SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
10 Cara Saya Mempermudahkan Hidup

10 Cara Saya Mempermudahkan Hidup

Santro September 9, 2020

Siapa yang tidak mahukan kehidupan yang mudah?

Saya pasti semua kita mengidam-idamkannya.

Kehidupan kita mudah apabila kita mempunyai pakaian untuk dipakai, makanan untuk dimakan, tempat tinggal untuk tidur dan belajar.

Cara ini saya belajar dari orang-orang yang telah pun berjaya dalam bidang mereka.

Ada 10 cara yang saya sangat-sangat pegang sehingga hari ini.

Saya sangat yakin 10 cara ini boleh memudahkan hidup saya pada masa depan.

Ini kerana, saya menjadikan diri sendiri sebagai bahan uji untuk keberkesanan 10 cara yang saya akan kongsikan kepada rakan-rakan pembaca yang saya sayangi.

Apakah cara-cara itu? mari kita cari tahu.

10 Cara Saya Mempermudahkan Hidup

1. Selalu Mendahulukan Tuhan

Saya memulakan hari saya dengan berdoa dan membaca firman Tuhan.

Ini kerana, saya sedar yang saya tidak mempunyai apa-apa kalau tiada pimpinan daripada Tuhan.

Bila mengingat semula perjalanan hidup saya yang tidak begitu sempurna, Dia sentiasa menasihati dan tidak meninggalkan saya.

Dalam doa, saya selalu meminta hikmat dan pengertian untuk menjalankan tanggungjawab atau tugas-tugas saya sebagai pemimpin dan pembantu dalam mentadbir organisasi yang telah dipercayakan kepada saya untuk dipikul.

Saya biasanya akan membaca firman Tuhan dalam masa 10 minit setiap hari tanpa cuti.

Firman Tuhan dan doa ialah makanan kepada pertumbuhan rohani saya.

Tuhanlah penasihat ajaib saya dalam setiap masa hidup saya.

Hidup saya menjadi lebih mudah kerana saya biarkan Tuhan yang memimpin saya.

2. Definisi Kejayaan Yang Konsisten

Setiap orang mendefinisikan kejayaan dengan cara yang berbeza.

Mungkin kejayaan bagi seorang kanak-kanak ialah mendapat 5 bintang dalam kerja rumah yang diberikan oleh gurunya.

Kejayaan bagi seorang ayah mungkin mahu menyediakan rumah untuk isteri dan anak-anaknya.

Atau seorang ibu yang mahu menidurkan anak-anaknya pada pukul 9 malam.

Ada juga orang mendefinisikan kejayaan sebagai Ekspresi diri, yang mana mereka mahu lakukan atau cakap apa sahaja yang mereka mahukan.

Definisi kejayaan berbeza kerana keinginan dan keperluan yang berbeza.

Bagi saya, kejayaan ialah apa yang saya lakukan setiap hari.

Saya mahukan sesuatu yang konsisten.

Hidup akan menjadi lebih mudah jika definisi kejayaan kita tidak berubah-ubah.

3. Menulis Matlamat Harian

Saya berpendapat, kalau saya menghabiskan masa 24 jam tanpa matlamat yang jelas, ia akan memperlahankan perkembangan diri saya.

Setiap hari saya dibebankan dengan cadangan-cadangan, arahan-arahan dan permintaan-permintaan dari kawan-kawan atau keluarga saya.

Semua ini menganggu tumpuan saya, walapun ianya berlaku secara tidak langsung.

Pekara ini menyukarkan hidup saya.

Jadi, untuk memudahkan saya memberi tumpuan kepada satu-satu permintaan ialah dengan menulis semua aktiviti yang saya mahu lakukan pada hari tersebut.

Apabila saya hilang tumpuan, saya akan baca kembali semua aktiviti yang saya telah senaraikan pada hari sebelumnya.

Saya tidak kisah jika aktiviti itu berulang-ulang, kerana saya yakin saya boleh belajar sesuatu dari aktiviti yang berulang-ulang itu.

Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

4. Mengurus Senarai Komitmen

Setiap matlamat yang saya telah tuliskan sangatlah penting, kerana, ia melibatkan kawan-kawan dan keluarga saya.

Tapi, ada masanya secara tiba-tiba salah satu dari kawan-kawan atau keluarga saya memerlukan pertolongan.

Nah pada masa itu, saya  akan mendahulukan keperluan yang mendesak tanpa melupakan matlamat yang saya sepatutnya usahakan pada masa itu.

Senarai komitmen memudahkan saya untuk beralih dari satu matlamat ke satu matlamat yang mendesak pada masa itu.

Saya sentiasa menyenaraikan semua komitmen saya supaya mudah diuruskan pelaksanaannya.

Senarai komitmen yang saya buat juga dapat mengingatkan saya pada perkara-perkara yang memerlukan tindakan saya.

Biasanya saya akan membaca dan menyusun senarai komitmen saya sekali sehari.

5. Membina Hidup Sendiri

Jangan terlalu sibukan diri dengan kehidupan orang lain.

Setiap hari, saya memberitahu diri saya untuk membina hidup yang saya mahukan.

Hanya katakan “Ya” sekiranya itu menguntungkan saya.

Sentiasalah hidup dengan tujuan.

Saya tidak melakukan sesuatu yang sia-sia.

Jika saya menyapu sekalipun, saya akan pastikan saya mendapat sesuatu dari aktiviti menyapu itu.

Kalau bukan wang atau reputasi, saya akan pastikan saya akan mendapat idea untuk ditulis.

Jika saya tidak berfikir seperti ini, saya akan membuang-buang waktu yang ada.

Keluarga dan kawan-kawan adalah bahagian dari hidup saya, sebab itu, saya perlu tumpukan perhatian untuk membina hidup saya. Prinsip saya mudah, jaga diri sendiri, sebelum menjaga orang lain.

6. Masa tidak Cukup

Kalau masa tidak cukup, katakan saja “Tidak”.

Saya tahu untuk mengatakan TIDAK itu bukan senang, tapi kita kena lakukan juga sebab masa kita sentiasa terhad.

Jika tidak tahu bagaimana mengatakan tidak, lihat video dari channel Jonathan Allen Yabut yang bertajuk 3 Tips On How To Gracefully Say No.

Saya sangat takut jika saya merasa masa sentiasa cukup, ini kerana, saya cenderung untuk membuang-buang masa dengan melakukan perkara-perkara tanpa tujuan yang jelas.

Disebabkan ketakutan masa tidak cukup, saya berusaha untuk menghasilkan sesuatu dari aktiviti yang saya lakukan.

Saya mesti mengurus aktiviti-aktiviti saya dengan sebaiknya.

Dengan semangat ini, saya lebih mudah untuk melaksanakan matlamat-matlamat harian saya kerana tidak mahu kehabisan masa.

7. Beri Tumpuan pada keperluan

Keperluan asas seperti makanan, tidur, tempat tinggal dan pakaian mesti dipenuhi terlebih dahulu supaya saya boleh melakukan tugas-tugas harian saya dengan mudah.

Jika keperluan-keperluan ini tidak dipenuhi, saya selalunya banyak berdrama dengan diri saya sendiri.

Keyakinan diri pun akan menurun kerana dipenuhi dengan perasaan-perasaan negatif seperti mudah tersinggung, menyalahkan diri, dan hilang daya tumpuan.

Saya akan pastikan saya makan 3 kali sehari, tidur sekurang-kurangnya 6 jam dan pakai pakaian yang selesa dan wangi.

Jika keperluan ini terpenuhi, saya akan menjadi lebih yakin untuk membina hidup yang saya mahukan.

Saya mencadangkan supaya kawan-kawan juga perlu memberi tumpuan kepada keperluan diri, kerana saya yakin bila kita menghormati diri kita, secara semula jadi, kita juga akan menghormati orang lain.

8. Melayan Orang dengan hormat

Saya pernah mengalami satu keadaan dimana mereka melayan saya dengan sangat baik.

Perasaan itu masih tertanam dalam hati saya, sehingga timbul keinginan saya untuk melakukan seperti itu pada orang lain.

Saya yakin kebanyakan orang juga mempunyai perasaan yang sama seperti itu.

Disebabkan itulah saya sentiasa cuba untuk melayan setiap orang dengan sebaik mungkin.

Saya melihat sifat menghormati orang lain ini sebagai salah satu dari sifat orang yang bertamadun dan berhikmat tinggi.

Ini juga adalah tanda bahawa kita pandai mengurus kehidupan kita.

Jika orang lain melihat kita memudahkan hidup orang lain, tidak mustahil, hidup kita juga akan dipermudahkan oleh orang lain.

9. Menghargai semua yang dimiliki

Saya lebih menghargai apa yang saya miliki sekarang berbanding dengan apa yang saya mahukan pada masa depan.

Saya mempunyai Tuhan, masa, tenaga, fikiran, kawan-kawan, keluarga, masyarakat dan negara yang membentuk saya pada hari ini.

Sebagai contoh kemahiran menyanyi, dulu suara saya sentiasa ditegur, tapi kini, saya sudah mulai mendapat pujian.

Saya menghargai teguran tersebut, walaupun pahit dan sakit, tapi itulah yang membentuk suara saya pada hari ini.

Setiap apa yang muncul dalam hidup saya tidak kira yang senang atau susah telah mengajar saya untuk terus bertumbuh lebih baik.

Perasaan ini membuatkan saya terus melekat dengannya hinggakan ia semakin hari semakin memudahkan saya.

10. Berfikir dan Bertumbuh Berkelimpahan

Watch your thoughts, they become your words;
Watch your words, they become your actions;
Watch your actions, they become your habits;
Watch your habits, they become your character;
Watch your character, it becomes your destiny.
– Lao Tzu

Perubahan hidup hanya akan kelihatan apabila saya mengubah fikiran saya.

Saya yakin semua perubahan bermula dari fikiran saya, sebab itulah, saya memupuk sifat minat membaca pada diri saya.

Membaca memudahkan saya dalam hal bersedia menerima cabaran baru.

Walaupun tidak semua cabaran saya akhiri dengan kejayaan, tapi ia membantu saya untuk berdiri apabila jatuh.

Salah satu buku yang mengubah hidup saya iaitu “Think and Grow Rich”.

Buku ini membahas tentang keinginan atau Desire dalam bahasa inggerisnya.

Saya belajar dari buku ini, bahawa untuk mengubah kehidupan yang diingini, kita mesti sanggup untuk melekat dengannya selama yang boleh, minimum 7 tahun, maksimum ketika mati.

Yakinlah, jika sudah ada keinginan dalam hati, kita akan terajar dan menjadi semakin hari semakin baik.

Kesimpulan

Semakin lama saya tunggu semakin bertambah mudahlah hidup saya.

Ini kerana, saya melihat manusia sebagai mahkluk yang mudah berubah asalkan ada kesanggupan untuk tidak menyerah kalah.

Inilah cara saya mempermudahkan hidup saya.

Mungkin cara saya ini tidak menampakan hasil yang cepat, tapi saya yakin, kawan-kawan pembaca boleh belajar sesuatu yang bernilai dari artikel ini.

Kerana saya ada menyentuh sedikit tentang nilai kesetiaan, keuntungan berganda dan asas-asas untuk mengubah kehidupan.

Jika anda mahu mengubah kehidupan anda, saya ingin mengingatkan bahawa anda tidak keseorangan, ada banyak lagi orang yang berusaha untuk mengubah hidupnya, salah seorang daripadanya ialah saya.

Oleh itu, mari teruskan perjalanan kita untuk mempermudahkan hidup.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer