Mengembangkan perniagaan tidak selalu berlaku dengan cara yang jelas.
Produk dan perkhidmatan yang mantap mungkin terus dapat menarik pelanggan baru dan semasa, namun bagi kita yang ingin membuat perubahan pada produk sedia ada, lakukan saja kerana ia juga boleh membantu kita untuk berkembang dan memenuhi keperluan yang tidak dipenuhi dalam pasaran.
Berikut ini adalah 14 tindakan yang boleh diambil untuk memperbaiki strategi pembangunan produk perniagaan kita.
Pavel Danilyuk/ Imej Pexels
1. Cari jurang atau sempadan
Kita kena sentiasa mencari jurang atau sempadan untuk mengenal pasti masalah atau kesesakan yang menghalang kemajuan pelanggan dan strategi serta penyelesaian yang boleh dilakukan untuk mengurangkannya.
Dengan memahami perjuangan pelanggan kita, kita akan lebih mampu untuk berinovasi dalam penawaran produk supaya pelanggan kita tidak sabar-sabar untuk membeli penyelesaian yang menghalang atau membetulkan halangan yang menghalang kejayaan mereka.
2. Kenal pasti bahagian yang boleh dibantu AI
Kunci pembangunan produk yang cepat ialah dengan mengenal pasti kawasan di mana AI boleh meningkatkan kelajuan, kecekapan dan kualiti penghasilan produk kita.
Dengan menggunakan AI, perkhidmatan kita dapat sampai kepada pelanggan dengan lebih cepat, lebih bersifat objektif dan boleh diulang berkali-kali.
3. Gunakan Maklumbalas Pelanggan
Dengarkan pelanggan kita.
Pembangunan mudah didorong oleh faktor dalaman seperti keinginan-keinginan kita.
Walau bagaimanapun, pembangunan produk yang berjaya bermula dengan pelanggan kita.
Apa lagi yang mereka minta?
Apakah masalah mereka yang lain yang kita ketahui tetapi belum diselesaikan?
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
4. Sentiasa Fokus Pada Kebolehan Menyesuaikan Diri
Tindakan terbaik yang kita kena ambil ialah memfokuskan pada pengalaman pelanggan di kedai kita tanpa mengira status mereka.
Ada waktunya perkara yang selalu kita lakukan dengan cara tertentu bukanlah cara terbaik.
Inovasi yang berterusan adalah salah satu kunci untuk menjadi luar biasa.
5. Jadi Berani
Jadilah berani apabila kita terfikir untuk pembangunan produk.
Pasti ada beberapa tempat di mana kita boleh mengembangkan perniagaan kita dengan menambah sedikit idea baru yang diperlukan pelanggan.
Soalan seperti “Apa yang pelanggan fikir jika kita menambah ini?” membolehkan kita memahami keperluan dan membuat sedikit perbezaan yang meningkatkan keuntungan kita.
6. Bina Rangkaian Dan Jenama
Dalam perniagaan perkhidmatan B2B, khususnya dalam perundingan, produk itu adalah KITA sendiri.
Pembangunan berlaku melalui rangkaian dengan orang yang betul dan membina profil berkualiti tinggi secara digital.
Memang proses untuk membinanya sangat mengambil masa, tetapi setelah kita membina rangkaian dan jenama kita, kita akan memiliki kedudukan yang sangat kukuh yang akan terus memacu perniagaan kita.
Itulah kuasa Jenama.
7. Pertimbangkan Potensi Pasaran Baru
Pertimbangkan untuk mengetuk pasaran baru.
Tujuannya adalah untuk menawarkan produk kita kepada pelanggan baru yang berbeza daripada pasaran semasa kita.
Ini mungkin memakan masa dan sumber yang banyak, jadi jalankan penyelidikan pasaran dengan baik.
8. Lihat Gelagat Pelanggan
Berhenti memikirkan apa yang kita fikirkan sebagai produk yang hebat dan sebaliknya belajar untuk mempercayai pelanggan kita untuk memberitahu kita (dengan dompet mereka) perkara yang benar-benar mereka hargai dan inginkan dari segi produk.
Selain melakukan Survey, kita boleh mencipta produk ujian untuk melihat sama ada pelanggan benar-benar sanggup membayar untuk produk yang mereka katakan mereka inginkan.
9. Asingkan Pengembangan daripada Penambahbaikan Produk
Salah satu cabaran terbesar kita ialah mengutamakan pembangunan dan penambahbaikan produk.
Penambahbaikan kelihatan lebih mendesak, jadi kita kena memisahkannya menggunakan kaedah Objectives and Key Results (OKR).
Satu objektif fokus pada penambahbaikan yang bertujuan untuk menggembirakan pelanggan.
Dan objektif yang lain pula sepenuhnya fokus pada pembangunan produk dan pengembangan pasaran.
Pengasingan ini membantu kita mencapai keseimbangan yang baik setiap suku tahun.
10. Terokai Aliran Pendapatan Baru
Meneroka aliran pendapatan baru ialah langkah pertama untuk mencipta dan mengesahkan pembangunan produk.
Ia terdiri daripada bertanya kepada diri sendiri beberapa soalan.
Adakah produk memenuhi keperluan yang berdekatan dengan pelanggan semasa kita?
Adakah ia konsisten dengan cadangan nilai semasa kita?
Adakah ia serasi dengan model dan sumber perniagaan semasa kita?
11. Menjalinkan kerjasama Perkongsian Media
Mungkin perniagaan kita dipenuhi dengan orang-orang yang berbakat tapi masih kekurangan beberapa set kemahiran lain.
Jalinkan perkongsian media yang saling menguntungkan agar dapat membawa produk kita ke pasaran dengan cara yang lebih mudah.
Kerjasama seperti ini membantu kita menerangkan produk inovatif kita ke dalam komunikasi yang lebih difahami oleh orang ramai dan bakal pelanggan.
12. Kenal pasti Perkara yang Memacu Kejayaan kita
Pertimbangkan aspek penyelesaian atau data yang kita miliki yang membawa kejayaan semasa perniagaan kita.
Kita perlu menyedari bahawa setiap data semasa yang kita ada tidak akan pernah lengkap sempurna.
Itu sendiri menjadi data yang kemudiannya boleh kita gunakan untuk melancarkan lebih banyak tawaran dan perkhidmatan.
Tidak kira betapa berjayanya perniagaan kita, jangan sekali-kali mengabaikan nilai penyelidikan pada data yang sedia ada.
13. Periksa Objektif Tawaran kita
Adalah penting untuk menjauhkan diri daripada apa yang kita lakukan secara emosi dan mengambil pandangan yang rasional.
Dengan melihat produk kita secara objektif atau melalui mata pengguna sangat membantu kita memperoleh pandangan yang berbeza untuk menilai strategi baru.
Mendengar dan mendapatkan pandangan objektif orang lain adalah kuncinya.
14. Komited Untuk terus Belajar
Ada banyak tindakan tambahan kecil yang kita perlu lakukan setiap hari untuk melangkah ke arah yang betul dalam menambah baik atau mengembangkan perniagaan kita.
Salah satunya ialah kita mesti kekal menjadi pelajar untuk kemahiran kita walaupun perniagaan kita sudah dikatakan berjaya.
Kesimpulan
Apabila kita mempunyai produk, jangan terlalu fokus pada wang, fokuskan pada pembangunan maka secara tidak langsung wang akan menyusul.
Teruskan belajar agar kita dapat menyelesaikan masalah pelanggan kita.
Demikianlah informasi lengkap yang mengulas tentang tindakan untuk membina strategi pembangunan produk
Untuk membangun produk yang untung dan konsisten memang tidak mudah.
Namun, bagi orang yang bertekad dan konsisten boleh menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu caranya.
Dapatkan lebih maklumat tentang perniagaan kecil dengan mengklik Forbes.