Walau dimana saja kita berada, kita pasti akan berjumpa yang namanya manusia.
Yalah, selagi kita berada di bumi ini, pertemuan-pertemuan ini pasti akan berlaku.
Walau bagaimanapun, pertemuan-pertemuan ini tidak mudah terbentuk tanpa usaha yang tepat pada masanya.
Tuhan telah menghantar beberapa teman untuk kita, tetapi kita tidak berkomunikasi baik dengan mereka, sehingga hubungan mati atau terhenti begitu sahaja.
Tiada salahnya mempunyai ramai kawan, dan tiada salah juga mempunyai sedikit kawan.
Yang positifnya kalau ramai kawan, akan ramai yang membantu.
Yang positifnya kalau sedikit kawan, kita boleh sentiasa berhubung secara kerap dengan mereka.
Masing-masing ada pro dan kon nya. Tapi untuk pendahuluan ini, saya hanya melihat dari sudut positifnya.
Walaupun kita tidak dapat jadikan setiap orang yang kita jumpa sebagai kawan rapat kita.
Kita sebagai manusia ciptaan Tuhan yang masing-masing mempunyai mata, hidung, mulut, tangan, kaki dan juga hati, mestilah saling menghormati antara satu sama lain.
Kita kena melayan setiap orang sebaik yang mungkin, seperti yang kita mahu orang lain lakukan kepada kita.
Nah hari ini, saya akan mengongsikan tips yang dikongsikan oleh seorang lelaki budiman, yang secara diam-diam, saya mengagumi cara pergaulannya dengan orang lain walau dimana sahaja dia berada.
Dari pembawaannya yang tenang, good looking dan murah dengan senyuman, saya memberanikan diri untuk meminta tips berguna darinya dan inilah hasilnya.
Saya harap tips ini dapat mengasah kemahiran bersosial saya dan anda ke peringkat yang lebih baik.
Mari semak 10 tips untuk mengembangkan rangkaian sahabat anda walau dimana sahaja anda berada.
Henri Mathieu-Saint-Laurent / Imej Pexels
1. Be genuine
Sekiranya hendak memuji seseorang, pujilah betul-betul atas sebab dia bagus, bukannya puji ada udang di sebalik batu.
Bila minta tolong, mintalah sebab memang perlu pertolongan, bukannya ambil kesempatan atas kebaikan orang tersebut.
Kalau kita meminati seseorang, tunjukkanlah minat tahap tinggi, tanya khabar siang dan malam, tunjukkan yang kita ambil berat, tunjukkan yang kita beri layanan kepada dia lebih berbanding orang lain.
2. Beri perhatian sepenuhnya
Pernahkah kita nampk keadaan di mana tangan bersalam dengan orang lain tapi berbual dengan orang lain?
Atau tengok Handphone semasa bercakap?
Saya sendiri merasa senang apabila orang memberi perhatian ketika kita bercakap, saya pasti kebanyakkan orang juga mempunyai perasaan seperti itu.
3. Senyum
Ada orang mahal senyumannya, atau saja buat-buat mahal.
Tida tahu apa sebenar sebabnya, tapi kita tentu lebih selesa berhadapan dengan senyuman berbanding muka serius.
4. Melayani, bukan dilayani
Beri bantuan semampu mungkin, kalau sudah tidak larat, apa boleh buat.
Yesus datang untuk melayani bukan dilayani. Sentiasa memikirkan “Bagaimana saya boleh membantu?” selagi keadaan mengizinkan.
5. Be positive
Sentiasa berbaik sangka.
Ada orang yang mahal senyumannya (maksudnya susah mahu senyum) – mungkin dia memang tidak biasa senyum dan berasa janggal untuk senyum atau dia mahu kelihatan matang dan serius sebab itu dia kurang senyum.
Dia selalu ambil kesempatan atas kebaikan kita – mungkin dia memang perlu bantuan tetapi malu untuk mengakui, “asyik minta tolong hantar balik saja, mentang-mentanglah saya ini baik untuk hantar dia” rupa-rupanya dia ada masalah kewangan.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
6. Share responsibilities
Kalau ada 4 kerusi, kita minta bantuan rakan untuk masing-masing angkat 2 kerusi seorang, bukan sebab kita tidak boleh buat, tapi supaya tenaga yang kita ada boleh sustain dalam masa yang panjang.
Kita boleh buat semua tugas pimpin lagu, Sekolah Sabat, lagu istimewa, khotbah tapi berapa lama kita boleh bertahan? Bahagi-bahagikan tugas supaya kita boleh terus ada keterujaan untuk tahun-tahun akan datang.
7. Takkan serius?
Cari cara untuk reply sesuatu yang kita tidak selesa dengan cara yang lucu.
Contoh, “Naa kesianlah kau kehabisan sudu”. Walaupun dia cakap dengan nada mengejek, kita cuba reply, “Aiya, terpaksalah saya guna garpu lima ni”, sambil menunjukkan gaya makan guna seluruh tapak tangan dengan mimik muka yang lucu.
Kalau muka dia masih serius, tegok muka kawan lain yang ada bersama-sama.
ATAU “Naa kesianlah kau kereta semua sudah penuh”, balaslah dengan cara yang melawak “terpaksalah saya cari tukang urut ni bila penat jalan kaki..” ATAU..”Naa kesianlah kau kehabisan makanan”..jawab saja “kalau saya tidak makan ini, genaplah 3 hari sya berpuasa, boleh tahan lagi ni” hehehee.
8. Berkata Tidak
Ada masa kita harus berhenti, mungkin ada yang mengambil kesempatan, oleh itu, kita anggap bahawa ada orang lain yang lebih memerlukan bantuan, ataupun kita membantu dia dengan tidak membantu, contohnya untuk mengelak dia menjadi tidak independent.
9. Urus diri kemudian Orang lain
“Anda mesti memakai corong oksigen sebelum membantu orang-orang di bawah jagaan anda”.
Kita mesti makan, tidak boleh bagi semua makanan dengan orang lain supaya kita ada tenaga untuk terus membantu/melayani.
10. Learn from others
Jika dirasakan ada sesorang yang kita suka bagaimana dia bercakap dengan orang lain, maka dekatilah, perhatikan dan cubalah tiru dan praktis mana-mana yang sesuai, teruskan memerhati dan belajar.
Jauhi orang-orang toksik kerana kita boleh jadi terikut-ikut.
Kesimpulan
Banyak lagi yang lain seperti sedia mengaku salah, sedia memaafkan, berlaku jujur dan sebagainya.
Bolehlah dijadikan panduan mana-mana yang sesuai dengan jiwa.
Demikianlah informasi lengkap yang mengulas tips mengembangkan rangkaian sahabat.
Untuk membangun rangkaian sahabat yang konsisten memang tidak mudah.
Namun, bagi orang yang bertekad dan konsisten boleh menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu caranya.
Dapatkan lebih maklumat tentang komunikasi berkesan dengan mengklik link Rizal Rashid.