Profesional adalah merujuk kepada profesion individu sebagai suatu pekerjaan yang tetap dan menghasilkan pendapatan utamanya.
Orang yang profesional selalunya gembira dengan hidup mereka kerana profesion yang mereka pilih dapat menampung semua keperluan dan kehendak mereka.
Sememangnya orang yang profesional sangat menyukai pekerjaan yang mereka lakukan.
Tidak kira mereka dibayar atau tidak mereka akan sanggup untuk terus menyumbang dalam bidang yang diceburi.
Walaupun, untuk mencapai tahap profesional itu tidaklah mudah, banyak keringat, sakit, air mata dan kesedihan yang perlu dilalui demi untuk menyediakan diri supaya dapat hidup baik dalam profesion yang diminati.
Keadaan yang mencabar ini menyukarkan lagi setiap pemula untuk berjaya khususnya dalam dunia blogging.
Bagi blogger pemula, keinginan untuk berjaya dalam dunia penulisan blog mestilah muktamad dan diiringi dengan kesanggupan untuk sentiasa belajar dari Blogger profesional.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa perlunya belajar dari blogger-blogger yang sudah mencapai tahap profesional.
Pembelajaran yang berterusan akan membantu sesebuah blog terus berkembang kesan dari kerajinan penulisnya belajar dari tabiat blogger yang lebih baik dari diri mereka sendiri.
Kenyataannya, blogger profesional juga sentiasa belajar untuk terus mengembangkan kemahiran mereka.
Jika anda seorang blogger yang mempunyai persoalan yang ini, silakan semak 10 sebab belajar blogging dari blogger profesional.
Kredit: Helena Lopes (Unsplash)
1. Banyak Pengalaman Blogging
Pengalaman akan menjadikan seseorang itu lebih baik dari sebelumnya.
Dengan pengalaman, keputusan akan dapat dibuat dengan lebih cepat dan tepat.
Blogger profesional dapat membantu anda melihat lebih jauh.
Gaya penulisan boleh dipelajari melalui pembacaan artikel yang telah diterbitkan di blog mereka.
Ini akan melonjakkan pengalaman anda ke tahap yang lebih baik.
Pengalaman yang berusia sebulan akan meningkat menjadi 2 bulan dalam masa yang singkat.
Menarikan?
Supaya anda boleh menjana pendapatan melalui blog dalam jangka masa kurang dari tiga tahun.
2. Tahu Kaedah Yang Efisien
Mengurus sesebuah blog akan menjadi mudah apabila anda belajar dari blogger profesional kerana mereka tahu kaedah yang cekap untuk membuatkan sesebuah blog terus dapat dikemaskini setiap hari.
Bukan itu sahaja, mereka juga tahu bila masa yang sesuai untuk mempromosikan artikel-artikel tulisan mereka.
Blogger profesional tahu apa aktiviti-aktiviti yang memperlahankan mereka dari menghasilkan artikel yang bermanfaat untuk pembaca mereka.
Mereka tahu cara untuk menjalankan tugas menulis dengan cekap tanpa ada pembaziran waktu dan tenaga.
Semua ini boleh dipelajari di blog mereka.
3. Masih Menjana Pendapatan dari Blog
Seperti yang saya tuliskan diawal-awal artikel ini bahawa profesional adalah profesion individu sebagai pekerjaan yang tetap dan menghasilkan pendapatan baginya.
Bayangkan dengan hanya menulis artikel, anda boleh menjana pendapatan yang konsisten setiap bulan.
Ini adalah tahap tertinggi yang sedang dinikmati oleh blogger profesional.
Disamping gembira menerima bayaran setiap bulan, blogger juga gembira kerana mereka dapat mengerakkan jari-jari mereka untuk menulis.
Bagi mereka, menulis bukanlah pekerjaan, tetapi hiburan.
Kerana mereka menyukai apa yang mereka lakukan.
Melihat adanya bukti hidup bahawa blogger boleh menyara hidup mereka dengan menjadi penulis pasti cukup untuk membuat anda bertahan, bukan?
4. Kemahiran yang khusus
Kemahiranlah yang membuatkan anda dapat membayar bil-bil bulanan anda.
Namun begitu, anda tidak perlu menguasai semua kemahiran-kemahiran yang ada di dunia ini, cukup dengan mengasah kemahiran yang releven dengan anda dan minat anda.
Dalam dunia blogging, ada kemahiran yang perlu dikuasai supaya mudah untuk terindex dalam enjin carian yang ada di internet khususnya Google.
Hampir semua blogger profesional telah mengetahui apa kemahiran-kemahiran ini, anda boleh mengkaji sendiri melalui artikel-artikel yang mereka terbitkan di blog mereka.
Salah satunya ialah kemahiran menulis artikel patuh SEO.
5. Mahir Menyusun Tajuk Artikel
Tajuk artikel memainkan peranan penting dalam meningkatkan minat pembaca untuk membaca artikel anda.
