Buku “You are the boss” merupakan buku yang saya baru habiskan pada tahun ini. Selepas hampir 4 bulan berjuang untuk menghabiskan buku ini, akhirnya saya berjaya juga. Walaupun agak lewat dari rancangan asal saya, tapi tidak mengapa, asalkan saya berjaya menghabiskan buku ini. Sepanjang pembacaan, ada beberapa yang telah berjaya membangunkan saya, dan hari ini, saya akan berkongsi 11 perkara tersebut.
1. Peluang
Kenapa kita tidak membina gaya hidup yang kita mahu? Kerana kita takut kritikan orang lain kepada kita. Kita takut kegagalan. Kita biarkan pandangan orang lain menghalang panggilan untuk kita hidup sebaik-baiknya. Ketakutan seperti ini menyebabkan kita terlepas peluang yang telah diberikan kepada setiap kita. Buka mata dan lihat peluang yang ada, dan bertumbuhlah ke arah peluang tersebut. Semua perkara memang sukar sebelum ianya menjadi senang.
Baca juga 7 Langkah Untuk Mencapai Garis akhir
2. Fikiran dan Imaginasi
Adakah kita sedar yang setiap benda yang ada disekililing kita digubah oleh fikiran orang lain? Semua yang kita buat adalah idea yang disengajakan oleh orang lain. Itulah yang mengisi fikiran kita, dan kerana fikiran kita itu, banyak perkara boleh dibuat. Maknanya, imaginasi kita datang dari fikiran dan boleh membuat apa saja asalkan kita percaya dan mengambil tindakan yang relevan. Setiap produk dan perkhidmatan telah dibuat oleh seseorang yang belajar bagaimana untuk berfikir.
3. Pertanyaan
Saya suka bertanya soalan dan telah menjadi tabiat saya untuk bertanya soalan walaupun soalan tersebut tidak bijaksana. Buku ini memberikan saya pembayang tentang bagaimana untuk bertanya soalan dengan bijaksana. Contohnya ialah “Apa yang saya buat salah?, ia akan lebih baik jika “Apa yang boleh saya lakukan dengan lebih baik?”, atau “Apa yang saya buat betul?. Contoh lain “Apa yang tak kena dengan kau?”, ia akan lebih baik jika “Apa yang kau perlukan?,” atau “Bagaimana saya boleh membantu kau?”. Mengajukan soalan yang baik dapat mengeratkan hubungan kita dengan orang lain, kita hanya perlu belajar bagaimana melakukannya dengan baik.
4. Nilai Masa
Masa adalah sama dengan kehidupan yang kita ada. Jika kita membuang masa, kita membuang hidup kita, atau jika kita menguasai masa kita, kita menguasai hidup kita. Kita mempunyai 168 jam setiap minggu, bagaimana kita memanfaatkan masa tersebut? Dalam buku ini, ada 3 alat untuk mengukur dan mengurus masa iaitu;
- Menulis Jurnal (Masa lalu)
- Senarai tugas (Masa Sekarang)
- Matlamat dan Strategi (Masa depan).
Time is what we want most, but what we use worst. – William Penn
5. Mendengar
Mendengar akan memudahkan hidup kita. Ia membantu kita memahami situasi persekitaran kita. Bila kita mendengar, kita bukan saja akan belajar perkara baru, tetapi akan melihat fikiran kita pada orang yang sedang bercakap. Tuhan mencipta dua telinga dan satu mulut tanpa supaya kita mendengar lebih banyak daripada bercakap. Mendengar mungkin sangat sukar pada mulanya, tapi bila kita memahami lebih dalam tentang mendengar, ia membantu kita membina hubungan yang lebih baik dengan orang lain. Yang paling menarik lagi, orang akan lebih menghargai kita bile kita mendengar mereka bercakap kerana kebanyakkan orang suka memberi nasihat, pandangan dan fakta.
6. Kepimpinan adalah satu pilihan
Kita boleh memilih siapa pemimpin kita, dan kita boleh memilih untuk menjadi seperti pemimpin yang membantu kita. Bila kita melihat seseorang melakukan perkara yang kita kagumi, kita akan mengakuinya dan menjadikan mereka sebagai pemimpin kita. Secara teknikalnya, kita semua adalah pemimpin kerana orang lain belajar sesuatu dari kita.
7. A.I.D.A
A.I.D.A adalah singkatan Attention, Interest, Decision, and Action. Kita boleh menggunakan singkatan ini untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan kita. Teknik promosi ini selalu digunakan oleh syarikat-syarikat besar untuk mempromosi pelbagai produk dan perkhidmatan mereka kepada jutaan pelanggan mereka. Saya paling suka teknik ini.
8. Perhubungan dapat memupuk pertumbuhan orang lain
Hubungan adalah pendorong untuk kita saling mengalakkan pertumbuhan. Melalui perhubungan, kita bukan saja dapat belajar dari orang lain, sama seperti besi mengasah besi, kita juga dapat meningkatkan kualiti unik orang lain.
9. Hidup penuh beriman
Iman menuntut penggunaan imaginasi, keinginan, dan fantasi. Adakah kita percaya bahawa kita mempunyai iman yang diperlukan untuk mencapai matlamat dalam hidup kita? Setiap orang mempunyai bakat unik yang ditakdirkan untuk menolong kita berjaya. Gunakan bakat kita kerana ia akan membuahkan hasil asalkan kita beriman.
10. Kuasai Wang kita
Kita menganggap berfikir tentang wang itu tidak berfaedah dan toksik. Kebanyakkan kita sanggup merancang sesebuah majilis untuk dua bulan, tapi tidak pernah sanggup untuk mengambil buku dan belajar tentang wang. Ingat kita mesti menguasai wang, berbanding membiarkan wang menguasai kita.
11. Kuasa Disiplin
Kita adalah mahkluk yang berasaskan tabiat, dan disebabkan itu, kita mesti tahu apa tabiat yang membantu kita menghala ke destinasi yang kita mahukan. Dengan kuasa disiplin, kita dapat mewujudkan tabiat hidup yang lebih baik, kukuh dan menonjol.
You Are The Boss
Itulah huraian ringkas tentang perkara-perkara yang saya belajar dari buku You Are The Boss. Daniel Ally adalah seorang lelaki sejati yang mampu memberikan kita perspektif atau mentaliti yang lebih baik dari aspek menjadi versi terbaik diri kita. Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang Daniel Ally, silakan lihat Daniel.com.
Dapatkan buku You Are The Boss hari ini
Gambar Picsart