Idea menulis akan mudah dicari jika anda meletakkan diri anda berdekatan dengan 10 tempat ini. Apalagi kalau anda sudah berjanji pada diri sendiri untuk membuat konten baru setiap hari. Itulah masalah penulis yang akan saya cuba bantu pada hari ini. Saya gembira berfikir dan menulis tentang perkara ini kerana saya juga mengalami masalah kekurangan idea menulis. Inilah 10 tempat yang selalu saya luangkan masa mencari idea-idea untuk menulis.
Imej: OpenClipart-Vectors (Pixabay)
10 Tempat Mendapatkan Idea Menulis
1. Kemahiran Diri
Pada blogger yang baru masuk ke dalam dunia penulisan blog, tiada apa lagi yang boleh anda tuliskan selain dari kemahiran yang anda miliki. Anda akan lebih berkeyakinan untuk menulis sekiranya anda menulis tentang apa yang anda mahir. Sebenarnya, saya tidak mempunyai banyak kemahiran, cuma saya hanya menggunakan apa yang saya tahu, dan apa yang saya tahu itulah kemahiran saya. Saya tidak akan berkongsi pada perkara yang saya tidak tahu. Satu lagi, jangan pernah memandang rendah pada kemahiran yang anda ada, walaupun itu hanya membuka pintu. Ini kerana, dalam dunia internet, pasti ada mata yang mahu melihat apa yang anda kongsikan. Seperti gambar di bawah ini, membuka pintu adalah perkara asas yang sebenarnya tidak perlu lagi diajar, tetapi masih ada 983K tontonan.
2. Produk
Idea menulis sebenarnya ada disekeliling anda, seperti kasut, beg, handphone, jam, motosikal, minyak rambut, Television, laptop, kereta, Video game, bahan-bahan memasak, peti sejuk, sabun mandi, sabun cuci dan macam-macam lagi. Ada banyak idea, anda hanya perlu melihat sekeliling dan mula menulis tentang produk tersebut. Tuliskan pengalaman anda dengan produk yang selalu anda gunakan. Bayangkan, ada berjuta-juta isi rumah di Malaysia yang menggunakan garam. Anda menulis artikel yang bertajuk “5 Sebab Saya Tidak Boleh Hidup Tanpa Garam”. Percayalah, pasti ada orang lain yang akan membacanya. Orang sentiasa mahu mengetahui cara anda menggunakan produk yang ada disekeliling anda.
3. Blog untuk mencari idea menulis
Ya, idea dari Blog blogger lain juga boleh anda gunakan apabila anda ketandusan idea, kerana disana anda pasti akan dapat idea dari mereka. Saya juga sentiasa melawat ke blog-blog kegemaran saya seperti Mastimon, Problogger, Smart Passive Income dan Irfan Khairi. Saya baca artikel mereka, catat isi-isi penting, kemudian tulis artikel dengan menggunakan gaya penerangan tersendiri. Ini kerana, saya sentiasa berfikir, walaupun isinya sama, tapi cara penerangan berbeza itulah yang membuatkan anda unik. Oleh itu, bacalah dari blog blogger lain.
4. Facebook
Bagi saya, Facebook adalah sumber berita tercepat pada masa kini, walaupun tidak semuanya disahkan benar, tapi kita boleh cari tahu kesahihan sesuatu berita. Sebagai contoh, pada hujung bulan Mac 2020, ada banyak status mengenai Bantuan Prihatin Nasional, jika anda blogger yang rajin, pasti anda akan menulis “Cara untuk mendaftar Bantuan Prihatin Nasional”. Begitulah cara untuk kita mendapatkan idea dari Facebook. Satu lagi yang hebatnya mencari idea dari Facebook, ialah kita sudah tahu untuk siapa kita menulis. Sebagai contoh, Aki Borneo selalu berkongsi tentang Mainan Gundam, anda boleh menulis tentang permainan ini untuk menambah pengetahuan Aki Borneo tentang minatnya itu. Tapi ingat, jangan pernah menulis sesuatu yang menjejaskan sahabat anda. Tulislah sesuatu yang dapat menambah nilai positif dalam hidup mereka.