Blogger profesional sudah secara semula jadi tahu bagaimana menulis atau meletakkan tajuk yang menarik untuk artikel mereka.
Dengan tajuk yang menarik, kadar klik masuk ke blog akan meningkat.
Cara untuk belajarnya sangatlah mudah, baca artikel mereka dari tajuk sampai ke penutup supaya anda terbiasa dengan gaya penulisan mereka.
Tajuk yang spesifik adalah cara yang umumnya digunakan oleh blogger-blogger profesional ini.
Nombor dan perkataan seperti cara, panduan, tips dan lirik lagu sering digunakan.
Salah satu contoh ialah 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
6. Mahir Menjelaskan Isi Artikel
Isi-isi artikel perlulah dijelaskan dengan baik supaya pembaca memahaminya dengan mudah.
Apabila pembaca dapat memahami apa yang disampaikan, mereka akan kembali semula di kemudian hari.
Apalagi kalau artikel yang dibaca sangat dekat dengan bidang yang diminati.
Blogger profesional dapat menulis artikel yang panjang dan menarik, tidak hairanlah pelawat sentiasa datang melawat ke blog mereka.
Artikel menjadi panjang dan menarik kerana ditulis secara terperinci hingga pembaca dapat memahami dan melihat isi-isi artikel dalam kehidupan sebenar pembaca.
Bukan itu saja, info-info yang dikongsikan juga dapat dipercaya kerana penelitian dan penulisan dilakukan dalam jangka masa yang lama.
7. Mahir Memilih Artikel
Ada artikel yang tidak berkesan untuk menarik lebih ramai pembaca.
Artikel yang hanya dapat menarik pembaca dalam jangka masa pendek.
Ada juga artikel yang sentiasa dapat menarik pembaca setiap masa.
Apabila memilih artikel, tulislah topik yang berkaitan dengan topik yang di tulis oleh Blogger profesional pilihan anda.
Namun tidak digalakan untuk menyalin sepenuhnya.
Hanya ambil isi artikel, kemudian tulis berdasarkan pemerhatian sendiri.
Bukannya maksud untuk bersaing, tapi untuk menambah huraian yang berkaitan supaya dapat membantu pembaca lebih memahami mesej blogger profesional pilihan anda.
Ini juga ruang untuk anda meminta Backlink dari blog yang lebih baik dari anda.
8. Mahir Memilih CTA
CTA atau Call To Action adalah senjata yang paling ampuh untuk untuk meningkatkan jualan melalui blog anda.
Blogger profesional sangat arif dalam meminta bantuan dari pembaca mereka.
Untuk mengetahui bagaimana cara meminta email dan nama dari pembaca blog anda, melawatlah ke blog mereka, dan kaji ayat Call To Action mereka.
Biasanya, Call To Action sangat berguna untuk membantu mengumpul email dan nama pembaca.
Selain itu, Call To Action juga menggalakkan artikel anda disebarkan.
Anda boleh belajar cara menulis mesej “Kongsikan Ini” dalam cara yang lebih berkesan.
Kemahiran ini boleh meningkatkan jumlah pelawat tetap anda, belajarlah dari profesional.
9. Mahir Menggunakan Peralatan Pemasaran
Tidak dapat dinafikan yang jumlah pelawat di blog blogger-blogger profesional ini sangat tinggi kerana dibantu dengan peralatan pemasaran yang automatik.
Autoresponder adalah salah satu daripada peralatan pemasaran yang sudah lama digunakan blogger-blogger ini.
Dengan selalu melawat ke blog blogger profesional, anda boleh melihat apa kaedah-kaedah yang mereka gunakan untuk mengingatkan anda untuk kembali ke blog mereka.
10. Melipat gandakan pengalaman diri
Belajar dari blogger profesional akan meningkatkan pengalaman blogging anda dari 2 bulan ke 1 tahun.
Pengalaman membantu anda membuat keputusan dengan lebih cepat dan tepat.
Apabila keputusan dibuat dengan cepat dan tepat, perkembangan blog anda juga akan berubah dengan cepat, kerana sentiasa memenuhi keperluan dan kehendak pembaca.
Belajarlah dari cara blogger profesional memenuhi kehendak pembaca-pembacanya.
Kesimpulan
Adakah anda ingin belajar dari blogger profesional selepas ini?
Jika jawapan kita Ya, saya simpulkan mesej telah sampai dengan jayanya.
Demikianlah informasi lengkap yang mengulas tentang sebab-sebab belajar Blogging dari Blogger Profesional.
Untuk membangun blog yang untung dan konsisten memang tidak mudah.
Namun, bagi orang yang bertekad untuk konsisten boleh menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu caranya.
Dapatkan lebih Tips dan Trik blogging di Mastimon.com.
Sampai berjumpa lagi pada artikel pada yang akan datang.
Semoga bermanfaat.