SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
10 Sebab Anda Bukan Blogger Yang Berjaya

10 Sebab Anda Bukan Blogger Yang Berjaya

Santro November 24, 2020

Blogger yang berjaya adalah blogger yang konsisten dengan apa yang mereka kongsikan di blog mereka.

Ya, ada masanya mereka melakukan kesilapan tapi mereka konsisten dengan apa yang mereka tahu.

Blogger yang lebih dari tiga tahun dalam dunia blogging namun belum berjaya menjana pendapatan bulanan mesti membaca artikel ini supaya dapat memperbaiki tabiat blogging yang sudah kukuh dalam diri sepanjang tiga tahun lalu.

Mesti ada sebabnya kenapa pendapatan blog anda masih rendah walaupun sudah sekian lama berada di Internet.

Tiga tahun adalah masa yang maksimum bagi seseorang blogger untuk mula menjana pendapatan di Internet.

Jika lebih dari itu, maka dapat disimpulkan yang anda tidak mengambil berat tentang masa dan wang yang dibelanjakan untuk membangun dan menyelenggara blog anda.

Berikut adalah 10 sebab anda bukan blogger yang berjaya pada hari ini;

10 Sebab Anda Bukan Blogger Yang Berjaya

blogger yang berjaya

1. Tidak Meminta Pertolongan

Setiap kejayaan dapat dicapai dengan mudah sekiranya kita pandai meminta tolong dari orang lain.

Kemahiran meminta tolong merupakan satu kemahiran yang diperlukan sekiranya kita mahu berjaya dalam bidang yang diingini.

Hal ini sama dalam dunia blogging, meminta pertolongan dari rakan-rakan pembaca untuk komen, like dan kongsi, adalah tabiat yang perlu untuk sentiasa diamalkan.

Cara mudah untuk melakukannya ialah dengan meletakkan Call-To-Action diakhir artikel anda.

2. Kurangnya Promosi di Media Sosial

Rakan-rakan di media sosial tidak akan mengetahui kewujudan blog anda sekiranya tidak dipromosikan secara konsisten.

Kunci untuk melakukan promosi hanya satu iaitu konsisten. Gunalah cara yang tidak mengeluarkan wang dari poket anda.

Bagaimana cara untuk melakukannya?

Setiap kali menerbitkan artikel baru, usahakan dengan tekad yang tidak berbelah bagi untuk meluangkan masa 2 minit mempromosikan link artikel tersebut secepat mungkin sebelum semangat promosi anda hilang.

3. Artikel yang tidak membantu

Sebenarnya tiada artikel yang tidak membantu, setiap artikel yang ditulis itu mempunyai tujuan-tujuan tertentu, yang membuatkan artikel itu jatuh dalam kategori tidak membantu adalah kerana persepsi pembaca itu sendiri.

Sebagai blogger yang menyedari akan hal ini, bantu pembaca untuk melihat isi-isi utama dalam artikel anda secepat yang boleh.

Satu cara yang terbaik untuk melakukannya ialah Menebalkan isi-isi utama artikel anda.

4. Tiada jadual Penerbitan Artikel

Jadual penerbitan artikel adalah seperti Trailer bagi artikel anda.

Tujuannya adalah untuk diperlihatkan kepada rakan-rakan anda supaya mereka ingin tahu atau membuat mereka sedar akan ada artikel baru yang diterbitkan pada masa depan.

Perasaan yang timbul itu adalah sama seperti perasaan menunggu episod baru bagi drama -drama kegemaran kita.

Bagaimana cara untuk melakukannya?

Caranya sangat mudah iaitu berjanji untuk menerbitkan artikel pada tarikh tertentu.

5. Tidak Memaksimakan pemasaran email

Pemasaran email membantu blogger untuk tetap berada dihadapan pembacanya iaitu dengan menghantar email pemberitahuan terbaru tentang blog mereka.

Facebook, Twitter, Instagram dan Google sendiri pun menggunakan kaedah ini di website mereka.

Ada banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan pemasaran email di internet seperti yang saya gunakan untuk blog ini iaitu dari syarikat Trafficwave dengan kos $17.95 sebulan.

Sila lihat contoh perkhidmatan ini di kotak Subcribe di bawah blog ini.

6. Tiada Kata Kunci Tumpuan

Kata kunci tumpuan dapat membantu pembaca mencari blog kita di internet.

Selain itu, kata kunci tumpuan juga menyenangkan Google untuk meningkatkan pelawat ke blog kita iaitu dengan mencadangkan tulisan kita kepada pembaca yang menaip sesuatu kata kunci yang berkaitan dengan blog kita.

Oleh itu, pada masa akan datang, tulislah artikel dengan menggunakan kata kunci yang releven dengan keperluan pembaca anda.

Caranya ialah menulis menggunakan kata kunci yang selalu mereka taip ketika mencari sesuatu maklumat.

7. Tiada Link Dalaman dan Luaran

Link Dalaman dan Luaran mengambarkan luas kabel sesuatu artikel.

Semakin banyak kabel semakin senanglah untuk pembaca mempercayai artikel anda.

Kabel yang dimaksudkan disini ialah sokongan dari artikel atau video yang dipercayai betul.

Dicadangkan, letak tiga link untuk satu artikel; Yang mana dua link dalaman dan satu link luaran.

Ini sangat penting untuk SEO kerana ia dapat meningkatkan pesona artikel anda di mata pembaca dan Google khususnya.

8. Isi-isi utama tidak terlihat dengan mudah

Anda tidak membantu pembaca anda memahami artikel anda dengan mudah.

Jika tujuan ialah untuk menjadi blogger yang berjaya, tulislah isi-isi utama dengan jelas supaya pembaca jelas dengan apa yang anda tulis.

Apalagi kalau anda sedar yang anda lemah dalam menerangkan sesuatu perkara, Isi yang di Boldkan akan cukup membantu.

9. Template blog perlahan

Template blog yang perlahan tidak baik untuk pengguna yang mahukan maklumat dengan cepat.

Mungkin kerana minda pembaca sudah terbiasa dengan internet yang cepat.

Kebanyakkan pengguna internet mahukan maklumat yang cepat dan tepat.

Jika maklumat tidak kelihatan dalam tempoh 4-5 saat selepas diklik, besar kemungkinan blog akan ditinggalkan.

Apa yang blogger perlu dilakukan jika template blog sangat perlahan?

Salah satu cara mudah yang dicadangkan ialah mengurangkan widget pada blog.

Satu lagi, buat pilihan yang tepat ketika memilih template agar maklumat yang diminta oleh pelawat dapat disampaikan dengan cepat.

Lihat contoh pada blog ini, hanya ada satu widget yang digunakan iaitu widget Arkib yang membolehkan pembaca membaca semua artikel terdahulu.

10. Tidak Sabar

Keinginan untuk berjaya dengan cepat adalah antara sebab utama kenapa sesetengah blogger masih tidak berjaya pada hari ini.

Biasanya keinginan seperti ini diiringi dengan perasaan kecewa yang sangat dalam sekiranya matlamat tidak tercapai seperti yang dirancang.

Membina rangkaian pembaca itu tidak mudah, apalagi kalau blogger hanya bergantung pada tulisannya untuk menarik minat ramai pembaca dari internet.

Ada juga blogger yang sanggup mengeluarkan wang untuk mengiklankan blog sendiri namun masih tidak berpuas hati dengan hasilnya. 

Sifat tidak sabar ini menyebabkan perhatian seseorang blogger terpesong dari sifat sejati yang perlu ada dalam diri blogger sejati.

Sifat sejati yang dimaksudkan disini ialah keinginan yang kuat untuk menulis.

Itulah kunci utama kejayaan pada kebanyakan blogger terkenal di dunia.

Baca juga: 31 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

Kesimpulan

Itulah huraian saya mengenai kenapa anda masih tidak berjaya sebagai blogger.

Huraian ini adalah berdasarkan pada pengalaman dan pandangan saya sendiri selepas membaca banyak artikel dari blogger Malaysia dan Indonesia.

Saya suka menulis tentang kerjaya blogger dan akan berkongsi lebih banyak tentangnya pada masa akan datang.

Jika anda ingin serius dalam kerjaya penulis blog, jangan terlepas peluang untuk belajar lebih banyak dari saya kerana saya adalah pakar dalam topik “Blogger”.

Saya akan lakukan yang terbaik untuk membantu anda menjadi blogger terbaik dalam niche yang anda pilih.

Sekian saja pada hari ini, semoga anda sukses pada hari ini dan lebih sukses pada 10 tahun akan datang.

Semoga bermanfaat.

Gambar Tim Gouw

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 31 Kata Kata Motivasi untuk Berjaya
  • 31 Tips Belajar Ringkas dan Padat
  • 31 Contoh Ayat Usaha Tangga Kejayaan
  • 31 Kata Kata Positif untuk Berjaya Ringkas dan Padat
  • 31 Kata Kata Semangat Pagi Bisnes

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer