SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
10 Nasihat Untuk Pelajar Lepasan SPM

10 Nasihat Untuk Pelajar Lepasan SPM

Santro August 19, 2020

10 Nasihat untuk pelajar lepasan SPM agar lebih bermotivasi dan tidak putus asa walau apa pun keputusan yang diperoleh.

Meneruskan hidup selepas mendapat keputusan SPM menjadi mudah jika adik-adik mempunyai penasihat yang banyak.

Apalagi kalau penasihat adik-adik adalah ibubapa, pakar kaunseling dan orang-orang tua yang banyak pengalaman hidupnya.

Saya menulis ini adalah untuk memberikan sedikit pembayang tentang laluan yang akan ditempuhi bagi adik-adik yang sudah mendapat keputusan SPM namun masih tidak tahu apa matlamat seterusnya.

Artikel ini akan membuat adik-adik lebih bermotivasi dan tidak putus asa walau apa saja keputusan yang dicapai.

Teruskan membaca jika merasa kekurangan pengalaman tentang apa yang akan dihadapi selepas SPM.

Artikel ini mampu membuat kita cepat berjaya dalam hidup walaupun keputusan SPM tidak membanggakan.

Saya ada 10 poin yang mahu dikongsikan kepada adik-adik, jadi mari kita menyemaknya satu per satu.

10 Nasihat Untuk Pelajar Lepasan SPM

Kredit: Manh Doan Nguyen / Imej Pixabay

1. Mempunyai Tujuan Hidup

Ini sangat penting.

Apa tujuan hidup yang ada dalam hati kita?

Kehidupan seseorang itu tidak kiralah lelaki atau wanita, pasti akan melalui proses ini, iaitu berkerja, mengumpul wang, mencari pasangan, berkahwin, membina rumah, mempunyai anak, membesarkan anak, menyekolahkan anak, sehinggalah anak kita akan kahwin.

Dan kita pula, hanya tunggu masa untuk berehat selama-lamanya.

Jika adik-adik mahu hidup senang pada hari tua, berkerjalah untuk meningkatkan kemahiran sehingga ke tahap profesional.

Kemahiran dapat membantu adik-adik untuk membayar bil bulanan.

Lihat saja orang-orang kaya, mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang yang diperlukan oleh ramai orang.

Sementara masih muda, pilihlah kemahiran yang sangat berguna untuk masyarakat disekililing kita.

Contohnya kemahiran bercakap, kemahiran menulis, kemahiran menyanyi, kemahiran bermain gitar, kemahiran bermain piano, kemahiran mengajar, kemahiran mengedit video, kemahiran berkebun dan macam-macam lagi kemahiran yang membolehkan adik-adik meningkatkan nilai kehidupan masyarakat yang ada disekililing.

2. Menulis Kelebihan Diri

Kelebihan diri merujuk kepada aktiviti yang adik-adik yakin untuk dikongsikan kepada ramai orang.

Dengan mengetahui kelebihan diri, ini akan membantu kita untuk menjadi lebih yakin lagi ketika menghadiri sebarang sesi temuduga.

Jika ada sesi temuduga yang berdekatan dengan tempat kita, cubalah hadirkan diri.

Kita boleh bertanya kepada ibubapa atau guru-guru jika mereka tahu sebarang peluang untuk sambung belajar atau berkerja dengan kelebihan yang dimiliki.

Kita tidak perlukan banyak kelebihan untuk mempunyai masa depan yang senang.

Tumpuan kita akan terbagi-bagi sekiranya kita menjaga banyak kelebihan.

Contohnya, jika kelebihan kita ialah Matematik, maka belajarlah lebih dalam lagi mengenai matematik sehingga kita dapat mengajar atau berkomunikasi dengan orang lain mengenai subjek ini.

Kita boleh menambah nilai kehidupan bagi masyarakat yang sukakan matematik.

3. Menulis Keburukan Diri

Keburukan diri bermaksud aktiviti yang menghalang kita untuk mengembangkan kelebihan diri, biasanya keburukan diri juga menyebabkan kita merasa tidak yakin dengan diri sendiri.

Selalunya keburukkan diri akan lebih jelas terlihat apabila kita jauh dari pantauan ibubapa.

Masuklah ke dalam bilik dan tuliskan semua keburukan diri diatas kertas atau buku diari.

Caranya ialah dengan menulis setiap perasaan negatif yang muncul dalam hati kita.

Tulislah 10 keburukan yang kita rasai setiap kali kita melibatkan diri dengan aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan kelebihan diri kita.

Dengan senarai ini, kita boleh membentuk cara berfikir yang dapat memperbaiki keburukan diri kita.

Sebagai contoh, kita malu untuk bercakap (Keburukan diri).

Saya suka bercakap kerana ia membantu saya untuk berkomunikasi pada ramai orang (ayat memperbaiki keburukan diri).

Atau Saya tidak pandai (keburukan diri).

Saya yakin saya boleh belajar (ayat memperbaiki keburukan diri).

Kita boleh bina ayat yang dapat mempositifkan negativiti.

Ulanginya sehingga kita benar-benar mempercayainya.

Your thoughts become your words
Your words become your actions
Your actions become your habits
Your habits become your character
Your character become your Destiny.

4. Menggunakan Kelebihan Diri

Menggunakan kelebihan diri bermaksud menggunakan kelebihan diri untuk mencapai kemenangan dalam setiap cabaran hidup yang dihadapi.

Apabila kita mahu menghadiri temuduga untuk bekerja, serlahkan kelebihan diri sebaik mungkin.

Guna kelebihan diri untuk meningkatkan peluang kita berjaya dalam apa-apa sahaja temuduga yang dihadiri.

Caranya ialah dengan memberitahu bagaimana kita boleh membantu melancarkan perjalanan atau pekerjaan seseorang.

Kita hanya berikan 1-2 contoh keadaan yang membayangkan bagaimana boleh boleh membantu melancarkan sesuatu aktiviti.

Ini supaya penemuduga dapat gambaran atau persepsi yang baik tentang diri kita.

Contohnya kita pandai bernyanyi, mungkin kita boleh memberitahu penemuduga itu kalau sekiranya ada majlis ditempat kerja, kita boleh menyanyikan lagu untuk memeriahkan lagi majlis itu.

Kesannya, tetamu akan mengingat majlis tersebut sekaligus mempromosikan produk syarikat tempat kita bekerja.

5. Memperbaiki Keburukan bagi mengelakkan Kerugian

Jangan membuang masa, wang dan tenaga untuk sesuatu yang tidak dapat menampung kehidupan kita di kemudian hari.

Bila melakukan sesuatu, lakukan dengan niat untuk mendapatkan hasil sesuai atau lebih sedikit dari tenaga, masa dan wang yang kita telah berikan untuk melakukannya.

Dimana pun kita berada, ingat ini, walau sekecil mana pun keburukan itu, ia tetap akan memberi kesan kepada diri kita.

Sebagai contoh Keburukan merokok.

Merokok membuatkan kita lewat untuk membeli sebuah motosikal.

Katakanlah Harga sekotak rokok ialah RM5, dan kita membeli 2 kotak seminggu dan jumlah kosnya ialah RM10 seminggu, maka sebulan RM40 untuk rokok.

Dalam setahun kita akan membelanjakan RM480 untuk rokok.

Katakanlah 6 tahun kemudian, kita mendapat kerja dan memerlukan kenderaan untuk ke tempat kerja.

Kita boleh loan sebuah motosikal, mungkin komitmen bulanannya ialah RM235, kita tidak perlu risau lagi kerana kita mempunyai simpanan RM2880 untuk digunakan membayar komitmen bulanan motosikal tersebut.

(Saya tidak mengalakkan adik-adik untuk berhutang tanpa ilmu yang betul).

6. Bergaul Dengan Orang Yang mempunyai Persamaan

Menemui orang yang mempunyai minat yang sama akan membantu kita berjaya lebih cepat.

Kita boleh belajar antara satu sama lain.

Apabila kita bergaul dengan orang yang tidak mempunyai minat yang sama, kehidupan kita akan menjadi sedikit sukar.

Kerana selain berusaha meningkatkan kemahiran diri, kita juga kena berhadapan dengan gangguan yang membuatkan kita tersasar dari matlamat asal.

Bila kita berjalan-jalan di taman, carilah seseorang yang suka bermain gitar, jika kita pun suka bermain gitar.

Jangan terlalu bergaul dengan pemain bola, kerana kita mungkin akan merasa tercabar hingga menyebabkan muncul perasaan merasa diri tidak berguna.

Pada hal, itu bukanlah kemahiran atau minat sebenar kita.

7. Mendengar nasihat dari Senior

Nasihat yang diberikan oleh senior, wajar untuk dipertimbangkan kerana mereka sudah lama berada dalam bidang yang kita minati ini.

Apabila kita merasa mahu untuk berputus asa, tanyalah senior, bagaimana untuk melalui cabaran ini.

Untuk membuatkan senior kita lebih bersemangat untuk mengongsi pengalaman mereka, carilah tempat yang selesa dan bawalah sedikit makanan jika mampu.

Tulislah setiap poin yang kita dapat gunakan untuk terus berkembang dalam bidang yang diminati.

Dapatkan sekurang-kurangnya 10 poin penting untuk membantu kita menjadi profesional dalam bidang tersebut.

Baca juga 31 Tips Supaya Konsisten Sepanjang Tahun dan Meningkat 12% lebih baik

8. Tambah Pengalaman Berkerja

Pengalaman berkerja boleh menambahnilai dalam kehidupan kita.

Ini kerana, kita akan belajar bagaimana untuk membuatkan sesuatu organisasi itu bergerak maju ke hadapan.

Kita boleh menggunakan pengalaman ini untuk menguruskan kewangan, dokumen dan aset sendiri pada masa akan datang.

9. Membaca buku

Membaca buku boleh menambah pengalaman yang melebihi umur semasa seseorang.

Ini kerana, penulis-penulis buku kebanyakannya sudah berumur lebih dari 20 tahun.

Apabila melawat ke kedai buku, selain melihat pada tajuk buku, pilih juga siapa penulisnya, berapa umurnya sekarang? atau apa kepakarannya?

Contoh buku yang menarik untuk dibaca ialah Think and Grow Rich oleh Napoleon Hill, The Abundant Mentality, The Winner’s Lifestyle, dan You are The Boss oleh Daniel Ally.

Mungkin sebelum membaca buku-buku ini, kita terfikir bahawa sukar untuk berjaya dalam hidup.

Tapi, selepas membaca buku ini, percayalah perspektif kita akan berubah.

10. Pegang prinsip dengan Setia

Apa yang kita tabur, itulah yang kita tuai.

Apa yang kita selalu lakukan, itulah yang akan membentuk siapa diri kita.

Bila kita sanggup menjaga 1 kemahiran, kemahiran itu akan menjaga kita juga.

Kita adalah manusia yang sentiasa belajar dan berkembang lebih baik, semakin lama kita duduk dalam satu tempat, semakin bertambah pemahaman kita tentang tempat tersebut.

Jika prinsip adik-adik sentiasa berubah, proses perkembangan kita akan sentiasa dimulakan semula.

Tenaga, wang dan masa yang kita luangkan untuk sesuatu kemahiran itu, terbuang begitu sahaja.

Bukankah itu sesuatu yang membazir.

Ingat, Think And Grow Rich.

Kesimpulan

Saya adalah pelajar SPM tahun 2008 dengan keputusan yang sederhana.

Saya juga terpaksa mengulang peperiksaan SPM untuk subjek Matematik dan Bahasa Melayu.

Walaupun terpaksa mengulang, saya akhirnya berjaya menggunakan Sijil SPM saya untuk berkerja sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi).

Saya berbangga dengan pekerjaan saya sekerang kerana saya boleh belajar untuk mentadbir kehidupan saya.

Kegagalan-kegagalan saya yang lalu semakin menambah keinginan saya untuk terus belajar, memperbaiki diri saya sehingga saya dapat mencapai standard kehidupan yang saya mahukan pada masa akan datang.

Saya harap perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada adik-adik supaya terus berjuang untuk memperbaiki dan membina hidup yang diimpi-impikan selama ini.

Selamat Maju dan Berjaya.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • Lirik Lagu Cinta Pertama – Gamma1
  • Lirik Lagu Cinta Monyet – Goliath
  • Lirik Lagu Cinta Kalapa – Susi Purba
  • Lirik Lagu Aku Memilih Setia – Fatin Shidqia
  • Lirik Lagu Cinta Beda Agama – Vicky Salamor

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer