Kirimkan ayat cinta sweet ini kepada kekasih anda setiap bulan, agar percintaan anda disegarkan bukan hanya dengan tindakan tapi juga dengan perkataan. Berikut ini saya telah pilih 12 ayat cinta sweet yang sangat bermakna untuk diungkapkan setiap bulan.
1. Cinta adalah pilihan. Dan aku memilih untuk mencintaimu, hari ini, esok, dan setiap hari dalam hidupku. Aku mahu bersamamu, walaupun ia tak selalunya indah. Itulah sebabnya aku akan memilihmu tanpa keraguan.
2. Walaupun ketakutan dan ketidakpastian, aku ingin kau tahu bahawa aku mencintaimu, aku ada di sini, dan aku sedia melihat semuanya sepanjang kau berada di sisiku.
3. Aku menjalani hubungan denganmu bukan hanya sekadar kerana cinta dan sayang, tapi kerana aku ingin belajar untuk sabar, tulus dan ikhlas mencintaimu.
4. Cintamu bukan saja menguatkanku malah membuatkanku merasa gagah dan membangkitkan semangatku untuk membina kehidupan yang bahagia bersamamu.
5. Mencintaimu dan disayangi olehmu adalah hadiah paling berharga yang pernahku terima.
6. Cintaku untukmu adalah perjalanan. Bermula selamanya, dan tidak pernah berakhir.
7. Cintaku padamu adalah lebih dari hanya satu perasaan. Aku ingin kau merasa bahagia, ingin melayan emosimu yang tidak tentu arah, membuat hidupmu berbunga-bunga, kerna aku tahu aku sangat bahagia saat melihatmu mekar berbunga.
8. Kau hadir memberi cinta, membawa bahagia dan menghadiahkan rasa rindu yang tidak pernah habisnya.
9. Dan benarlah kata orang, cinta itu buta, kerana aku, walaupun jalan untuk memenangi hatimu amat sukar dan berliku namun tidak cukup kuat untuk menghentikanku dari terus mendampingimu seumur hidupku.
10. Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itulah peraturan pertama bercinta yang aku pegang untuk menyayangimu seumur hidupku.
11. Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tapi cuma kau yang akan jadi igauan ku siang dan malam.
12. Aku mencintaimu dan ingin kekal berada disampingmu seumur hidupku.
Kesimpulan
Ayat-ayat cinta yang sweet perlu diungkapkan agar hubungan kasih sayang dapat diteguhkan melalui perkataan. Namun, jangan lakukannya terlalu kerap kerana risau boleh menimbulkan kebosanan. Saya fikir mengungkapkannya sekali sebulan mungkin cukup untuk membuatkan ungkapan kita lebih terasa dan bermakna. Dan akhir sekali, jadilah konsisten dengan ungkapan cinta anda.
Ada banyak lagi maklumat berkaitan Cinta dalam blog saya ini yang boleh dibaca melalui Tags Cinta yang ada di bawah (mobile) atau sisi (Desktop) blog ini.
Guys, anggaplah dengan mengongsikan senarai ini, adalah tanda kasih kepada sahabat sejati, walaupun hanya sekali namun sangat bererti.
Mulakan blog Lifestyle anda sendiri dengan domain dan webhosting dari IWHost hari ini.
Ingat guys, jangan ragu, teruskan maju.