Hi guys, hari ini saya akan berkongsi 10 Tips Untuk Blogger Membuat Peningkatan Kualiti Artikel.
Saya melihat skrin komputer riba saya.
Saya sengaja meletakkan jari telunjuk kiri dan kanan saya pada huruf F dan J keyboard komputer riba saya.
Mata saya tertumpu pada jam digital sebelah kiri skrin komputer riba saya.
Tepat pukul 1 pagi, saya sambung menulis artikel ini.
Saya mahu artikel ini disiarkan pada pukul 5 pagi nanti.
Saya bagikan 2 sebab menulis yang saya tahu.
Yang pertama, menulis untuk diri sendiri.
Yang kedua, menulis untuk orang lain.
Bila kita masuk dalam bab menentukan kualiti artikel.
Saya suka mengatakan yang kualiti sesebuah artikel ditentukan oleh sebanyak mana kita puas hati dengan artikel yang ditulis dan seberapa ramai orang yang mendapat manfaat darinya.
Nah. Dari pernyataan ini, saya akan kongsikan 10 Tips untuk Blogger membuat peningkatan kualiti artikel.
Bagaimanakah proses meningkatkan kualiti artikel?
Adakah artikel yang dihasilkan dalam tempoh yang panjang lebih baik daripada artikel yang dihasilkan dalam jangka masa yang pendek?
Mari sama-sama kita semak.
MART PRODUCTION / Imej Pexels
1. Pembelajaran Berterusan
Pengetahuan sentiasa bertambah, jika anda berhenti belajar anda akan ketinggalan.
Pertambahan pengetahuan berlaku hampir setiap hari, sebab itulah ramai orang yang rajin telah berjaya.
Pembelajaran berterusan membantu anda untuk mengenalpasti potensi diri, yang secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti artikel anda.
Rentak penulisan akan lebih cepat ditemui bergantung pada kesanggupan anda meluangkan masa untuk belajar, lakukanlah dengan sukarela atas motivasi sendiri sehingga membolehkan anda menguasai ilmu penulisan dan memperluaskan pengalaman hidup supaya anda berupaya mengurus dan menangani pelbagai cabaran hidup dengan yakin serta kreatif sebagai penulis.
Gunakanlah teknologi yang sesuai untuk mencari, meneroka dan menulis artikel baru yang relevan daripada pelbagai sumber untuk keperibadian atau menjadi profesional dalam penulisan.
Tidak salah jika anda menjadi aktif kerana mahu memenuhi kehendak sosial dan ekonomi demi kebaikan diri sendiri.
Penulis blogger indonesia seperti Timon Adiyoso sentiasa dapat mengemaskini blognya dengan pelbagai topik.
Antara topik yang sentiasa ditulisnya ialah android, bisnis, tutorial blogging dan cerita unik dan aneh.
Dia tidak menghadkan topik yang dia ingin tuliskan. Nah, dari sini, kita boleh lihat yang semakin kita belajar, semakin kerap blog kita dikemaskini.
Ini kerana, kita mempunyai banyak idea untuk menulis dan mengemaskini blog kita.
Pembelajaran berterusan akan menjadikan anda blogger terbaik di dunia, jika tidak pun, terbaik dalam menyediakan keperluan keluarga.
Teruskan belajar.
One hour per day of study in your chosen field was all it takes. One hour per day of study will put you at the top of your field within three years. Within five years you’ll be a national authority. In seven years, you can be one of the best people in the world at what you do. ― Earl Nightingale.
2. Rekodkan Isi-isi Utama
Anda perlukan isi-isi utama untuk memudahkan pembaca mengingat mesej anda.
Anda bukan saja akan menyenangkan pembaca tetapi juga mengalakkan enjin carian membantu artikel anda muncul dalam pangkalan data mereka.
Begitulah pentingnya isi-isi utama.
Dengan merekodkan isi-isi utama yang pernah anda gunakan, anda akan dapat mengelakkan daripada menulis isi-isi utama secara berulang-ulang dengan struktur yang sama.
Selain itu, rekod ini juga akan membantu anda merancang strategi untuk meningkatkan kualiti artikel anda.
Anda boleh menggunakan Evernote untuk menyimpan isi-isi utama artikel anda.
Jika tiada masa untuk membuka Evernote, anda boleh menyimpannya sebagai draf di akaun Blogger anda untuk ditingkatkan nilainya dari masa ke semasa.
3. Capai Nombor Baru
Saya lebih menyukai wang kertas RM10 dan RM100 berbanding RM1, RM5, RM20 dan RM50.
Nombor 10 dan 100 mendorong saya untuk mencapai nombor 1,000.
Jika saya mahukan 1,000, saya hanya gandakan 10 sebanyak 100 kali dan saya boleh mencapainya dengan kemas.
Begitulah bagaimana nombor memotivasikan saya.
Anda akan menjadi lebih mudah untuk mencapai sasaran jika anda sudah tahu dengan jelas apa yang anda mahukan.
Cara yang mudah untuk menetapkan matlamat ialah dengan menggunakan nombor.
Sebagai contoh Saya mahukan 1000 pelawat dalam 1 hari selama 30 hari.
Tetapkan standard kualiti blogging anda sendiri.
Katakanlah, 1 maklumat bersamaan dengan RM1, jika sebelum ini anda memberikan 5 maklumat, tingkatkannya menjadi 10 maklumat, maknanya anda memberikan maklumat yang bernilai RM10 kepada pembaca-pembaca anda.
Manusia mudah tertarik dengan nombor yang lebih besar,
Mungkin sekarang anda hanya sanggup memberikan maklumat yang bernilai RM10, pada masa depan setelah kualiti pengetahuan anda bertambah, anda mungkin boleh meletakkan nilainya kepada RM100.
Dengan cara ini, barulah kualiti artikel anda ada peningkatan.
4. Belajar dari Blogger Terbaik
Anda tidak pernah kerugian sekiranya belajar dari blogger yang terbaik, pelajari rentak dan gaya penulisan mereka, kemudian ambil yang baik dan tambahkan dalam gaya penulisan anda.
Blog terbaik seperti wanyusof.com yang banyak mengongsikan teknik-teknik SEO ditambah lagi dengan keadaan blognya yang kemas dan mudah dibaca akan memberikan impak yang baik pada gaya penulisan anda.
Satu lagi Blog yang menjadi nombor satu dihati saya ialah Daniel Ally, walaupun dia tidak lagi mengemaskini blognya, nilai artikel yang dia pernah tulis sebelum ini masih lagi mempunyai nilai yang tinggi bagi saya.
Sekarang, saya sering membaca artikelnya, kerana saya mahu membiasakan diri dengan gaya penulisannya.
5. Baca Semula Artikel Lama
Menyukai apa yang kita lakukan adalah tangga kepada kejayaan yang besar. Jika kita tidak suka membaca tulisan kita sendiri, jangan mengharapkan untuk orang lain menyukai tulisan kita.
Perasaan kita terhadap artikel yang kita tulis, jika itu positif akan membuatkan kita yakin untuk mempromosikan artikel kita.
Selain itu, membaca semula artikel kita akan membantu memperbaiki kelemahan gaya penulisan kita.
Jika ada kesalahan ejaan, kita betulkan. Jika ada ayat yang tidak lengkap, kita lengkapkan.
Jika maklumat tidak banyak, kita tambahkan lagi maklumat.
Sebagai Contoh, Artikel Siapa Yang Mahu Belajar Tabiat Blogging Saya? telah dikemaskini menjadi 16 Langkah Untuk Blogger Menulis Artikel Terbaik di Google.
Pengemaskinian ini berlaku selepas saya membaca dan merasa tidak puas hati dengan maklumat yang ada.
Jadi, saya pun menulis semula artikel ini, ia telah menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Saya merasa puas hati.
6. Tulis Catatan Harian Tentang Kata Kunci
Kepentingan menulis diari atau catatan harian dapat memperbaiki pengetahuan dan kemahiran kita mengenai sesuatu kata kunci.
Bagaimana kita menggunakan satu kata kunci? Saya suka mengambil satu contoh kata kunci yang popular iaitu Blogger.
Disini ada 10 cara kata kunci “Blogger” digunakan. Anda boleh belajar membina ayat dari 10 kata kunci ini.
Boleh anda membina ayat lain selain dari ayat yang saya tuliskan dibawah ini.?
Gunakan ini sebagai latihan mendalami kata kunci pilihan anda.
7. Tetapkan Matlamat Spesifik
Saya menggunakan cara menetapkan matlamat SMART.
Dengan menetapkan matlamat, tarikh, masa dan jumlah matlamat, pencapaian kita boleh diukur sampai dapat memuaskan hati kita.
Sebelum mencapai sebarang matlamat, kenalah tetapkan matlamat yang kita ingin capai dulu.
Mulakan dengan gambar di minda.
Ini adalah asas yang semua orang patut buat.
Mulalah dari yang paling umum, kemudian kecilkan hingga yang lebih spesifik.
Setelah anda mencapai tahap ini, tetapkan matlamat yang membuatkan anda supaya lebih konsisten.
8. Senaraikan Kelemahan
Setiap penulis ada kelemahan diri. Apakah kelemahan anda untuk meneroka peluang mendapatkan trafik yang tinggi dari internet
Perincikan setiap kelemahan anda dalam satu senarai.
Senaraikan kelemahan anda dan kenapa anda mahu mengubahnya, lakukan usaha-usaha mengatasi kelemahan yang perlu mengikut keutamaan.
Dengan menyenaraikan kelemahan yang ditemui dalam artikel kita, sepatutnya, risiko untuk melakukan kesalahan yang sama tidak akan ada lagi.
Senarai kelemahan ini akan menunjukkan perkara yang boleh dilakukan untuk diperbaiki.
Mengkaji faktor-faktor kelemahan juga dapat mempengaruhi lebih ramai pelawat untuk datang lagi ke blog anda selepas membaca artikel-artikel tulisan anda.
Pengaruh ini bermula apabila anda menulis semula artikel lama yang banyak kelemahan.
9. Fokus Pada Topik Yang Sama
Anda akan lebih baik jika anda fokus pada satu topik yang paling anda minati.
Ini kerana, perhatian anda tidak terbagi-bagi dalam menyediakan maklumat-maklumat berkualiti bagi topik yang anda tulis.
Selain itu, minat juga akan dapat memberikan anda semangat untuk berusaha menjadi blogger yang berjaya.
Jika Anda menulis artikel berbeza pada topik yang sama, anda harus membuat frasa unik untuk setiap artikel yang anda tulis itu.
Kerja anda hanya perlu membuat konten-konten dalam satu topik yang sama.
Kumpulkan pandangan-pandangan orang lain tentang topik yang anda pilih, itu akan membuatkan anda lebih pakar dalam topik tersebut.
Apabila anda melakukan carian di google, taipkan topik yang anda pilih, kemudian pilih dalam kategori “News”, dan anda akan melihat info terbaru yang akan menambahkan lagi pengetahuan anda tentang topik pilihan anda.
10. Menulis Dengan Tenang
Pikiran kita akan lebih tenang jika kita jauh dari beban.
Bagi saya, menulis dapat memberikan ketenangan.
Tapi kalau sudah rasa terbeban, hilanglah ketenangan itu.
Pastikan anda merasa tenang supaya idea senang muncul di fikiran anda.
Penulis seperti anda dan saya mudah mengantuk ketika menulis.
Saranan saya ialah tidur dahulu jika anda mengantuk.
Ada orang cakap tidur dapat menyediakan diri kita untuk menerima kenyataan.
Apa kenyataan itu? Kenyataan itu adalah semua perkara yang telah kita belajar.
Bukan itu sahaja, kita juga ada cukup tenaga untuk menghuraikan isi-isi yang kita ketengahkan dalam artikel kita.
Itulah kunci untuk menulis artikel baik.
Penutup
Ia membantu anda membina dan mengukuhkan kredibiliti anda dalam topik yang anda tulis.
Dalam penulisan, jangan takut untuk membuat kesilapan kerana anda masih boleh mengeditnya.
Lihat sahaja wikipedia, ada lagi artikel-artikel yang masih perlukan peningkatan kualiti.
Blogger boleh menggunakan konsep yang sama untuk meningkatkan kualiti artikel di blog mereka.
Akhir sekali, fikirkan ini, jika anda boleh tingkatkan kualiti diri anda, percaya anda pasti boleh tingkatkan kualiti artikel anda.