5. Twitter untuk mencari idea Menulis
Tweet di Twitter kebanyakkannya pendek yang memerlukan seseorang untuk memanjangkannya. Saya melakukannya seperti ini, saya cari Tweet yang baik seperti di bawah ini, kemudian saya salin Tweet itu, saya buat tajuk yang berkaitan, dan bahagikannya kepada 3-4 isi yang saya rasakan berkaitan dan boleh diterima akal. Contoh idea saya ambil dari Tweet KitCat. Dari Tweet ini, saya akan letak tajuk “4 Sebab Anda Membeli Barang Yang Tidak Penting Di Lazada” Atau “4 Sebab Anda Selalu Lari Rancangan Ketika di Lazada.
Anda sangat beruntung kalau sekiranya terjumpa dengan Tweet yang berbentuk soalan seperti yang kucing betul betul kongsikan. Anda hanya perlu tulis penyelesaian kepada masalahnya, kemudian jawab komennya dengan menyertakan link artikel ke blog anda.
6. Youtube
Saya yakin anda boleh belajar banyak perkara di Youtube. Saya juga belajar dari cara Evan Carmichael dalam menyediakan konten-konten di vlognya, yang mana dia mengambil babak-babak pendek dan mengabung babak-babak tersebut menjadi satu video motivasi yang menarik. Tajuk-tajuk konten dia pun sangat spesifik. Anda boleh menggunakan kaedah yang sama untuk menghasilkan artikel untuk blog anda. Untuk mengelakkan dari plagiat, saya mencadangkan agar anda hanya mengambil isi-isinya dan kemudian menerangkannya menggunakan gaya anda sendiri. Ini kerana, Google menyukai blog yang menyediakan artikel-artikel yang asli.
7. Rakan Seminat
Jika anda ada rakan yang mempunyai minat sama, anda boleh bertanyakan pada dia, apa yang dia pernah tulis tapi belum pernah anda tulis. Saya kadang-kadang terfikir bahawa aktiviti blogging adalah satu Challenge yang mana jika orang lain boleh buat saya pun boleh buat. Saya mempunyai kawan tempat saya bertanya cara untuk meningkatkan traffik ke blog saya, namanya ialah Jackler, saya akui dia tidak kedekut ilmu, dia kongsikan kepada saya apa yang dia tahu tentang SEO. Jika rakan anda memberi idea, cari isi-isi penting dan huraian dengan menggunakan gaya anda sendiri. Ya, walaupun topik yang sama, tapi cara penyampaian berbeza, anda akan menjumpai pembaca yang suka dengan cara penyampaian anda.
8. Pinterest
Di Pinterest ada banyak gambar Infografik. Yang menariknya dengan infografik ini adalah, isi-isi pentingnya yang jelas kelihatan disertai dengan sedikit huraian. Gambar-gambar infografik boleh anda jadikan sebagai rangka karangan anda. Anda hanya perlu mengembangkannya sahaja. Bagi saya sendiri, apabila ada rangka karangan, saya hanya akan membuat ayat-ayat penghubung antara isi-isi utama yang ingin saya sampaikan. Saya sangat suka bahagian ini iaitu membina ayat penghubung antara satu isi dengan isi dengan yang lain.
9. Linkedin
Bagi saya, Linkedin ialah laman sosial yang serius. Saya berpandangan seperti ini kerana, kebanyakkan orang yang membina profil di laman ini rata-ratanya adalah orang yang berpengalaman atau mahir dalam bidang masing-masing. Jika anda mahu mendapat idea yang langsung dari orang-orang yang berpengalaman, carilah di laman sosial yang SERIUS ini. Saya melawat Linkedin setiap tiga bulan, hanya untuk melihat perkembangan orang-orang yang saya Follow. Dan anda tahu? anda mungkin boleh mendapat idea dengan melihat perkembangan seseorang di Linkedin.
10. Buku untuk mengumpul idea menulis
Buku adalah sumber yang digunakan untuk menerangkan sesuatu topik secara mendalam. Apabila anda membaca buku, anda sebenarnya sedang belajar satu topik secara mendalam. Anda akan mendapat banyak kebaikan dari membaca buku dan 7 dari kebaikan itu saya telah tulis dalam artikel saya yang bertajuk 7 Kebaikan Membaca Buku Yang Dilupakan Ramai Orang.
Kesimpulan
Jika anda mahu mencari idea baru untuk ditulis, 10 tempat ini boleh dijadikan sebagai asas kepada pengalian anda tentang sesuatu topik. Pilihlah antara 10 tempat ini untuk mencari idea tentang topik yang bersesuaian dengan blog anda. Saya harap perkongsian saya pada hari ini dapat menambahkan nilai positif dalam penulisan anda yang seterusnya. Jadilah Penulis Blog Terbaik di Malaysia. Sekian dan Jumpa lagi.