Ketika orang tengah berfikir, ada baiknya kita jangan menganggu mereka kerana mereka sedang membuat keputusan terbaik untuk mereka dan mungkin juga untuk kita. Tunggu masa yang sesuai sekiranya kita ingin bertanyakan sesuatu. Persoalannya, bagaimana untuk mengetahui tanda-tanda orang tengah berfikir? Berikut adalah huraianya;
1. Menulis atau simulasi tangan di udara
Jika seseorang melihat sesuatu masalah kemudian menulis atau melakukan simulasi tangan di udara, itu bermakna dia sedang memikirkan sesuatu. Gaya berfikir seperti ini sering ada dalam kalangan Gitaris, Pianis dan Surgeon.
2. Mengulang-ulang perkataan
Orang yang mengulang-ulang perkataan selalunya memikirkan 2 benda iaitu menanam perkataan di memori mereka dan mencari cara pandang atau pemahaman lain tentang sesuatu perkataan.
3. Menulis
Proses membina ayat perlu melalui dua langkah iaitu memilih dan menyusun perkataan agar menjadi satu ayat. Pada langkah memilih dan menyusun inilah yang membuatkan orang berfikir yang mana terbaik untuk ditulis.
4. Memerlukan masa untuk membuat keputusan
Bila orang berkata “beri saya masa untuk berfikir”, percayalah banyak atau sedikit mereka akan mula tanya diri mereka “apa yang perlu dilakukan?, siapa yang dapat membantu? atau “Bolehkah saya melakukannya?.
5. Menyebut Nombor atau Masa
Nombor atau masa seringkali dihubungkan dengan persoalan “Apa?”. Sebagai contoh, 10 haribulan yang lalu saya telah melihat 10ribu orang pelancong”.
6. Meminta Alasan atau sebab
Orang meminta alasan selalunya dilakukan dengan cara menyoal “Kenapa?”. Apabila kita menyoal secara automatik kita masuk dalam kategori orang tengah berfikir. Sebab itulah masa sekolah dulu cikgu suka bagi soalan agar kita mampu berfikir.
7. Berperilaku positif
Dunia ini penuh perkara negatif, dan kebanyakkan kita selesa dengan keadaan ini. Jadi, bila kita bertindak secara positif, itu bermakna kita sedang berfikir dan bertindak diluar zon selesa kita, dan biasanya, kita hanya berfikir setelah berada di luar zon selesa kita.
8. Melihat cermin
Bila seseorang melihat cermin, soalan yang umumnya timbul dalam hati antaranya ialah Apa yang ada di muka saya? atau Bagaimana penampilan saya?
Baca juga 8 Pengalaman Menggunakan Pencuci Muka MK Men
9. Berbual dengan rakan-rakan
Semasa berbual, kita akan berfikir untuk memahami dan membalas perbualan rakan kita. Jika tempoh perbualan panjang, maka kita tahu pasti banyak info atau maklumat yang telah dihuraikan.
10. Meduduki peperiksaan
Setiap orang yang kita lihat sedang meduduki peperiksaan kebanyakannya sedang mencari jawaban untuk soalan-soalan yang akan membentuk laluan hidup mereka yang seterusnya.
Itulah ulasan ringkas mengenai 10 Tanda Orang Tengah Berfikir. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat pada kita semua. Ada banyak lagi tanda orang tengah berfikir selain dari 10 yang saya kongsikan disini, cuma saya tidak melihatnya buat masa ini, mungkin anda dapat melihat dan menulisnya, jangan lupa mention blog ini.
Never be afraid to sit a while and think. – Lorraine Hansberry