah sukan, muzik dan perniagaan.
3. Jika sebelum ini anda pernah mendengar __?__, inilah 3 fakta mengenainya.
Jika anda suka menulis tentang fakta-fakta yang baru anda belajar, ayat pengenalan no.3 ini boleh digunakan. Mula-mula, anda beritahukan maklumat umum, kemudian tambahkan beberapa fakta mengenai maklumat umum tersebut. Saya mencadangkan agar kerap memasukkan nombor dalam penulisan anda.
Kesimpulan
Pengenalan artikel yang baik mestilah dapat menumbulkan minat pembaca supaya terus membaca artikel anda sehingga habis. Sekarang tibalah masanya untuk menulis pengenalan yang menarik untuk artikel blog anda. Ketiga-tiga contoh ayat pengenalan ini boleh diubah mengikut kesesuaian topik yang anda ingin bahas melalui penulisan anda. Semoga kemahiran menulis anda meningkat nilainya selepas membaca artikel ini.